SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Aug-2009 01:00 Email | Share | Bookmark
APA DAH JADI DENGAN TELUR REBUS

 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Skrg tenet dah ok dah aku blhlah update lagi.mula2 nak minta maaf lah sebab tak dpt kunjung bls lagi kat umah kawan2 fp.sebab masalah tenet dan busy sikit kat opis ni.Jadi tak mau ckp byk tengok apa aku masak senin lepas.


Menu berbuka isnin lepas

Quote:

Resipi Telur Masak Sambal
sumber copy blogresipi

4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
1 bawang besar – potong bulat
1 batang serai – diketuk
sedikit air (optional)
garam secukup rasa
minyak masak
Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan serai dan bawang besar…tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng…boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan

Nak habiskan telur rebus sendiri ni.masak lah sambal.tak laku pun abah tak suka masak sambal2 ni so aku layan sorang jenuh nak perabih.duk ulang 2 ari mknnya

Quote:

KERABU MANGGA
Bahan2
Mangga muda-diracik halus atau potong kecil2
cili api-mayang bulat
gula
kacang tanah-goreng lepas tu tumbuk
sos ikan
sedikit cuka

bahan2 semuanya main agak2 aje.jika nak byk lebihkan bahan2nya.
masukkan kesemua bahan kedlm mangkuk dan gaul rata sedia di hidangkan.

*memang best klu mkn dgn nasi.mkn mcm tu aje pun sedap

Aku geram tengok mangga kat kedai bawah terus rembat sebiji.beso lak tu duk pikir nak wat apa.last2 dtg idea kerabu ni mula wat sikit aje.sedap lah pulak wat lagi blh buat sahur sekali.aku balun sorang abah tak minat asam.bagus2 ibu suka ni ...

Blh juga ikut resipi ni
Quote:
resepi:KERABU MANGGA
sumber http://ann-dehouzze.blogspot.com/
(ann paka)

Mangga- diparut@ dicincang halus memanjang
udang kering-tumbuk sikit
cili padi-dimayang
serai-dimayang
kacang tanah-digoreng
garam
gula
cuka
asam limau

Cara2:
bubuh semua bahan-bahan dlm satu bekas dan gaul sebati.senang je kan


Quote:

KAILAN IKAN MASIN
Bahan
2 pokok kailan-di potong
ikan masin jeruk-di grg dahulu kemudian ambil isi shj
2 ulas bwg putih-cincang
1/2 labu bwg besar-mayang
2 biji cili api potong kecil @ mayang
minyak utk tumis

panaskan minyak tumis bawang masukkan ikan masin kemudian hancurkan siki ikan masin,masukan cili api.masukkan kailan.grg sampai masak.klu nak berkuah blh letak sikit air.sedia di hidang.



ASPARAGUS SOS TIRAM
ni tak yah resipi lah ye.aku cuma tumis bawang putih pas tu masukkan sos tiram masukkan asparagus pastu masukkan air bagi kuah sikit sebab ni menu kembar so takde cili ke atau bagai2 yg menyemak sebab sayur ni utk adik yg suka sangat mkn sayur yg kakak suka sangat minum kuah dah complete dah.


Quote:

SANDWICH TELUR

Bahan
1 biji telur rebus di hancurkan
1 sudu mayonis
sedikit ajishio(lada hitam berperisa)
2 kpg roti
majerin utk sapu pd roti
salad
slice cheese

telur,mayonis dan ajishio dicampur sekali gaul rata.blh lah di letak pada roti.roti disapu majerin dulu.yg lain2 tu pandai2lah nak atur mcm mana.

sedap klu mkn sambil tengok tv tapi tak leh mkn byk aku mula rasa nak uw... sebab aku bukan penggemar telur.ni kes telur rebus sendiri klu tak tak buat.
buat sandwich ni pun dah mlm bg kembar tido dulu klu tak tak senang nak wat keje.sekeping aku mkn kira supper(bln posa pun ada supper gak ke dah tu high calori lagi) sekeping abah mn masa sahur(abah tak mkn nasi sudahnya siang mcm org apa aje tak daya nak wat keje)


Quote:

PUDING CENDUL
FP HANIELIZA
Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendideh dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

Puding ni benornya wat ari ahad sebelum gi umah sujah konon nak bawak gi sana sekali duk kalut2 dgn kembar terus tak bawak.jd aku buat mkn esok aje lah.


Hari aku blh rilek sikit abah dah cakap nanti ptg dia carikan laut kat Param aje aku cuma masak nasi.fuh..lega lah sikit teman.Aku rasa aku blh agak apa lauk yg bakal dia beli biasanya klu aku pesan beli nasi campur dia mesti cari lauk asam pedas pari atau gulai kawah atau kari kambing atau jenis2 lemak.semua menu tu kureng dgn aku,tak pe janji abah blh mkn bab aku ni blh buat sendiri takde nak komplain2 nya.

bye..bye..selamat menjamu mata


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net