SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Sep-2009 02:00 Email | Share | Bookmark
MEE HAILAM,NASI MINYAK & BREAD PUDING

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam....

Kes nak perabih roti yg expired(bkn yg dah lama xpired ya baru sehari)nak wat jd baby mau aku tak masak lauk buka posa jd aku campak aje dlm loyang tu.tu pasal rupa dia mcm tu.Bila dah masak aku tempek lak cheese kat atas.ada rasa manis masin sikit.

Quote:


BABY BREAD PUDING
copy UMMIZAIHADI

Bahan-bahan ( 6 keping ):-
2 keping roti putih
2 sb tepung jagung
3 sb gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur
1-2 titik esen vanilla
sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera-ibu letak kurma sempena bln ramadhan ni
sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon) -ibu pun tak letak
mangkuk muffin - disapu majerin -guna loyang je
Cara-Cara:-
Roti di siat2 kecil atau potong 1 inci persegi.
Tepung, gula, susu, telur dan esen dikacau hingga sebati.
Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap. Buat hingga habis.
Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing diatas puding.
***Sedap juga kalau menggunakan roti berperisa buah2an.


Terasa nak mkn mee duk rayau2 aku jumpalah resepi ni kat umah kak long.copy aje ya
Quote:

MEE HAILAM
copy madiha
Bahan Bahan
Minyak masak
5 cm halia di kisar (MaDiHa bubuh 3 cm jek)
4 ulas bawang putih di kisar
2 biji bawang besar di kisar
2 sudu besar cili kering di kisar (MaDiHa guna 6 biji cili kering)
200 gm daging lembu (MaDiHa rebus empuk kemudian baru dipotong tipis.. airnya gunakan utk kuah)
200 gm sotong, di bersihkan dan di potong melintang
200 gm udang, di buang kulit dan urat
200 gm isi ayam, di hiris tipis
2 sudu teh garam (rasa dulu sebelum bubuh yer.. kang termasin lak)
60 ml cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram (MaDiHa tambah)
1/4 sudu teh serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung, di bancuh dengan 600 ml air (air MaDiHa tak sukat... tp main agak2 dan tengok kepekatan kuah yg sesuai)
300 gm sawi, di potong 4 cm (about 2 pokok sawi )
150 gm kubis ~ di hiris lebar (MaDiHa bubuh 1/4 dari sebiji kobis)
2 biji tomato ~ belah 4 (ini MaDiHa tambah)
1 biji carrot ~ hiris saiz kegemaran anda (ini MaDiHa tambah)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 kg mee kuning

Bahan Tambahan
1 tangkai daun saderi/sup, di potong 1 cm (MaDiHa tak bubuh.. tp gantikan dgn daun bawang utk hiasan)
3 tangkai cili merah, di hiris hiris
2 biji limau nipis ~ hiris & perah waktu nak makan (MaDiHa tambah)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bahan bahan yang telah di kisar.
2. Tumis sehingga berbau wangi.
3. Masukkan daging, sotong, udang dan ayam.
4. Masukkan sedikit air dan biar hingga bahan2 tersebut agak masak.
5. Perasakan dengan lada sulah, garam, kicap pekat, sos tiram dan serbuk perasa
6. Campur bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata.
7. Masukkan sawi, kubis dan carrt, kacau sehingga rata.
8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar. Pastikan cukup kuah.. jika terlalu pekat boleh tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah.
9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang. Jika belum mahu makan.. jangan dicampurkan terus mee nya kerana takut mee akan mengembang..
8. Akhir sekali.. semasa menghidang tabur dengan daun saderi/sup/daun bawang, cili merah dan perahkan limau nipis.

*nota aku tak berapa sangat lah mee hailam ni coz rasa halia tu yg potong stim tu


Hari cuti aku dah blurrr..aje nak masak apa resepi duk belek dah berkali2 tp tak gak jumpa yg berkenan di hati,pastu duk pikir dlm peti ada daging lagi.Mulanya nak masak kari daging pas tu aku tanya abah mcm mana msk kari daging(ikut selera dia bukan aku tak tau masak ya) abah ckp rebus dulu bg empuk pas tu tumis mcm biasa ....bla..bla...aku angguk aje..buat2 paham ajelah.Masa tu awal lagi dlm kul 11 pg wah mcm nak masak tgh aku ni.senang masak cepat blh rehat cepat.sambil aku duk layan kembar main(nak tido tak leh kembar tak bagi tido di suruh nya ku duduk kat kerusi tu tengok tv aje)pas tu tepon mama aku pok pek pok pek tiba2 dtg lah akal nak masak gulai mcm mama masak.Ini kira pestime ni dlm hidup ni tak pernah masak sendiri lagi biasanya klu kat kg mama tolong tengok2 kan gak tak cukup itu tak cukup ni.Mama pun bg ler resipinya tp kena guna daging mentah tumis atas darat.alamak aku dah pun rebus dagingnya.mama ckp blh gak tp tak sedap lah.Lepas aje ckp dgn mama aku angkut kembar turun bawah gi kedai runcit kat bawah kat situ memang ada jual lauk2 basah tp mahal sikitlah tak pe lah janji aku blh masak lauk kesukaan aku ni.

Balik dr kedai aku pun mulalah nak berperang tapi kembar lak wat hal kena bg tido dulu tapi yg lenyap cuma kakak adik haramm..tak mau tido.Kakak dgn abah aje yg lena aku dgn adik duk buat projek masak2 masa tu baru kul 2 ptg.Tengah aku duk menumis bagai2 tu tiba2 aje abah muncul dgn mata yg kecik tu sebab bangun tido.Abah tanya ibu masak apa ni?sedapnya bau.aku senyum kembang.... dah...iya ke sedap sampai terjaga ya.Iyalah sedap bau mcm mama masak je(hai abah sampai teringat mama yg masak mentang2lah aku tak pernah masak gulai ni).Aku pun teruskan langkah seterusnya masak sampai lah danging empuk tp klu masak sikit mcm aku ni ambik masa 2 jam lebih gak tau.Tapi klu kenduri kahwin kat kg aku biasa masak gulai mcm ni kejap aje sebabnya masak byk sekali harung dahtak payah tambah air.cuma guna santan pekat klu tambah air sure daging hancur(agaknya bila masak dlm kuantiti byk tu dah jd mcm periuk tekanan kot).sebab lauk dah ada aku ciptalah pulak nasi minyak dulu masak tak pernah pun pas kali sure pas sebab abah pun tanya masak mcm mana?pakai beras apa?kih..kih...baru dia tau bini dia ni pandai gak masak.jom layan mata.


menu hari merdeka lepas abis perah otak.acar buah kebetulan sujah bagi kenalah dgn nasi tu kan.Ikan jeruk bg masuk gear laju sikit.puding tu ala2 hiasan aje atas meja mkn nya kul 11 mlm. Ok kita tengok lak resipi mama aku ni.

Quote:


GULAI DAGING
sumber:mama ku

Bahan2
1/2 kg daging-potong kecil
3 sudu cili giling
minyak utk tumis
1 sudu gula merah/manisan/gula melaka
garam
perasa
1 sudu asam jawa+air
1 cawan santan pekat
air secukupnya sehingga daging empuk

Rampah Tumis
1 bunga lawang
3 biji cengkih
1 btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga

Bahan yg di gaul jadikan pes
1 labu bawang besar-mesin
2 sudu rempah gulai cap ros
2 sudu kerisik
2 sudu rempah masak cap ros(takde stok)
setelah jd pes terus gaulkan sekali daging yg dah siap bersih tadi bila dah sebati baru masukkan dlm periuk.(itu lah namanya tumis atas darat)

Cara2
1.Panaskan minyak tumis rempah
2.Bila dah wangi masukkan cili giling masak sehingga keluar minyak@garing
3.Kemudian masukkan bahan pes tadi masukkan sekali daging gaul rata biar daging keluar air dan bila air mula kering blh lah
4.Masukkan air biarkan mendidih sekejap
5.Masukkan pula santan
6.Masukkan gula merah,garam dan perasa.
7.Tambah air beperingkat sehingga daging empuk.
8.Biarkan ia mereneh sehingga pecah minyak
9.sedia di hidang dgn nasi putih atau apa jenis nasi

*Nota:Ibu guna daging beku aje jadi kena tunggu lama sikit bg air daging kering baru masukkan air
Nak masak gulai ni lama gak ambik masa dlm 3 jam sebab kena reneh klu buka api besar nanti tak pecah minyak hangit ada lah.sedap lagi klu cicah ngan kayu khamak atau roti canai

ibu duk ulang lauk ni sampai 3 ari tuu...sedap lagi....janji tiap2 ari kena panaskan tak perlu simpan kat peti


Quote:

NASI MINYAK

Bahan2
1 cawan beras basmathi-dibersihkan dan tos
1 sudu minyak sapi/majerin/minyak masak
1/3 cawan minyak masak(ibu tak letak nanti terlebih minyak lak)

Bahan tumis A
bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis dan cengkih.

bahan B
1 labu kecil bawang besar mayang
1 inci halia - ketuk
2 ulas bwg putih-mayang
sehelai daun pandan

Bahan C
2 cawan air
1/2 cawan susu cair
garam

Bahan D
warna jika suka

Panaskan periuk rice cooker dgn dapur gas pastu masukkan minyak tumis rempah tumis bila dah naik bau masukkan bahan B kacau sekejap bg naik bau kemudian masukkan bahan C.Biarkan mendidih bila dah mendidih baru masukkan beras.Pindahkan periuk rice cooker ke tempahnya dan masak mcm biasa.Bila butang masak dah naik ke atas jgn terus di angkat biarkan seketika supaya nasi masak rata.
Bila nasi dah masak ambil sedikit nasi dan campurkan warna kemudian baru di gaul sekali dgn nasi dlm periuk tujuannya supaya tidak semua nasi akan bertukar warna.sedia di hidang

*Nota-sukatan beras tu sesuai utk 3 org dewasa mkn yg jenis mkn byk.Ibu buka dgn nasi minyak sahur pun ngan nasi minyak tu pun ada belen lagi,walaupun abah mkn menambah2 sahurnya



ACAR MENTAH


PUDING SAGO

Bahan2
1 cawan sago- bersihkan dan tos(cucur bawah paip aje jgn rendam lak nanti hancur)
3 cawan air-didihkan bersama
gula ikut manis masing2 ibu guna 3 sudu besar
susu cair+sedikit garam

didihkan air gula masukkan sago kemudian kacau sehingga masak masukkan warna yg di sukai kemudian blh lah masuk kedlm bekas atau guna loyang.bila nak mkn cuma curahkan susu.



Kenny Rogers lagik !!!...hei...bukan aku beli lah kawan abah antor lepas berbuka.Aku baru pulangkan bekas dia ari ahad tu ari isnin dia antor lagi.dah sape lak nak perabih ni dah tu lagi byk dr itu ari.syukur alhamdulillah murah rezeki bulan posa ni.Kawan abah ni wife dia keje ngan kenny rogers bukan org kecik2 kira org beso2 gak sebab jadi cikgu utk staff kenny rogers sebab tu ari2 ada aje dia bawak balik meal ni.Aku suka muffin 4 segi dia tapi sikit manis lah dah tu ku suruh kembar angkut gi nursery aje.

Edisi tak puas hati ni(walaupun dlm bln posa)
Quote:
Sebentar td adalah seorg hamba allah ni call aku dialog lebih kurang mcm ni lah

Dia:Da aku bulan ni tak dapat byr lah nanti ko tolong bagi tau ms wong...bla..
Aku:nape?(memang itu soalan aku biasa tanya)
Dia:ni kete aku rosak...Bla..bla..repair....eh ..ko tolong kat workshop ada tak brg ni *&^%$ dah byk tempat aku cari tapi semua tak de.
Aku:Klu mcm tu saya bg no phone workshop aje pd en.XXXXX nanti tanya sendiri saya takut salah klu saya tanya.
Dia:Ko tanyalah bukan benda apa cuma *&^%$ je,ko ada no tepon aku ke?
Aku:rasanya saya ada rekod.
Dia:ni ha no kete aku HXXXXXX no tepon 00000000
Aku:Insyallah.
Dia:tak mahu insya allah..insya allah ni mesti gak.
Aku:kenapa salah ke saya sebut insya allah.bukan saya cakap tak nak cuma insya allah(aku dah angin dah ni dah lah ckp kasar)
Dia:Oooo...iyalah tp tolong gak da(baru cool sikit bila kena smashe dgn aku)

Hamba allah seorg melayu dan seorg islam ku fikir.Jika C*&^ ke i*&^^& ke lain lah.ini ke sikap seorg muslim????fikirkan sendiri




Bye..wasalam..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net