SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Sep-2009 02:24 Email | Share | Bookmark
CHEESE CAKE UTK ABAH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
tengok duk berebut dgn abah
 
abah dah tak semangat nak potong kek
 
salam semua
Lebih kurang lagi seminggu nak raya ni mesti semua sibuk dgn persiapan raya mana nak beli baju mana nak wat kueh klu rasa dah tak cukup masa buat kueh tunjuk aje.Apa2 pun pesan ku berpada-padalah jgn sampai membazir dah.
Ok kita cite pasal org sambut besday sabtu lepas(mcm berjanji lak dgn madiha minggu lepas dia tayang pasal besday hubby dia minggu ni aku lak).Masa balik keje sabtu lepas aku dah pesan dgn kembar nanti balik umah jumpa abah ckp hepi besday 2 U ya..kembar kata ok(dua2 aku pesan tp yg ingat cuma adik sorg aje)masa naik lift tu aku tak perasan lak yg abah ada jugak dlm lift lagipun aku ni jenis tak ambik pot sangat sape yg masuk lift janji aku dpt balik umah sudah.
Keluar lift baru perasan yg ada org duk ekor aku rupanya abah buat suspen je...dah aku terkejut aku bg satu penumbuk manja kat bahu abah.(manja..manja aje tau ..klu bg penumbuk betul dosa lak).Adik bila nampak abah terus ckp bah..bah..day.. tu..yuu..(ibu pun masa tu tak paham apa ke benda syafika ckp ni)byk kali dia ckp baru aku paham lepas tu aku tanya abah dengar ke tak apa anak ckp abah kata tak paham jd aku translate lah.abah buat muka poyo aje(tension penat balik keje kot) ok jom tengok menu apa yg aku masak.Sambutnya lepas abah siap solat maghrib dulu sebabnya masa buka abah dah siap beli nasi ayam 2 bungkus jd yg aku masak ni kira 2nd time buka posa lah.Aku ingat nak wat suprise rupanya abah dah beli dah jd sebab dah plan nak masak apa mlm tu jd utk pujuk hatiku ni aku masak gak lah.


Nape lak lah gambar tuan punya badan duk sekerat ??? sebabnya kembar dah tak sabor nak potong kek dr ptg balik nursery dia dah kecoh pasal kek.Itupun kek nya aku sorok kat freeze(nasiblah ibu wat cheese cake blh sumbat kat beku jap) abahnya lak dah tak mau wat ulang tayang setelah 2 kali ulang tayang tak jadi.itu pasal gamabr jd mcm tu.jln je lah labu janji aku ada gambar sekerat2lah.Lilin takde aku ganti dgn ceri kih..kih..ceri blh mkn apa lilin tak leh nak mkn.kiranya ceri tu menandakan berapa usia abah lah.


Cheese cake ni memang dah lama duk dlm Q kepala otak ni nak masak bila lah.Aku rasa dah berbulan kot tapi mengenang kan mcm susah aje nak buat jd aku mentelaah dulu resipi ni,bila dah duk ulang baca byk kali rupanya senang aje.Aku pun ambil keputusan buat masa besday abah mula ingat nak wat carrot cake sebab abah suka carrot kek bg lah jenis mcm mana pun mesti dia suka mkn.Jom tengok resipi yg power of my heart ni..sedap giler you klu tak caya try buat ya..abah mkn 2 potong(gambar latar tu masa kek belum make-up lagi bukan hangus ya cuma terbesar sikit apinya)


BAKED WHITE CHOCOLATE CHEESECAKE
sumber &copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot
Ibu buat 1/2 aduanan aje guna seketul cheese

Bahan (10 potong):-
180 gm white chocolate - kalau xda, boleh guna milk chocolate
150 gm granita/digestive biscuits (*ummi guna oreo)-ibu guna cream-O yg satu peket pjg tu
80 gm mentega - dicairkan - ibu guna 2 sudu majerin
500 gm cream cheese - suhu bilik (*ummi guna Philladelphia) - ibu guna seketul 250 g
300 gm sour cream - ibu guna satu bekas sour cream 210 g itu pasal cheese cake jg terlembik sikit tp tetap sedap
3/4 cawan (170 gm) gula kastor
1 camca teh esen vanila
3 biji telor - suhu bilik - ibu guna 2 biji telur gred C
1 camca besar - lemon juice (*ummi tambah ni) - tak letak pun
thick cream - to serve (*ummi pukul whipped cream)- ibu pun guna fresh cream



Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 160 deg Celcius. Letakkan baking paper ke dalam loyang bulat 8 inci dan ketepikan.
Masukkan separuh white chocolate ke dalam food processor dan blend. Biarkan kasar jangan halus sangat, ketepikan. (Ummi parut jek)
Masukkan biskut ke dalam food processor dan blend hingga hancur. Sementara itu bolehlah masukkan mentega cair dan blend sebati.
Tuangkan biskut tadi ke dalam tin kek dan tekan2 biar padat. Masukkan ke dalam fridge selama 30 minit.
Dalam mangkuk lain, satukan cream cheese, sour cream, gula dan esen vanila ke dalam FP dan blend hingga sebati sambil dimasukkan telor satu persatu (*ummi guna mixer je).
Kemudian tuangkan ke dalam tin kek yang berisi biskut tadi dan taburkan white chocolate yang telah dikisar tadi. Kacau dengan garfu supaya ianya larut sedikit ke dalam adunan dan bakar selama 50 - 60 minit/hingga masak.
Tutupkan api oven dan biarkan kek di dalam oven dengan direnggangkan pintu oven selama 2- 3 jam (Permukaan kek akan sedikit merekah)- ibu punya kek tak merekah sebab byk sour cream
Selepas itu bolehlah disimpan di dalam fridge selama 4 jam.(ibu bakar mlm masuk peti sahur baru letak cream)
Sapukan cream ke atas kek dan parutkan lebihan white chocolate dan taburkan ke atas cheesecake tadi. Bolehlah dipotong dan hidangkan

ini aku punya sedapnya sampai pg ni pun aku duk ingat lagi rasa kek yg cayor di mulut ni(amaran pd yg tak suka susu jgn gatal nak buat okey..)Tengok fresh cream lagi tebal dr cheese cake ni gara2 aku masal nak simpan dah fresh cream tu sebab kan nak cuti raya seminggu nanti klu lama sangat dlm peti mau masuk tong sampah jd semua cream aku lepa kat atas kek.jd kek nampak tinggi sikit.


Quote:
Abah semlm baru dia cakap kek tu sedap sangat bila mkn potongan cheesecake yg kedua.Pastu baru dia perasan kek tu bini dia ni yg buat,baru dia puji cantik .betul ke?jgn2 nak ambik ati je kot sebab masa hari sabtu tu mcm2 komen pasal kek tu dah tu tak mkn sangat agaknya dah kenyang mkn kambing kot.sahur pulak baru mkn dah tu buka semlm mkn lagi,jd aku percayalah abah puji sedap tu tak rugi aku masak cheesecake ni(memang abah suka mkn cheese cake yg aku masak tp klu yg secret recepi tu tak lak dia teringin)


JANGAN MARAH YE AKU TAYANG GAMBAR CHEESECAKE NI BYK2 SEBAB AKU NAK CKP CHEESECAKE NI SEDAPPPPPP SANGATTTTTT


Abah suka sangat mkn yg jenis chop2 ni jd aku wat lah lamb chop lagi tapi guna sos cendawan lak.Lamb tu mcm biasa aku tangkap kat Jusco 3 kpg.senang balik bakar aje tak susah2 nak sedia perencah

tengok kan senang masuk kuali terus



♥Mushroom Sauce / Sos Cendawan™
sumber kak fida myresipi
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum (ibu tambah lg 1 sudu nak byk kuah)
100 ml air rebusan daging (akak guna air campur dgn kiub daging) – ibu guna kiub+air
2 sb tomato paste –tak letak pun no stok
1/2 sk serbuk lada putih/hitam – ibu guna lada hitam tumbuk
1 sb kicap masin – tak letak
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (ibu guna fresh milk + susu cair)
150 g cendawan butang dlm tin - dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih – ibu tak letak ganti dgn oregano
garam secukup rasa
Cara-cara
Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
Siap untuk disajikan dengan steak daging,ayam atau burger panas2.


Ayam ni aku buat utk kembar nak bg mkn lamb chop mau menjerit ibuuuu..das...das...jd aku masak mcm ni selepas tengok kat fp mamasya mcm sedap aje dan sememangnya sedap..aku saje letak nama baru kat resipi tu sebabnya aku rasa mcm ayam teriyaki yg kat Jusco tu.dulu2 aku selalu beli masa keje kat Jusco skrg klu rasa nak mkn ayam teriyaki buat aje mcm resipi ayam sticky ni sedap oooo lagilah klu yg hangat balik tu dah mesra2 org kata.aku hangat guna toaster aje klu guna kuali mau hangit.Kembar suka sampai berebut dgn ibu nak mkn nya.


Sticky Caramel Chicken Wings
(Teriyaki Chicken)
Sumber; mutiarazura; My resepi
copy mamasya.fotopages

Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!



copy ana cheras fromthekitchentohisstomach.blogspot

Brokoli - dipotong agak kecil & rendam dlm air panas
Jagung manis - disisir amik isinya (klau takde, boleh guna jagung frozen) – ibu guna jagung frozen
Lobak merah - dipotong nipis memanjang
Bawang besar - dimayang
Bawang putih - dicincang kasar
Minyak zaitun - minyak masak lain pn boleh
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Serbuk lada sulah/lada hitam

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun. Bila minyak sudah panas, masukan Bawang besar & Bawang Putih. Tumis sampai harum.
2. Masukkan jagung & masak sehingga 1/2 masak.
3. Masukan brokoli & masak sampai agak layu (tak perlu masak brokoli terlalu lama sbb td dh rendam dgn air panas)
4. Tambahkan garam, gula, serbuk perisa & serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa. Gaul rata.
5. Setelah itu tambahkan carot. Kacau rata & sedia utk dihidang

Quote:
Cara Ibu
Rebus air hingga mendidih masukkan jagung,brokoli dan carrot bila nampak broccoli dah tukar color sikit terus matikan api tak tunggu sampai mendidih. Kemudian sejatkan.
Panaskan minyak zaitun. Bila minyak sudah panas, masukan Bawang besar & Bawang Putih. Tumis sampai harum. Tambahkan garam, gula, serbuk perisa & serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa. Gaul rata kemudian masukkan semua sayur kacau2 rata dan tutup api.




POTATO SALAD
Bahan-bahan
2 biji kentang direbus sehingga empuk dan potong dadu besar
1 biji timun jepun –dadu
tomato ceri
1 biji apple hijau swiss -dadu
2 sudu mayonis
2 sudu one thousand island
1 s/k biji sawi
1 sudu minyak utk tumis(lagi bagus klu guna minyak zaitun)
1 s/k dry oregano
lada sulah ajishio – guna ni tak payah masukkan garam lagi ajishio dah masin.

Panaskan minyak tumis biji sawi dan dry oregano kemudian padamkan api biarkan sejuk seketika.
Dalam satu bekas yg lain masukkan kentang,timun,apple dan tomato ceri masukkan bahan tumis tadi gaul rata kemudian masukkan mayonis dan one thousand island serta percikkan serbuk lada sulah(ajishio) sambil di gaul rata sedia dihidang.nak sedap sejukkan dulu dlm 1 jam


Kembar cari pasal di paksanya pengasuh kat nursery tu main buai.pagi2 dah meragam.nasib hari sabtu cuma kembar aje yg gi sekolah jd blh lah org melayan dia org klu tak jgn haraplah nak main buai.

ITU AJELAH KISAH ORG SAMBUT BESDAY TAKDE YG SPEACIAL SANGAT NAK MASAK MCM PUN CUMA KAMI BEREMPAT AJE YG MKN LAGIPUN BULAN PUASA NI KAN.KEK TU AKU CUMA BG SEPOTONG PD KAK TEH ANAK 2 DIA SUKA SANGAT MKN KEK TENGOK AKU BG KEK TERUS GI AMBIK SUDU TAK SABAR NAK RASA KATANYA.

OK BYE..BYE..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net