SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Sep-2009 01:04 Email | Share | Bookmark
RENDANG AYAM,DAGING KICAP,LASAGNA DAN ROTI.....

 
 
 
 
 
 
Salam

Alhamdulillah dpt lagi bersiaran kita hari ni.seperti yg aku janjikan semlm nak tunjuk apa abah masak utk lauk berbuka kami ahad lepas.Pagi2 lagi abah dah tanya nak masak apa hari ni(bulan posa pun tanya mcm nak mkn tgh ni)entah, aku jawab dlm peti ada ayam(padahal mcm2 lagi nanti klu ckp semua abah kata aku byk sangat nak masak)ingat nak buat rendang (kononya padahal aku nak pancing abah masak ni.
Dlm kul 2 ptg aku pun siap lah rencah kat dapur tung tang tung tang tiba2 abah muncul.Awalnya nak masak.aku jawab biar masak awal nanti nak tido(benornya aku ada plan lain)oklah....nak masak apa ni? apa lagi masak rendang org tak pandai lak aku jawab.mana bahan2 dia.aku pun tunjukan apa yg tersedia lepas tu abah mintak rempah bagai2 aku pun terus ckp abah masak lah sedap sikit.langsung aku jd tukang tengok aje dan inilah hasilnya.Biasanya rendang ni abah masak byk2 kat PArAm satu hari dia masak ayam 20 ekor tp itu dululah thn ni cuti masak.jd layan resipi ni

Quote:


RENDANG AYAM CHEF E

Bahan2
1/2 ekor ayam di potong kecil
1 helai daun kunyit di mayang-ditabur bila sudah masak
2 s/b minyak utk tumis.

bahan(A) mesin kasar
3 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai

bahan (B)
2 s/b cili giling klu nak pedas blh tambah lagi
1 s/k serbuk kunyit blh juga guna kunyit hidup
1 btg serai di ketuk

bahan (C)
1 s/k serbuk ketumbar
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k ketumbar kasar
1 s/k jintan manis

bahan (D)
1 kpg asam keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 s/b gula hitam/merah
2 s/b kicap
garam
perasa

bahan (E)
3 s/b kerisik


Cara2
1.Panaskan minyak tumis bahan A mesin kasar bila dah naik bau
2.Masukkan B kemudian kacau rata dan C
3.Kemudian masukkan ayam sebatikan dgn ayam semua rencah
4.Kemudian masukkan D kacau lagi jika kurang air blh tambahkan sikit air
5.Pastikan ayam betul2 masak baru masukkan E jika tidak rencahnya mudah hangit dan kena kacau selalu.
6.Bila semua sudah agak kering baru masukkan daun kunyit.tutup api.sedia di hidangkan dgn nasi panas atau lemang.

*Note-utk sesiapa yg tak suka sangat byk rencah blh kurangkan qty2 bahan A.tujuan byk pakai bwg adalah utk bagi byk seredak senang klu nak cicah dgn lemang atau ketupat.
-blh juga tambah kuantiti ayam jd kan se ekor utk bahan2 di atas

Abah mkn ngan lemang rendang ni sebab tu byk seredak.


INi lak lauk tambahan yg aku masak.nak perabih daging yg dah siap rebus tu jd aku masak kicap.lauk ni dulu masa zaman2 jd student poli aku selalu buat stok letak kat kamsis duk sana kada lauk kat cafe tak kena dgn selera kadang2 lauk sama dan kadang2 caj tak tentu hala jd nak jimat masak mcm ni bila sekali sekala balik kg.aku dpt idea dr daging dendeng yg kawan aku selalu bawak masa zaman muda2 dulu ittew...

Quote:

DAGING MASAK KICAP

Bahan2
1 mangkuk daging yg telah siap direbus blh potong kecil2 terus atau lepas rebus baru potong
4 s/b minyak utk menggoreng

Bahan Perap
10 biji cili api-mesin
2 btg serai 1 inci halia-mesin
1 biji bwg besar-mesin
3 ulas bwg putih-mesin
1/2 cawan kicap
1 s/k gula
garam
perasa

Cara2
daging yg siap di rebus diperap selama 1 jam sekurang2nya klu lebih pun blh.ibu perap lagi lama buat hari ni masak esok tp simpan dlm peti okey.Bila dah siap perap panaskan minyak kemudian masukkan daging sentiasa kacau takut hangit bila dah kering blh lah di hidangkan dgn nasi panas jika masak kering2 daging ni tahan 4 @5 hari.



Lagi kes terliur punya pasal.ahad lepas kebetulan anak sepupu(jaja) aku dtg rumah nak antor myked kembar yg tertinggal masa kat kg ari tu.jadi masa cuti sekolah seminggu tu dia pun cuti belajar gak dan balik kg kat dungun jd aku mintak tolong dia bawak balik ke KL lagipun dia belajar tak jauh dr rumah aku.Dia study kat Maktab pendidikan khas kat cheras ni ambil jurusan pun pendidikan khas nanti pandailah baca buku org buta,ckp dgn org bisu atau pekak harap dia berjaya.hai melalut pulak aku ni.Jaja sms aku dlm kul 11.30 pg kata nak sampai kul 12.30 tgh(mcm jauh benor tp aku dah terpikir dia ni nak dtg dgn apa?!!!)jd dlm kepala ni dah ter pikir nak masak lasagna ni tp skrg awal lagi,tak kisah lah janji ada benda yg aku blh bg kat budak ni.Tepat jam 12.30 tgh tuk..tuk..(dlm ati aku betul2 sharp budak ni nasib aku dah siap bakar)jadi dapatlah budak ni tapau bukan mkn kat situ yaa..harap maklum dia dtg pun naik motor jadi minah rempit lah.terima kasih pd semua yg kongsi resipi ni dan sememangnya sedap bg ku org lain tak tau lah.kena lak dgn sos cili(dah tekak melayu nak ada pedas gak)

Quote:

Lasagna
sumber blog Suzi..resepi asal Ros Tokyo
copy mamasya

Bahan.
* 6 keping pasta Lasagna - masak lebih dr 6 kpg nak habiskan stok. guna yang instant tp rebus sekejap biar lembut.

-bahagian inti daging-
* 3/4 cawan daging cincang
* 1 biji bawang putih (dicincang)
* 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
* 2 biji tomato ( potong dadu)
* 1/2 biji carrot ( potong dadu)
* 6 ketul cendawan ( potong dadu)
* 3 sudu besar tomato ketchup
* 2 sudu besar olive oil-letak minyak masak biasa

Bahagian white sauce
* 1 cawan susu segar
* 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar cheese powder-letak 1 kpg slice cheese
* 2 sudu besar butter
* 1 sudu kecil garam
* sedikit lada sulah
* Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna-tambah slice cheese
***white sauce ni kita doublekan bahan2nya sbb sauce tak cukup utk cover semua lasagna.***

untuk hiasan
* sedikit hirisan daun pasley kering-tak letak

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White sauce
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain

2nd bacth lain mcm sikit rupa tu.


kes terliur lagi tengok mat gebu wat roti dlm bulan posa ku pun nak wat gak.
Quote:


ROTI SOSEJ
copy mat gebu

BAHAN -BAHANNYA
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang)
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar
CARA MEMBUATNYA

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

*guna doh yg sama cuma letak inti red bean yg ready made


terima kasih kerana sudi singgah di dapur ku.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net