SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Nov-2009 02:25 Email | Share | Bookmark
TEMPAHAN CARROT CAKE & CC

 
 
 
 
 
 
Salam di bulan november..ada kenangan apa2 ke bulan ni aku takde apa cuma ingat2 dulu time skolah dulu duk kalut nak ambik exam SPM tu aje yg aku ingat lah.


ni order dr kawan baik aku masa kat POLI dulu ina JUPEN katanya utk majlis tunang kawanya.byk kali ler duk balas2 email sebab nak buget limit .aku tak ler pandai nak wat yg bagai2 mcm sifu2 cc jd aku guna bunga sugar (aku lupa lah namanya) beli kat Yen.Aku ada gak bg cadangan utk tempah ngan sifu siber yg lain.Mungkin ini kira peluang aku utk xperimen jd aku terima lah walaupun aku tak puas ati.dlmnya carrot cake


ini view dekat sikit tp kabur gak.terima kasih pd ina dan kawannya.selamat bertunang pd empunya cc ni yg dah langsungkan pertunangan 1 nov klu tak silap aku ler.

tulisan nama kat atas tu aku cuba try wat ngan fondant guna resipi ni alhamdulillah menjadi.
Quote:
Rolled Fondant

100 gm shortening (melt in warm temperature)
15 g gelatine powder ) steam until
60 g water ) dissolve
100 g liquid glucose
50 ml glycerina
750 gm - 1000 g icing sugar

Cara2
1. Steam (air & gelatin)
2. Bila cair, masukkan glucose
3. Bila glucose cair masukkan shortening - kacau hingga cair
4. Keluarkan mixture dari double boiler masukkan glycerine
5. Masukkan icing sugar (ayak dahulu) sedikit demi sedikit
6. Putar hingga mendapat doh yg diinginkan



ini lak order ms wong opis mate aku yg selalu menjadi juru try baking2 aku tu.last week aku ada bg dia rasa carrot cake belen wat cc pertunangan tu terus lah dia order 3 bijik ni nak ambik ari ni.katanya tak nak deco apa2 sebab nak mkn2 lagi pun tak gemar dgn bc ni bila mkn selemuh abis katanya.t.q ms wong lengkali order lagik ya(klu lah dia buka page ni)


dah org duk sibuk mkn carrot cake jadik aku pun nak mkn gak carrot cake ni.aku punya ada deco2 lah konon2 nak melembutkan tangan.sebab aku buat sebiji beso jadi aku bg lah jiran2 sebelah menyebelah rasa.bg kak teh sepotong(tak bg byk sebab anak2 dia tak suka sangat kek ni biasalah budak)ng kak ros sepotong,bg lak jiran baru tu sepotong dan belen aku punya lah jadi pg ni abah sarapan dgn kek ni(mcm omputih lak pg2 bekpes dgn kek)

antara potongan yg dibahagi2

resipi ising utk deco kek carrot di atas sila lihat di bawah
Quote:
AISING MENTEGA SUSU
(cukup untuk menghias kek cawan di atas)
http://norzailina.blogspot.com/search/label/kek
Bahan-bahannya
125 gm mentega (bukan mentega tulen/pure)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
20 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila(ibu tukar guna oren paste so color pun tukar jd mcm oren sikit lah)
Pewarna oren, ungu, merah dll

Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair

Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
4. Sapukan kek dengan aising kemudian hiaskan mengikut citarasa masing-masing.


Quote:
keluar tajuk masak2 hari tu aku ada citer pasal lumiglow yg di sapu pd tangan hubby yg terbakar tu ni ler gambar botolnya.aku saje letak atas tangan nak bg gambaran beso mana botol tu.nurul ni ler benda nya ramai dah tau dan dah cuba


terima kasih


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net