SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Oct-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
KEK BROWNIES & KEK COKLAT KOPI MAGHRIBI

 
 
 
Salam semua seperti yg di janjikan aku nak tayang kueh yg aku buat kat kg masa balik kg itu hari.Ini dia kek brownies yg best sangat bg aku.kek brownies ni aku buat masa lepas duk kalut kibut dgn tamu2 jauh tu(mok na dan chek ngah)lepas siap mkn semua bekas dah beres aku pun duk pikir nak wat kueh apa lak(sebab stok apam gula hangus tu dah abis).Jd aku pun ambik buku resipi yg melambak kat umah mama tu maka terpanggilah utk aku cuba manisan dr moroco ni.sebenarnya ada sambungan dr kek brownies ni.asalnya puding brownies tp aku cuma buat sekerat aje sebab malas nak buat pudingnya tu jd klu sesapa yg ada beli buku yg sama jgn confius lak ni resipi sekerat ya.Klu buat dgn puding mungkin tak tahan lama(mcm lama benor nak simpan padahal brownies ni tak sampai 24 jam dah licin dah aku kerjakan)


KEK BROWNIES
150 g majerin
200 g coklat masakan
3 biji telur
125 g gula
65 g gandum
1/2 s/t serbuk penaik
75 g gajus-cincang-tak letak lupa nak masukkan dah masak baru perasan tak letak

panaskan majerin masukkan potongan coklat kacau hingga larut.angkat dan sejukkan
pukul telur dan gula sehingga pekat masukkan campuran coklat dan majerin
pukul rata.masukkan tepung dan serbuk penaik yg diayak.pukul rata dan masukkan gajus.bakar suhu 180 c selama 35 min.

majalah sedap-hidangan dari perkalongan-pilihan resipi dr moroco-bil 1 vol 10/2009

Topping tu aku letak coklat putih

Rasanya memang sedap betul lain dr brownies yg biasa aku buat.Masa mula2 masak aku dah mkn 2 potong lepas tu papa pun siap menambah lagi bila aku tanya sedap ke?ada ke patut papa jawab dia bukan kira sedap tp di lapar kek(padahal masa ni papa baru abis mkn nasi ya..ya..ooo aje papa ni)Abah lak kureng sikit sebab kek ni agak manis.Lagi satu yg menyedapkan kek ni aku rasa sebab aku letak kurma sikit itu pasal rasanya lain dr yg lain.


KEK KOPI COKLAT MAGHRIBI
Bahan A
250 g mentega
250 g gula
120 g krim keju

Bahan B
4 biji telur
60 g kacang pine
60 g kacang pistachio
60 g almond
75 g serbuk koko
150 g gandum
1 s/t baking soda
5 g nescafe

Bahan Krim Coklat
315 g dark coklat bittersweet
250 g krim
25 g mentega

Cara
Di dlm mangkuk adunan pukul bahan A hingga kembang
Kemudian pecahkan telur sedikit demi sedikit sambil di pukul pelahan sehingga sebati
kemudian masukkan kacang,serbuk koko,tepung,baking soda dan nescafe.kacau sehingga sebati
masukkan dlm loyang.bakar guna suhu 180 c selama 45 min
sejuk dan ketepikan

CAra krim coklat
Di dlm periuk masak dark chocolate bersama krim dan mentega.kacau perlahan sehingga cair.akhir sekali tuang krim td ke atas kek sehingga menyaluti kesemua bahagian

rasa september 2007-sajian lebaran

kek ni rasa sangat kopi tu jd aku rasa kureng sikit lagipun ianya kurang manis agaknya sebab tu aku rasa tak best tu.kek ni ada ala2 brownies gak tp rasa kopi yg kuat tu membuatkan rasa pahit sikit

selamat mencuba.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net