SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Nov-2009 05:20 Email | Share | Bookmark
NASI HALIA KUNING & AYAM PENYEK

 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Takyah ckp byk bawah ni menu utk hari ahad lepas.tak tau nak masak apa tp tingin nak mkn ayam.mulut ni mcm terasa-rasa aje mkn mcm ayam panggang ke ayam bakar ke klu nak bli ada lak mcm tak puas ati pastu duk lah merayau umah org mcm2 umah aku masuk last2 jumpalah resipi kat dapur mat gebu tu.klu tak silap resipi ni dr indon kot klu nak pasti kena gi dapur mat gebu ler aku cuma copy aje.Klu dah ada ayam mesti nak nasi lain sikit dr nasi putih kan dah tu gi masuk lak dapur ummizaihadi jumpa nasi halia kuning ni.memang dah lama gak nak masak nya tp tak sampai seru lagik ni buat ni kira sampai seru lah ni tp tak berapa kena serunya sebab lauk lain pesen.aku hentam aje lah.abah mkn nasi sampai menambah2 kira ok lah tu

Quote:


NASI HALIA KUNING
COPY BLOG UMMIZAIHADI

Bahan:-
· 2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan(ibu guna beras faiza emas aje)
· 1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
· 1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
· 2 sudu besar mentega
· 1 kiub pati ayam
· 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
· 6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
· 2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)
Cara-Cara:-
1. Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
3. Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
4. Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
5. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.

*note klu ikut sukatan air yg di atas tu nasi agak lembik sikit jd klu sesapa yg tak suka nasi lembik kurangkan 1 cawan air dr sukatan


Quote:


AYAM PENYEK
copy blog mat gebu

Bahan-Bahannya
6 kepingan peha ayam (mat guna bahagian dada,ibu guna separuh ayam tak potong pun)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (mat guna bay leaf)-tak letak takde tp tukar letak dry oregano tabur sikit
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*-tukar cili giling
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
lemon @ limau nipis
3 biji kentang buang kulit dan potong panjang-ibu tambah

Cara membuatnya
1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam,ibu perap 1/2 hari)...
3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering.yg ini ibu skip terus masuk oven aje Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2

rupa ayam sebelum masuk oven.sebelum letak ayam letak kentang dulu bahagian bawah lepas tu letak ayam bungkus dgn aluminium bakar 1 jam.pastikan aluminium tu menutupi semua klu tak kentang tak masak-cara ni juga utk mendapatkan isi ayam yg lembut.
ayam ni dah kira lari dr tajuk asal sebab ibu dah tukar cara masak dan bahan perasanya jd rasanya pun lain tp tetap sedap klu tak suka ayam yg basah lepas 45 min blh buka aluminium tu dah bakar lagi


bawah ni lak askar2 menu ari tu langsung tak kena

kacang botol goreng

ikan perkasam goreng

ni lak kira deset lah

pengat pisang yg di request dr abah

ok abis dah citer masak minggu lepas
bye..bye..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net