SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Aug-2009 01:17 Email | Share | Bookmark
***BISKUT RAYA***

 
 
 
 
Quote:
Salam semua...

Aku ni nak tayang sekut raya lak lauk pauk tolak tepi dulu nanti bosan lak, tp tak tau lah biskut ni sempat raya ke idak ni.Kembar duk asyik angkut satu..satu hari2 sampai aku kena sorok dlm stor biskut ni.Klu mkn tak pe ni satu mkn satu sepahkan atas lantai.

Aku buat ahad lepas ni.mesti ada yg ckp awalnya ida buat biskut beria benor nak rayanya posa baru sari dah buat biskut dah .haa..itu pasalnya aku baru tayang ari ni klu tayang awal 2 mesti ada bunyi mcm tu.Aku kena wat awal takut nanti tak terbuat dek duk tunggu kembar tido dulu dah tu kembar skrg dah tak mau masuk tido awal2 lagi dah mcm2 alasan diberi nak tengok tv lah,bila aku padam semua lampu dia mula ckp nak iyak bu nak engcing bu.. klu aku buat bodo dia bukak pampers sendiri dah tu bg kat aku.aduss.. anak aku ni.tiap2 mlm mcm tu.itu pasalnya biskut byk tu aje yg aku buat.itupun buat lepas sahur klu nak wat mlm kirim salam ajelah takdenya.Jom layan gambar ok nak mkn kena dtg raya umah kita okeyy...







Suji almond ~ Zubaidah Chepa
copy FP NURFIKAS
Bahan-Bahan

150 mentega
30 gm minyak sapi
80 gm gula caster
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm serbuk badam
60 gm tepung suji
220 tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Hiasan

Kuning telur dan badam nib
Cara-Cara

1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.

2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk badam dan serbuk penaik.

3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat atau acuan pilihan sendiri.

4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.

5. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit atau sampai kekuningan.


BISKUT BADAM
SUMBER LILYDVALLEY-Myresipi

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
140gm mentega/marjerin/shortening
65gm gula icing/gula castor
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
25gm tepung jagung
1 biji telur
200gm tepung gandum
50gm serbuk badam.
**Utk Hiasan
-125gm choc masak
-15gm cocoa butter/mentega
-sugar deco

Cara-cara
Ayak tepung gandum,tepung jagung, baking powder & baking soda. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan kacau.
masukkan tepung sedikit demi sekidit dan juga serbuk badam.Uli hingga menjadi doh yg lembut.
Bentuk/terap mengikut citarasa masing. bakar pada suhu 150C hingga biskut kekuningan.
Untuk Hiasan- Cairkan choc masak yg telah dicampurkan sedikit cocoa butter/mentega.
-Celupkan biskut yg telah sejuk dan tabur dgn sugar deco


Chocochips almond cookies
SUMBER YANI-Myresipi

Bahan-bahan ( 30-40 biji )
100g butter-suhu bilik
50g gula halus
50g gula perang
1 biji telur
sedikit esen vanila
100g almond powder
150g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
120g chocochips

Cara-cara
Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Masukkan kedua-dua jenis gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul sehingga putih.
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder dan juga almond powder. Kacau dengan spatula.
Panaskan oven pada 180C
Ceduk adunan dengan sudu kecil dan letak atas oven plate yg telah di alast dengan oven sheet.
Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C



Rezeki tengah malam semalam.Kenny Rogers jiran yg bagi merangkap kawan baik abah.
Aku dah nak masuk tido dah tetiba abah call bg tau abg Din nak antor ayam.aku ckp ok aje.tengok jam dah kul 10 lbh.dlm ati duk pk sape lak nak mkn ayam ni,klu abg din yg antor biasanya byk(sebab dulu bg nasi briani satu bekas beso jenuh aku nak perabih sudahnya belen lagi setengah masuk tong).kembar bila tengok ayam dia pun sibuk nak mkn padahal aku dah siap nak tidokan dia sudahnya kena bg mkn dulu pastu tukar ajelah baju tido lain.Abah buat lauk mkn sahur.abah siap ckp baru aje cakap nak mkn kenny rogers dah ada org hantar aku lak jawab ibu rasa nak mkn pizza hut agaknya ada org hantar ke(memang smlm aku duk pk nak buka posa ngan pizza sekali blk keje hujan daa..terus cancellll..)


klu rasa dah bosan tengok aku punya fp ni mintak maaf ajelah tak dpt nak tolong.aku taip pun utk buat rujukan akn dtg gak so klu rasa tak puas ati aku pun tak tau nak buat apa.dan terima kasih juga pd yg sudi jenguk fp aku yg tak semeriah fp org lain tu aku sekdar insan biasa.

SELAMAT HARI MERDEKA PADA YG MULA BERCUTI ESOK (aku cuti lusa daa..jadinya esok klu takde aral ada lagilah n3 yg entah apa2 dr ku ni)




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net