SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Sep-2009 00:55 Email | Share | Bookmark
AYAM PERCIK,DAGING MASAK LEMAK,MEE SIPUT DAN KEK

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SALAM JUMAAT

MENU BERBUKA LAGI...duk ulang tayang benda sama aje.

Quote:

Menu buka ari selasa lepas aku tengok blog ummi wat ayam percik rasa terliur lak pastu gi umah madiha pun hidangkan ayam percik gak utk tok sedara aku tu jd aku pun nak memercik gak lah resipi ambik umah ummi.mcm biasa kopipes

AYAM PERCIK
CHEF NORZAILINA
COPY UMMIZAIHADI
Bahan:-
1 ekor ayam - potong 4 @ 6 (akak potong 8, senang sikit nk mkn)
1 keping asam gelugur
1/2 camt. halba
750 ml santan (dari 2 biji kelapa)
garam dan gula secukupnya

Bahan A:-
3 camb. pes cili (cili kisar)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm kunyit hidup
Cara-Cara:-
Kisar bahan A. Jerang bahan A dengan semua bahan lain sambil dikacau hingga ayam setengah masak.
Keluarkan ayam. Masak kuah hingga pekat sedikit.
Ubah ayam ke atas grill atau panggang atas bara api sambil renjis-renjiskan kuah tadi (hati-hati kerana kuah akan memercik sedikit, isshhh dah nama pun ayam percik eh).
Bila masak sempurna bolehlah diangkat. Panaskan kuah seketika kemudian hidangkan dengan ayam

*sedap dan mudah nak masak cuma abah aje yg tak kena ngan selera dia.aku bantai aje.kembar lagilah memang lauk kegemaran dia.klu gi pasar mlm memang lauk ni cari siap2 utk dia walaupun kembar bukan buat lauk nasi tapi ratah aje.


Cendawan goreng ni dah lama aku terasa nak mkn.beli cendawan ni rasanya dah seminggu sampai naik lebam dah tapi buat gak lah nanti membazir lak klu buat.tu dlm piring aku sekali hadap aje.ni pun abah tak geng.resipi aku ikut cara nuanza jd kopipes nuanza ajelah tp ada ubah sikit ikut brg yg ada

CENDAWAN GORENG
http://nuanza.fotopages.com/?entry=1861543
sepeket cendawan
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kari -yg ni tak letak
1/4 sudu teh serbuk jintan manis, serbuk j. putih, serbuk ketumbar
garam
1 biji telur

cara:

basuh cendawan toskan- kalau yg jenis besar2 tu, koyak2kan skit
gaul ngan garam secukupnya- pecahkan telur, gaul sekali ngan cendawan

satukan bahan2 tepung dan bahan lain
masukkan dlm cendawan td

goreng hingga garing (letak satu2, jgn tuang semua dlm kuali lak)

GARA2 MASAK LAUK KAT ATAS NI LAH NASI AKU TAK MASAK.AKU CUBA SEDAR MASA NAK CEDUK NASI AJE.SIAP AMBIK PINGGAN PAS TU SEKALI BUKA PERIUK TENGOK BERAS LAGI.ADOI LAH..AKU RASA AKU DAN TEKAN BUTANG COOK DEKAT RICE COOKER TU TP ENTAHLAH KADANG2 KEMBAR PUN SUKA MAIN DGN PERIUK NI.MASA TU BETUL2 ORG DAH NAK AZAN NAK TAK NAK AKU MKN LAUK DULU NASI KEMUDIAN TU PASALNYA CENDAWAN GORENG TU SEKALI HADAP TU.


Quote:

Menu ari rabu lak.Ingat tak aku kata ada rebus daging nak masak kari masa merdeka tu tapi dah tukar jd masak lemak cili api.ni pun aku tak pernah masak dan tak pernah mkn abah yg suruh masak jd layan ajelah.cara masak sama mcm masak lemak yg lain.resipi...tunggu aku rajin dulu ya baru taip skrg mood nak taip kureng..sayur labu tu buat utk kembar tak pedas resepi kat sebelah dah ada ok.lagi tambahan tu ayam KRR tu(kenny rogers roster)dah abis idea dah nak mkn apa.

Quote:
MASAK LEMAK DAGING

Bahan2
1/2 kg daging rebus sehingga empuk
1 bungkus santan@1 cawan santan pekat
cili api secukupnya-mesin
1 ulas bwg putih-mesin
1/2 labu bwg besar-mesin
1 btg serai dititik
1 kpg asam keping
garam
perasa
air secukupnya

Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat.bila kesemua bahan dah sebati dan didih baru masukkan santan pekat kacau sehingga mendidih.kacau supaya jgn bagi santan berketul.







Quote:

ni lak menu semalam.aku memang dah tak berapa nak lalu mkn nasi.sahur pun dgn sup cendawan vono sepeket minum kopi habatus sauda aje,nasi abah sorang mkn.jd berbuka semalam aku masak mee siput ni.kes terliur tengok kat dapur cikgu ummi aisyah pun ada gak mcm sedap aje.yg jd mee siput tu pulak sebab dah byk kali aku beli mee kuning kat kedai runcit bawah tu mcm tak elok aje.jadi aku ambik keputusan guna mee kering dah tentu klu simpan lama dlm almari pun tak rosak tp jgn lak sampai expired.nak tambah perasa lagi letak lah cili jeruk abis citer.cara masak sama mcm mee grg gak cuma mee tu celur lah dulu tak kan masuk keras2 mcm tu lak.


ada lagi org bagi sedekah bubur lambuk kg baru ni.original dr kampung baru yg pemes tu.benarnya kawan abah(abg din) yg bg dia cakap smlm najib(PM) ada tempah 1000 bungkus utk bg sedekah jd dia simpanlah sekali utk family kami ni terima kasih ya abg din(dia ni kira org kuat hishamudin gak tu pasal selalu join xtvt VVIP ni)


Quote:

DEEP DARK CHOCOLATE CAKE
Source : Hershey’s Website
(resepi c&p dr FP Madiha aje.resipi dr mamafami)
Bahan-bahan :
2 cawan gula kastor
1-3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1-1/2 sudu kecil serbuk penaik
1-1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
2 butir telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air mendidih
Kaedah penyediaan :
1. Panaskan ketuhar pada 350 F. Griskan loyang pembakar. Mama gunakan loyang bulat 9 inci yang dalam. ~ MaDiHa guna loyang terbesar sikit..(alas kertas di dasarnya & griskan) so kek jadi nipis sket.
2. Masukkan gula ke dalam mangkuk pembancuh. Ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk yang sama.
3. Di dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, minyak dan vanilla. Pukul sekadar semua bahan sebati, menggunakan whisk.
4. Tuangkan bahan cecair ke dalam adunan tepung dan pukul dengan menggunakan mixer dengan kelajuan sederhana sehingga berkerim. Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga masak. Biarkan selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang pembakar.

*Nota-klu sesapa tak suka manis sila kurangkan gulanya sebab kek ni dikira manis sikit lah.klu yg ada kencing manis tu tak di galakkan mkn kek ni ok.

Quote:

Sedap ke ni dan cepat masaknya tak mcm kek yg selalu aku buat tu sampai kena bakar 2 jam baru masak.ni kes tak puas ati buat kek mayonis aku masak lagi kek ni sambil nak pulangkan bekas jiran sekali



Ni pulak resipi acu cuba try test jd ke tak.aku rasa budak sekolah rendah pun tau buat ni sebab sedap sesangat lah nya.Lagi satu sedap .... you..klu mkn sambil tengok tv tak sedar dah abis sebalang kah..kah...

Chocolate Buble Rice

Bahan2
250g coklat masakan
50g cocoa butter(takde pun tak pe,tujuan utk kurangkan kepekatan coklat dan kemanisan coklat)
buble rice secukupnya lebih kurang 150 g

Coklat di cairkan secara double boil.bila dah cair masukkan buble rice dah kacau sehingga rata jika nak byk coklat kurangkan buble tu lepas tu sudukan ke dlm bekas paper liner yg kecil bila dah sejuk masuk dlm bekas kedap udara.

*Note-tak perlu alihkan bekas double boil tu dr periuk jika tak coklat cepat mengeras belum sempat masuk cup lagi dah beku dan jika rasa buble tu dah mula nak mengeras buka balik api dan kacau2 lagi




Buah tangan dr sabah.minggu lepas cuti sekolah ms wong gi mkn angin di sabah bawak anak2 & family bercuti sempena cuti sekolah jd dia belikan aku coklat dan beg kecik tu.

Tak blh pjg cite ari ni aku ambik halfday nak gi shooping dan window shooping ptg ni sambil cari apa yg patut utk raya ni.rasanya tak byk sebab dlm ati dah niat nak cari telekung aje tp tak tau lah bila dah sampai ke tempat tu jd kelabu mata lak tambah2 masjid jamek tu dah lama aku tak gi.Aku gi sorg aje so sesape ada free ptg ni jom join aku sekali

ok bye


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net