SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Sep-2009 01:48 Email | Share | Bookmark
MENU BUKA PUASA MINGGU LEPAS & BUKA PUASA RUMAH SUJAH

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Ahad lepas sujah aku ada wak majlis buka posa ramai2 takde jemput sesape cuma kawan2 syikin budak UiTM Shah Alam adalah dlm 10 org gitu.Lepas tu kak long nak wat besday Dini sekali sebab besday Dini jatuh ari pertama posa jadi takde sambut pun dan nak di jadikan cerita bila sujah ckp nak buat majlis tu,kak long pun buat lah sekali meriah sikit.
Tuan tanah buat main menu nasi ayam.

Aku yg dtg tumpang ni bawak yg kat bawah ni.serba sikit org kata.itupun aku dah bagi kat jiran2 kat umah sikit.nak pulangkan bekas dia org sekali.
Ini angkatan yg aku bawak dari umah ke umah sujah.
Quote:

POPIA GORENG

Bahan2
1 biji sengkuang saiz sedang – sagat
1 biji carrot – sagat
3 biji telur
2 ulas bwg putih - cincang
1 ulas bwg besar – cincang
1 1/2 cawan udang geragau-direndam sekejap kemudian tos
garam
minyak
kulit popia secukupnya
1 s/b tepung gandum – bancuh dgn sikit air jadikan pes sebagai pelekat

Cara2
Pecahkan telur dan campur sedikit garam dan kacau sebati. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau2 hingga jadi scramble egg. Angkat dan ketepikan. Masukkan minyak dlm kuali yg sama. Tumis bwg putih hingga wangi dan masukkan bwg besar tumis hingga layu. Masukkan udang geragau. Masukkan carrot & sengkuang dan kacau2 hingga agak kering. Masukkan scrambled egg dan kacau sebati hingga kering sikit. Angkat dan bolehlah mula menggulung popia. Gunakan pes tepung sebagai pelekat. Bila siap menggulung bolehlah digoreng.

SOS CILI

10 biji cili kering – potong & rebus dan blend halus
1 senduk kecil cuka
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
1 s/k tepung jagung bancuh dgn sikit air

Cara2
Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dlm periuk dan masak di atas api sederhana. Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Masak mengikut kepekatan yg dikehendaki. Rasakan masin dan manisnya dan bolehlah dihidang bersama popia goreng
.

Quote:


KERIA
copy kak long

Bahan2
2 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya
sedikit garam - bancuh dlm air
Minyak utk menggoreng

Cara penyediaan
Gaulkan keledek dengan tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gelekkan doh menjadi silinder mengikut saiz diameter yg dikehendaki. potongkan doh setebal 2cm. Bentukkan lubang di tengah2 doh yg dipotong tadi utk dibentuk menjadi kuih keria/ bentuk tayar Buat sehingga habis. Panaskan minyak.. goreng kuih keria hingga kekuningan. Bila habis goreng bolehlah disira dengan air gula.

Bahan Untuk Menyira
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air

Cara2
Masukkan air dan gula ke dalam kuali. Masak hingga menjadi pekat dan 'berambut'. Cara menguji ialah bila diangkat air gula menggunakan sudip.. air gula akan jatuh spt rerambut maksudnya ia mengalir tak putus2.. itu menunjukkan air gula dah sedia utk dimasukkan kuih keria tadi. Bila dah masukkan kuih keria tadi.. perlahankan api dan cepat2 gaulkan dan balik2kan kuih supaya air gula menyaluti seluruh kuih. bila nampak gula dan membentuk keping2an pd kuih.. tutupkan api tapi still kena kacau2 hingga rata dan cukup kering



Penyejuk tekak yg kering - dadih.cara buat ikut kat pack dadih tu aje.


Aku dgn askar org yg awal dtg(tak termasuk kawan syikin yg dah ikut syikin balik sekali ya) susah sungguh nak ambil gambar dgn budak ni jadi bantai ajelah,ni pun tangkap ajak duk atas buai.

Antara menu2 yg ditayang atas meja sebelum azan maghrib.Kak long yg wat kek tu dgn bingka suji.
nak tau cerita lebih lanjut kena tunggu N3 dr madiha lah.aku tak ambik byk gambar dtg lak mood malas.


(gambar tak cantiklah tu pasal malas nak ambik gambar lagi)


Asrong yg dibuat oleh kak long atas permintaan adiknya ni yg mengidam mengalahkan org peknen.Terima kasih byk2 kak long ya sedap sesangat sampai lupa nak ambik gambar awal2 dah abis sepingan baru ingat gambar tak ambik lagi.jadi klu ada yg tengok gambar atas ni selemuh aje memanglah sebab dah abis kena belasah dgn org 2 kat situ kuah pun dah surut dah.

Kisah di suatu petang dah abis dah ___________________________________________________________________________________



Menu ari sabtu ni.Tak masak mcm2 cuma grg nasi dgn sup aje.Sedap tengok kat umah kak meen aku pun cubalah buat gak sekali lupa nak beli tomato puri(masa nak gi kedai siap tulis note lagi tp dah sampai kedai tak nampak lak bab tomato puri tu)jd aku belasah dgn tomato segar+tomato sos kih..kih..janji nama tomato.Kak meen kita c&p aje ya.soli tak mintak dulu.Tengok gambar sup aku langsung tak berseri sebabnya masa nak berbuka lupa nak ambik gambar jd tu gambar sahur punya dah takde daun-daungan lagi dah mata ngantuk ooo.. tido kul 3 (gara2 melayan kembar yg terjaga dr tido)bangun sahur kul 4 nasib leh ambik gambar lagi.Aku tiru kak meen guna daging aje tulang temulang tak main okey...Popia basah tu aku suruh abah beli aje nak buat tak reti.

Quote:
Sup Ekor Lembu Chef Wan (tukar Sup Daging)
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2 (Tukar daging)
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



Sarapan merangkap lunch kembar hari merdeka.Ibu tak tau nak bg mkn apa posa2 ni malas nak masak lagipun kembar bukan mkn sangat tapi klu tak diberi mkn nanti diaorg jerit bu apar bu nak acik.sebelum dia jerit aku wat lah ni.yg dimkn cuma ikan dgn kuah2 tu aje.roti keras tu buat hiasan aje.

Quote:


Salmon butter lemon
Sumber yani myresipi
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 slices salmon
2 + 1 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1/2 sudu besar jus lemon
4 sudu besar air
garam secukup rasa
lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
daun bawang untuk hiasan
tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya


Ni kes terliur tengok kat fp nuanza aku buat gak malam tadi.wat setengah adunan aje.kurang manis kek ni.nak cover yg kurang tu aku letaklah coklat ganache lak.guna loyang beso nak bg cepat masak sebab tu aku punya kek ada 4 layer kih..kih..
Quote:


dark chocolate moist cake
http://nuanza.fotopages.com/?entry=1918606&page=0
bahan2

2 cawan tepung gandum
1 cawan dark coklat powder (kite guna oreo koko powder)
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan mayonis
1 cawan gula perang
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu segar- panaskan
3/4 buku mentega dicairkan


cara:

satukan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda- ayak- ketepikan
campur mayonis, gula, butter cair, susu pekat dlm mangkuk pengadun- pukul sebati
kemudia masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit selang seli ngan susu panas
sebatikan semua bahan
bakar ikuit suhu oven memasing ye...

topping:

130 gram coklat masakan
1/4 cwn susu cair
2 sudu mentega

(masak semua bahan secara doubled boiled dan curahkan atas kek
ratakan)




Kembar dgn baju raya yg nek mai(x opis mate aku masa keje jusco dulu) belanja.mekacih nek mai nanti beli lagi.Kak maisah ni memang tiap2 tahun ada aje baju raya yg di belikan utk kembar,bukan apa teringin nak anak pompuan tapi takde rezeki semua lelaki dah tu nak beranak lagi memang ada masalah bertambah dgn sakit jantung berlubang tapi dia ni memang aktif orgnya.
Baju raya dari nenek kat kg tak leh nak tayang sebab duk kat kg bajunya.dengar citer mcm byk aje.wah...bestnya ibu takyah belilah...kih..kih..apa lak tak mau beli kena beli gak lah.



Terima kasih sila dtg lagi jamu mata


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net