SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Oct-2009 05:30 Email | Share | Bookmark
SEGI TIGA EMAS & OLIO SPAGETI

 
 
 
 
 
 
Salam...

Kat bawah ni menu yg aku masak 2 minggu lepas dah.duk tangguh2 nak masuk n3 sampai 2 minggu nak wat mcm mana.nak update kat umah tak leh download gambar nak wat kat opis tak terkejar dgn keje yg melambak.Aku mula2 ingat nak suruh gak ms wong carikan staff tp bila dok pikir skrg bos2 besar selalu naik atas(opis aku atas cuma 2 org aje staff kat sini klu kat bawah tu ramai ler..)dan dah siap pindah semua brg bagai dah maka kena hold dulu bab nak cari ganti staff.nanti klu ada staff lain mulalah nampak tak busy sangat dan bos mulalah silau2 apa kita org buat kat pc ni.Aku dgn ms wong dah jd jerry ketakutan dgn tom.nak sembang pun dah tak leh.Bos siap puji lagi "this office nice enviroment,very quiet.." ha..yelah sangat mcm mana tak quiet klu dah bos duk meja sebelah nanti klu bising mau di kata ingat ni pasar ke.nak gosip pun kena tunggu bos keluar lunch dulu tp masalahnya bos ni jenis dtg awal balik lambat dah tu kadang tak keluar lunch.hu..hu..last2 aku ngan ms wong kena ckp guna MSN padahal duk meja sebelah aje.



SEGI TIGA EMAS
MAT GEBU-tiffinbiru.blogspot
BAHAN-BAHANNYA
Roti sandwich secukupnya
Bijan secukupnya
1/2 inci halia, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar bawang goreng, hancurkan
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 pokok kecil daun sup, hiris halus
120 g daging ayam, dicincang halus
1 putih telur
1/2 camca besar tepung jagung
Garam secukup rasa
SOS CILI MAYONIESE
3 camca besar mayoniese
1 1/2 camca besar sos cili
10 biji jeruk capers, cincang halus

CARA MEMBUATNYA

1.Satukan semua bahan diatas kecuali garam, roti dan bijan. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Terus menggaul sehingga mendapat adunan yang rata. Rehatkan 10 minit.
2.Roti dibuang tepi2nya, potong 4 secara menyerong untuk mendapat bentuk 3 segi. Ambil satu potongan dan sapukan paste daging ayam tadi atasnya, ratakan seperti menyapu seri kaya. Buat hingga siap.
3.Tabur sedikit bijan atas setiap roti tadi. Goreng dalam minyak sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos cili mayoniese tadi.


Spagheti Oleo
Sumber : KakAmal.FP copy fp jasmeen

1/2 bungkus Spagheti - rebus hingga masak & lembut (toskan & gaul dgn sedikit myk spy x melekat)

1 labu bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
Sedikit lada hitam
4 sdb rempah kari - bancuh ngan sedikit air
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato

1/2 bungkus daging cincang (lbh krg 250gm)

1 labu Brokoli
Carrot
(Apa2 Sayur yg nak humban lam tu pu n bleh ..)
Sosej

Minyak Zaitun utk menumis...(guna jer myk msk biasa)
Garam & serbuk perasa seckup rasa

Cara :-
>> Panaskan minyak masak...& tumis bawang2 yg telah dimayang hingga layu
>> Masukkan rempah kari...& tumis sehingga pecah minyak.
>> Than masukkan daging cincang...gaul rata, sehingga daging masak.
>> Tambah kan sos cili & sos tomato..gaul rata.
>> Masukkan sosej & carrot....tggu hingga msk
>> Masukkan spagheti & gaul rata.
>> Akhir sekali, masukkan brokoli....(kene masuk last sekali, sbb x mo sayur jd lembik)
>> Siap...


ni mula2 masak ingatkan kat umah ada stok spargeti sekali bila dah keluarkan brg baru perasan yg ada cuma macaroni jadi belasah aje ler..sedap gak.disebabkan kesedapan tu esoknya aku gi cari spargeti dan masak yg betul olio spageti..poyo betul aku ni..dah tu siap tapau hantar nursery kembar.

semua nya ni yg aku masak 2 minggu lepas tengok betapa lamanya duk betapa gambar ni dlm pc.semuanya gara2 tak cukup masa busy aje kat opis.ni pun nak siap kan report lagi sabtu ni bos beso dtg opis kenalah siapkan gak.fenin..fenin..makcik tengok nombor2 ni...


org lain wat cekelat kita pun sibuk nak wat cekelat gak.dlm tu aku letak buble rice saje nak perabis saki baki brg wat kueh raya ramai lak yg minat bila bawak gi opis tp yg kat umah aku tu duk betapa dlm peti mcm tu lah.kembar ni tak lak minat tp yg tak letak apa2 laju aje dia mkn.

Quote:
Terima kasih atas keprihatinan kawan2 pasal accident kecik yg terjadi pada abah@hubby(kak meen jgn confius lagi..)alhamdulillah beransur baik dan pg tadi cuma tinggal sikit aje lagi kesan terbakar dan hangus tu hilang terus.Jadi terima kasih jugak pd pencipta lumiglow tu nampaknya lepas ni aku lak nak test kat muka ni kot2 bertambah2 seri ni hee.he...(tp takut dgr rega dia lah.. RM300 satu bekas kecik tu tima kaceh kat mama sebab sponsor krim tu.nenek bg kat kembar pakai tp ibu abah lak yg terlebih sudah)


t.q..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net