SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 6-Oct-2009 16:23 Email | Share | Bookmark
MENU YG DI JAMU

 
 
 
 
 
 
 
 


American Chocolate Cake
Sumber;Ninie copy dr FP Zahara ,copy mamasya

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes.. suhunya sya guna suhu bakar
cake biasa tu.. 170C sebab masa cousin sya beri
recipe, tk dak tercatat suhu, sya hentam je.

ni yg kita buat;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Bahan:
250 g butter - potong kecik
400 g coklat masakan - potong kecik
6 biji telur
340 g brown sugar (Madiha kurangkan sehingga 300 gm ~ masih manis lagikk )
2 s/k esen vanilla
20 g chocolate emulco (anggaran 1 sudu besar)
80 g tepung gandum (ayak bersama coco powder)
60 g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/ macadamia (optional)-toastkan (Madiha guna almond yg dipotong 4 ~ rasanya guna walnut lagi best sbb almond agak keras sket.. )

Cara:
1) Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11X11. (Madiha guna tray shortbread 12" x 12")
2) Double boil butter dan chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit.
3) Masukkan telur, gula, esen vanila dan chocolate emulco dalam satu mangkuk yg lain, guna hand whisk , kacau hingga gula cair.
4) Tuang butter dan coklat cair tadi kedalam mangkuk adunan telur tadi dan gaul rata.
5) Masukkan tepung & coco yg diayak sikit demi sikit dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama.
6) Tuang dalam tray dan bakar 160C/50 minit-1jam (bergantung pd oven).
7) Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman. Sedap dimakan sama ada begitu shj atau bubuh ganache atau dgn icecream atau dgn sos kastad. (Madiha bubuh coklat topping)

Coklat Topping
Bahan2
250 g coklat masakan
1sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar shortening

Cara
Cairkan semua bahan2 cara double boiler sehingga coklat masakan benar2 cair. Tuangkan di atas brownies dan hiaslah ikut suka hati anda



Resepi Kek Marble Trio
http://nuanza.fotopages.com/?entry=1891807
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh serbuk penaik (ayak sekali ngan tpg gandum)
5 biji telur
220 g gula kastor (asal 250 g, tp kite x suka manis)
1 camca besar Ovallate
50 g susu cair
1/2 camca teh esen vanilla
pewarna ijau dan serbuk koko secukupnya

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga abis. Masukkan ovellete dan susu. pukul sebentar.

2. Masukkan tepung yg telah diayak tadi skit demi skit.

3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. warna asal, ijau dan koko

4.Lenser tin kek dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.

5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2.


SERUNDING KELAPA UDANG KERING
Sumber http://tiffinbiru.blogspot.com/search/label/Sambal
BAHAN-BAHANNYA
1 biji kelapa kulit basah (kelapa untuk buat inti), diparut putih
3 camca besar gula melaka
3 helai daun limau purut
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
2 1/2 camca besar udang kering rendam 10 minit dan toskan*
10 tangkai cili kering, kerat dan rendam dalam air panas, toskan*
10 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3/4 inci lengkuas*
3 batang serai, dihiris*
1 1/2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa (jika kurang manis, boleh tambah gula pasir sedikit), terus menumis hingga garing. Masukkan kelapa parut dan daun limau purut, gaul rata.
Pada api sederhana, kacau serunding tadi hingga kering dan sedikit berderai (tapi masih lembap). Rasa dan jika ok boleh matikan api, terus mengacau hingga serunding menjadi suam. Alihkan ke dalam bekas sesuai. Biarkan sejuk betul2 sebelum ditutup....


PULUT LEMAK

1 kg beras pulut direndam kira2 jam
2 cawan santan + garam


Panaskan pengukus bila air dah mula mendidih masukkan beras pulut ke dlm pengukus,kukus selama 15 min atau sehingga ia masak.bila dah masak tuangkan ke dlm bekas atau besen.hati2 sewaktu menuang pulut yg panas.selepas tu masukkan santan sedikit demi sedikit dan gaul rata/arong.bila pulut dah sebati/santan dah meresap ke dlm pulut tadi masukkan kembali ke dlm pengukus.Kukus pulut tadi lebih kurang 10-15 min angkat dan hidangkan dgn serunding atau rendang.

t.q...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net