SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 27-Oct-2009 06:59 Email | Share | Bookmark
NASI MANDHI,AYAM OREGANO,TRIFLE DAN ORANGE CUP CAKE

 
 
 
 
 
 
Salam.......

Mak oii..bederet ni mesti dialog yg mula2 keluar pd sesapa yg tengok page aku ni kan?betul tak? Opss..aku bukan masak semua dlm satu hari ya..ni entah minggu bila dah tak ingat sebab dok tangguh2 last2 terkumpul byk2 nak post hari2 tp tenet meragam jd sementara tengah baik ni masuk sekali harung ajelah.

Ok nasi kat bawah ni aku tengok kat fp mamasya jd nak cuba wat gak.rasanya ada aku ckp kat n3 lepas bila aku masak nasi ni.yg bab ayam tu saje aku copy siap2 ikut resipi mamasya tp aku tak buat pun tak sempat nasi mandhi aku beli lauk siap kat kedai mamak aje itu pasal tak buat ayamnya.


Quote:
Nasi Mandhi
copy mamasya.fotopages
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.
seketul arang klu takde pun tak pe

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. (step ni ibu skip takde arang)
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.

Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam...


Disebabkan aku dah teruja nampak resipi ayam bakar nasi mandhi kat fp mamasya tp ada bahan yg ada kat umah ada yg tak ada jd aku guna apa yg ada kat dapur tu pasal aku tukar nama jadi ayam oregano.sedap ooo...skrg baru ku tahu apa fungsi aluminium foil tu,benornya nak bg ayam masak serata dan tak keras klu bakar lama pun.Ini lah resipi yg aku try and error kih..kih..menjadi gak.Klu tak silap aku masak ayam ni lepas 2 ke 3 hari n3 mamasya keluar lah.Kiranya klu nak tunggu makan ayam dgn nasi tu ayam dah basi seminggu baru jumpa nasi lah nampaknya.

Quote:

Ayam Oregano

Bahan-bahan ayam:
5 ketul ayam ~ di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil dry oregano
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
Garam
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit


Trifle ni dah lama benor aku nak buat sendiri biasanya aku suruh adik aku mariah curry tu buat tp dia duk kg aku duk KL bila nak rasanya jd aku buat lah sendri tambah dgn swissroll yg masih ada belen tu maka jadilah trifle ni.aku sengaja letak dlm bekas kecil2 tu senang nak mkn tak yah potong atau scope.kan aku buat mkn2 piknic dgn ahli mesyuarat tangga 2 minggu lepas ini lah yg aku hidang.
Swissroll tu aku guna resipi dr madiha lain sikit sukatannya dr swissroll yg aku pernah buat sebelum ni.itu pasal aku letak resipi gak dan filling tu aku letak mcm2 sebab aku tengok byk sangat stok2 jam ada,peanut butter ada buttercream pun ada.Utk nak perabis semua tu aku letak lah dlm swissroll tu.Yg belen swissroll aku letak lak dlm trifle.kira ni proses guna semula lah.tp yg bestnya trifle yg letak swissroll peanut butter memang rasa lemak2 aje.(benda2 yg nak menambahkan berat badan memanglah sedap)

Quote:

TRIFLE
copy mamawandiha.fotopages

Bahan2
1 gulung kek swiss roll - MaDiHa guna perisa coklat
250 gm buah campuran -MaDiHa guna 1 tin fruits cocktail
250 ml susu cair
250 ml air
7 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung kastad - dibancuh dengan 125 ml air (air yg lain bukan yg 250 ml tadi )

Bahan Jeli
400 ml air panas
100 gm serbuk jeli kristal/segera

Cara memasak
1. Potong swiss roll 1.5 cm tebal. Susun dalam acuan. Tuangkan sedikit air sirap buah campuran tadi sehingga kek basah dan lembab. Ketepikan dahulu.
2. Masak susu cair, 250 ml air dan gula di atas api sederhana. Masukkan bancuhan kastad tadi sambil dikacau selalu sehingga likat dan berkilat.
3. Tuangkan adunan kastad tadi di atas kek dan ratakan.
4. Taburkan buah2an campuran/cocktail ke atas kastard tadi.
5. Sementara tunggu kastad sejuk.. masak bahan2 jeli sehingga larut dan tapiskan ke atas lapisan kastad tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti ais sebelum dihidang.
7. Cara makan adalah dengan cara scooping


KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
copy mamawandiha.fotopages
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B (MaDiHa guna gred B)
4oz gula castor (MaDiHa kisar gula pasir)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco /serbuk koko

Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling

Loyang yang MaDiHa gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag. Potong sikit sj hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih (MaDiHa guna kertas minyak) kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Nota mklang : >>very2 usefull tips...
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll.
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti.
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
- pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je... dpt 2 swissroll...loyang tu kan pelbagai guna ~ (MaDiHa guna loyang shortbread 100 petak.. dapat 1 swissroll yang besar & panjang



Org duk sibuk buat cup cake aku baru terkedek2 nak wat cup cake.cubalah jugak buat yg simple aje takut tak jadi.aku guna resipi dr fp kmal.sedap gak kena lak dgn bc tu lagi umph..lah.Ni aku buat minggu lepas punya,klu sesapa perasan aku ada update dlm facebook,memang dah lama dah.tp frust sikit sebab cc ni lekang lah.angin gak bila esoknya nak letak bc sekali tengok semua dah lekang kat tepinya tp bukan org punya aku nak mkn sendiri tak kisah lah kan.jalan ajelah...
Dah wat cup cake mesti nak deco lak jd aku jumpa resipi bc kat fp kak ana cikgu yg femes dgn bunga dr coklat ganache tu.sedap bc ni memang tak muak sangat

Quote:

ORANGE CUP CAKE
Basic Cupcake (kak amal copy paste dari blog nina..minta halal ye nina)
copy amal5041.fotopages

113 gm tepung naik sendiri
113 gm gula castor
2 biji telur
113 gm mentega
Sedikit baking powder
Sedikit esen vanila (ibu tukar guna 2 titik orange paste)

Cara

Sangat mudah. Semua bahan dicampurkan bersama dan diputar dengan kelajuan tinggi selama 3 minit. Hentikan mixer, jangan over-mixed. Isikan 1/2 adunan ke dalam acuan kerana ia akan naik tinggi nanti.

Jika hasil kek anda bantat, itu bermakna anda telah over-mixing. So, better try resipi ni sikit dahulu untuk trial and error. Jika dibuat dengan betul, hasilnya sangat memuaskan hati.




sumber elianas.fotopages

BUTTERCREAM SUSU PEKAT
(ni 1/2 resipi je daripada yg asal dlm buku tu. ada gak saya modify sket supaya lebih kental & kurang muak makannya. teks condong tu yg saya tambah)

500 g krimwell
250 g shortening (resipi asal guna butter, tapi, saya nak icing putih, jadi ganti butter dgn shortening)
1/2 tin susu pekat (lebih-kurang 225g)
3 sudu makan membumbung gula aising yg telah diayak
1/2 sudu teh garam halus

pukul krimwell & shortening guna mixer (guna whisk, bukan k-beater) pada kelajuan tinggi sehingga kembang. perlahankan mixer, masukkan susu pekat , gula aising & garam. pukul pada kelajuan perlahan hingga semuanya sebati


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEREKA YG DI ATAS YG SUDI KONGSI RESIPI NANTI LAIN KALI KITA COPY PASTE LAGI HE..HE..AMAL JARIAH LAH KATAKAN..


BYE..BYE..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net