SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Aug-2009 01:45 Email | Share | Bookmark
MENU-MENU ULANGAN AJE LAH

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menu buka selasa lepas.main menu ulang aje.lagipun klu dah tak abis tak kan nak buang membazir kan.jd duk ulang benda sama aje.asam pedas tu abah beli aku tak mkn pun.

Quote:


Resipi Ayam Goreng Berempah Serai
copy blog resipi

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
6 ulas bawang putih- dikisar
7 ulas bawang merah- dikisar
2 inci halia- dikisar
2 batang serai- dikisar
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) - ibu letak pun
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) - ibu guna oregano+italian herb
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja

*ayam ni sedap sangat dan lagi satu ibu dah jumpa resipi ayam grg yg sama mcm abah buat jual kat param sentul tiap kali bulan posa.Itulah abah sorok sangat resipi ibu dpt gak buat walaupun dah berapa kali cuba buat.Finally resipi ni yg ibu rasa paling tepat.Adik belasah 2 ketul sorang.sahur grg lagi empat ketul abah ratah sorang.ibu??? jamahlah sikit.siang mcm selera benor tp bila dah buka ala kadar aje.
Ibu buat setengah ekor perap(dlm peti, duk luar mau rosak lak) byk mcm tu senang nak mkn tinggal grg aje.


Resipi utk budak kecik.memang tak pedas sebab tak letak cili klu sape nak cuba blhlah letak cili potong
Quote:


GORENG KUNYIT

Bahan2
1 cawan isi ayam-dipotong kecil
2 ekor sotong-dipotong
10 ekor udang -dibuang kulit
3 urat kacang panjang-dipotong
1 biji carrot(kecil)-potong pjg
1 biji jagung muda-potong serong
1 labu bawang besar-potong baji
2 ulas bwg putih-cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
ajinomoto
minyak

Tumis bawang sekejap lepastu masukkan ayam grg sekejap
masukkan sotong,udang,garam dan kunyit grg kejap
masukkan semua sayur grg lagi
masukan perasa
grg sehingga air kering.
sedia di hidang



Menu buka posa semlm.aku cuti masak nasi.semua atas tu abah yg beli kecuali ayam grg tu lah(kan byk dlm peti,grg ajelah)utk tambahan lauk nasi ayam tu.Ini abah yg oper nak beli kat Param,aku apa lagi horeyy...blh cuti jap tapiiiii...bila dah buka posa.ni tak bestlah lauk ni tak rasa garamlah,masak entah apa2 lah.Ini lah ayat yg selalu keluar dan dak keluar waktu berbuka semalam jd hari ni aku kenalah masak lagi.malas nak dengor ayat tu nanti kurang pahala posa sebab duk ngutuk org.

Aku tak tau nak bg nama apa tapi mama yg biasa buat klu tiba bln puasa.jadi aku ikut ajelah mcm ingat2 lupa(biasa klu nak mkn mintak mama yg buatkan itu klu duk kg dah duk umah sendiri kenalah masak sendiri).Ni pun kes nak abiskan telur rebus sendiri tu

Quote:


KERABU SOTONG

Bahan2
2 ekor sotong-direbus@dibakar sekejap sekadar masak jgn lama nanti keras
1 biji timun btg-potong bulat2 dulu kemudian potong nipis
2 biji telur rebus

air asam
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil cili giling
air panas ikut kepekatan asam jawa tu
1 sudu besar gula-blh tambah klu suka manis
1/2 sudu kecil belacan yg di bakar

campurkan kesemua bahan kacau sehingga gula hancur dan blh di gaul dgn sotong dan telur td siap.blh mkn dgn nasi atau ratah mcm tu aje.



Quote:


RED RUBIES
Sumber aliza mansur copy madiha

1 cup diced water chestnuts (sengkuang cina) (ibu guna sekuang biasa aje ni)
red colouring
½ cup tapioca starch (or corn flour)
¾ cup all-purpose flour
5 cups water
Crushed ice
Sweet coconut milk:
½ cup sugar (susu pekat+air)
¾ cup water
¾ cup thick coconut milk (ibu guna susu cair)
A tiny pinch of salt

how to:
Sprinkle water chestnut with a few drops of red colouring and toss until equally coated a bright red (hence the name “red” rubies). Combine the two types of flour and toss in the chestnuts to ensure all are thoroughly, and evenly coated. Shake off the excess flour.

Bring water to the boil and boil the chestnuts for about 3 mins, then immediately scoop out and plunge into ICE COLD water (MAKE SURE A LARGE BOWL OF ICED WATER IS NEAR YOU). Drain and set aside.

To make the sweet coconut milk, boil the sugar and water until sugar is totally dissolved. Slowly add in the coconut milk and salt and heat, not boiling, for a few minutes. Set aside to cool.

To serve, put some rubies in a bowl and add the sweet coconut milk over with some crushed ice. Popular additional garnishes include thin slices of jackfruit or pieces of young coconut.


Quote:
Water Chesnut
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997
http://resepi.mesra.net/Detailed/2081.shtml

1 kg sengkuang cina
½ botol pewarna merah
1 biji kelapa (ambil santannya)

garam
300 gm air gula

Sengkuang cina dibelah empat (potong dadu) kemudian direndam di dalam pewarna merah yang dicampur air selama satu jam. Kemudian sejat dan gaul bersama tepung. Kemudian diayak dan diambil sengkuang cina dan rebus di dalam air mendidih hingga timbul. Angkat sengkuang dan masak didalam air gula yang telah disediakan. Semasa hendak makan, masukkan santan dan ais.



Menu sahur tadi.sayur tu tak yah resipilah cuma cincang bwg putih masuk sos tiram letak sayur letak air sikit siap.Daging tu teliur tengok kat dapur mamasya cubalah buat gak sedap walaupun agak tak cukup bahan.mudah dan senang nak sedia tak sampai 1/2 jam dah masak janji guna daging yg lembutlah.

Quote:


DAGING GORENG PATAYYA
Sumber; Restoren Pak Amir
copy mamasya

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih dicincang halus
1 batang serai dititik-letak 2 btg
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus- campur cili hijau dgn cili kering
500 gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram-letak 2 sb
Sedikit gula
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)-tak letak
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar -tak letak lupa nak beli
2 tangkai daun bawang dihiris nipis -takde
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya
# Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih,serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
# Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
# Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar Sajikan segera



Selamat Mencuba


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net