SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Sep-2009 03:37 Email | Share | Bookmark
BISKUT RAYA LAGI...

 
 
 
SALAM....

Hai dah masuk berapa hari kita puasa ya?Oooo dah sebelas ari ya...makin lama makin cepat rasanya hari berlalu.Dah mcm bebudak syolah lah pulak duk asyik kira berapa ari posa.Aku ni bila time keje tak kisah mana pun puasa ke tak puasa ke sama aje(masa keje mana blh mkn kan)yg membezakan hanyalah waktu masaknya aje klu tak puasa tak kisah siap masak kul berapa pun asalkan dpt mkn tp bila puasa masa seakan dah tetap tak blh lewat dr sekian..sekian masa klu tak..buka posa minum air aje ler....Dah..dah ..byk benor ckpnya.ni nak tayang serkut raya lagi ni,yg kat bawah ni kira aku curi2 masa buat minggu lepas ler ter masuk cuti 2 ari lepas.Semuanya aku masak lepas sahur nak membakar mlm jawabnya tak tido lah ibu duk aje kat dapur tu.
Ni mesti ada yg cakap amboi ida byknya koleksi serkut baru 11 ari posa.memang pun apa?dengki ke?...jgn mare ya.semua nya aku cuma buat betul2 satu adunan aje takde lebih2 tau jadi idaklah byk mana pun setakat satu jenis tu adalah 2 bekas yg kecik tu.Bakar pun 3 kali ulang dah abis.Jom tengok klu ada sesapa berkenan buatlah sendiri ya.



BISKUT CONRFLAKES
sumber: http://resepi.mesra.net/Detailed/3218.shtml
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan cornflake, diramas
¼ cawan mentega
1 camca teh esen vanila
Sedikit cornflake untuk hiasan
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati.
Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi.
Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat.
Hiaskan dengan cornflake dan bakar

Ibu hias guna heart tu aje bagi menarik sikit
*nota-biskut ni kerat blh baling dinding klu sesapa sakit gigi ke pakai gigi palsu ke di nasihatkan jgn cuba2 nak mkn ok.


CASHEW NUT CRUNCH
Sumber:blog rozzan

Bahan-Bahan
( A )
150 gm mentega
80 gm gulaperang
130 gm gula
secubit garam
( B )
1 biji telur
( C )
140 gm tepung(ibu tambah lagi dlm 1/2 cawan tpg)
½ sudu teh baking powder
¼ sudu teh bicarbonate of soda
( D )
30 gm rolled oats (kisar halus)-tak kisar pun
70 gm kacang gajus (cincang)
50 gm chocolate chip
50 gm cokelat putih (cincang kasar)

Cara
Pukul ( A ) di dalam alat pengisarhingga licin dan gebu. Tambah ( B ) dan pukul lagi hingga rata. Campurkan ( C ) yg telah diayak dan adun hingga sebati. Masukkan ( D ) dan gaul hingga sebati. Ambil sesudu besar adunan dan titiskan ke atas dulang pembakar. Ratakan secara cermat. Ulang hingga adunan selesai. Jarakkan 3sm di antara setiap adunan ini. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama kira-kira 20 minit.

Nota: Biskut ini kelihatan lembut bila dibakar tetapi sesudah sejuk, ia menjadi keras dan rangup.

sedap mcm mkn biskut kejap ada kejap tak de(chipsmore)tapi ibu tambah sikit lagi tepungnya lembik sangat bila bakar terus cair mcm lava tapi bila dah masak jd kepingan kekacang.lagi satu biskut ni agak manis bg ibu jd sesapa yg tak suka manis kurangkan gula ok



CHOCOLATE ALMOND COOKIES
sumber: blog rozzan

Bahan-Bahan
( A )
260 gm mentega
185 gm gula aising
( B )
1 biji telur
½ sudu teh pes kopi
1 susu teh pes cokelat
( C )
400 gm tepung
1 sudu besar tepung susu
½ sudu teh baking powder
15 gm serbuk koko
( D )
180 gm kepingan badam (almond flakes)

Cara
Pukul ( A ) hingga sebati. Masukkan ( B ) dan pukul hingga licin. Masukkan ( C ) yg telah diayak dan kemudian tambahkan ( D ). Adun hingga sebati. Tekan adunan ke dalam dulang segi-empat, berukuran 20 sm (8 inci) yg dialas dgn kertas minyak. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau sehingga keras. Keluarkan adunan dari peti sejuk dan potong menjadi kepingan 4sm. Potong menjadi kepingan nipis berukuran 5 mm tebal. Letakkan dalam dulang pembakar yg telah digris dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 20-25 minit.
Nota: Kepingan badam boleh digantikan dgn kacang lain seperti walnut, hazelnut atau lain2

ragup tp ibu rasa kureng sikit sebab letak kopi klu letak coco aje mesti lagi sedap


CORNFLAKES COOKIES
SUMBER UMMIZAIHADI

Bahan:- (anggaran 70 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)

Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara

*nota-maap ler tak sempat nak rasa org dah azan subuh jd takleh bagi komen lagi



SAMPERIT MARBLE
sumber hanieliza
Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.

Buruk betul rupanya sebab ibu tak pandai nak buat dia punya marble tu.dah ada rupa mcm biskut hangus pun ada.tapi walaupun rupa tak cantik inilah biskut yg aku rasa paling sedap antara yg dia atas tu.asalnya rupa bentuknya leper sekali bila abah tengok dia gelak katanya mana ada samperit rupa mcm ni lepas tu dia tolong lah cari bunga yg betul dan tolong jap...jap aje ya..tak sampai 5 kuntum bunga pun. Lagi satu bunga aku tu takde seri sebab masa ni adik dah mula nak melalak dah mintak aku tunggu dia tido jadi aku main bantai ajelah janji biskut ni masak.


P/S:kpd yg dtg jenguk tu jgn merajuk klu aku tak dpt kunjung balas sebabnya ari ni busyyyyyy... sikit dgn server problemnya kat opis ni semua keje dah bertimbun ni.aku cuma curi masa utk masuk n3 yg mudah(c&p aje daaa..)

bye...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net