SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Aug-2009 02:32 Email | Share | Bookmark
MENU-MENU BERSAHUR DAN BERBUKA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam
Alhamdulillah kita dah masuk ke 4 puasa.Waktu ni masih ramai lagi yg menunaikan ibadat ni begitu juga dgn terawih tapi aku awal2 lagu ngaku aku memang tak gi terawih klu aku gi terawih sape nak jaga kembar.abah aje yg pergi sorang2.aku nampaknya kena tunggu kembar pandai bawak diri dulu blhlah dia ikut sekali ni kena tunggu 2 tahun lagi kot, itupun klu panjang umur.
N3 ni sebenarnya dah masuk sekerat dah semalam tapi di sebabkan tenet buat hal semua sangkut hari ni pun tak berapa nak betul lagi ni.mulanya aku ingat masalah pc kat opis ni sebab semalam programer pc opis ni baru install apa ntah dah tu semua pc nak kena setting balik yg bestnya aku ni memang tak pandai bab2 setting metting ni progremer tu lak main pakai phone aje bg arahan.dia install pun dr opis dia org bukan dtg opis aku tu yg pening tu.dah bila aku silap masuk IP semua sistem dlm pc aku tak leh guna tenet pun sama.Dah delay semua keje aku(mcm byk sangat kejenya)kebetulan aku punya keje pun nak kena guna tenet(ni bab urusan JPJ dgn FIS aje lah dah tu urusan aku update fp lah) semua org aku tanya blh guna tak tenet.Ptg ni baru ok sikit.jom tengok apa aku masak utk sahur dan buka puasa lepas.tengok ajelah nak ajak dah abis dah...

Menu utk sahur hari pertama.takde geng lain ini aje.aku bangun kul 4 pg ni masak.resipi dr blog ummizaihadi.aku c&p aje....



Quote:
DAGING MASAK MERAH
Bahan:-
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
carrot potong panjang*
lada bagla*
tomato*
(yg bertanda * ibu tambah)

Cara Memasak:-
Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). Tambahkan sedikit garam dan kicap air. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan angkat.



Ni lak AJK menu buka posa hari pertama.aku ambik halfday ari tu jadi leh lah masak bagai2 sikit.Bukan saje2 nak ambik halfday tapi nursery yg nak close sebab katanya nak ajak semua budak keje balik umah kak ita(owner) buka posa sama.so aku pun memang lah suka sebab itu adalah alasan yg kukuh utk ambik cuti kih..kih..
Resipi ni tengok kat blog ummizaihadi gak mcm sedap tu yg cuba buat tp susah benor nak carijem apricot jd aku bantai dried apricot aje.


Quote:
APRICOT GLAZED WIGNS
(CHICKEN)
Bahan:-
·2 pound kepak ayam (akak masak separuh ayam)
·1 cawan apricot preserve/jam
·1/2 cawan marmalade jam
·1 sudu besar cuka
·1 sudu kecil serbuk lada(guna chili flakes aje)
·1 sudu kecil hot sos - tabasco(tak letak takde stok dan memang tak suka lada ni)
·1 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu garam(ibu tambah ni)

Cara-Cara:-
1.Dalam blender, satukan kesemua bahan dan blend sekejap.
2.Bahagi dua bahan, satu bahagian disapu/lumur pada ayam dan gaul mesra. Satu bahagian bahan lagi disimpan untuk disapu lagi semasa bakar.
3.Perap ayam semalaman supaya rasanya sebati (akak perap 4 jam jek..hehe..x sabor2 jek).
4.Bakar pada suhu 200 C selama 30 minit (balik-balikkan ayam sambil disapu dengan lebihan marinade apricot tadi..)

*note-bg yg tak suka manis kurangkan jem ok.ibu perap dr mlm seblm posa tu letak aje dlm peti esok tinggal bakar aje kan senang.sedap klu mkn nasi panas2 ibu cicah lak dgn thai sos


Resipi dr kak nurfikas.guna ikan kembong aje sedap gak tapi sampai 2 hari duk ulang sebabnya aku sorang yg mkn abah kurengg..mkn ikan2 ni.


Quote:
Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan

¼ cawan minyak masak
½ biji limau nipis di ambil jus(ibu guna lemon)
½ sudu besar kicap pekat
Garam
Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal di bersihkan (ibu guna ikan kembong)
Daun pisang

Bahan Bahan Di Kisar Halus:

4 @ 6 tangkai cili merah(tak letak pun takut pedas sangat)
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
½ sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

Cara Cara

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis
bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi.
2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C
selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.


Ni lak kes tak tau nak buat apa dgn keledek yg aku ambik dr umah mama ari tu.betapa lama dlm peti klu duk kat luar rasanya dah kecut dah.Mula tengok resipi ni kat fp kak rus lepas tu dia cakap ambik dr fp madiha aku pun jenguk kat dapur kak long lak rupanya resipi dr sujah.aku benornya dah lama terpikir nak wat apam ingat nak ikut sukatan apam kentang(konon2 akulah penciptanya kah..kah..beranganlah..)tapi dah jumpa resipi sebenor buat ajelah ikut apam keledek ni lagi senang tak payah pikir dah ..sedap ooo cicah lak dgn kelapa lagilah sedap 1/4 loyang tu aku mkn sorang tak beragak aku ni.


Quote:
APAM KELEDEK

Bahan2 A
3 tbsp Tepong gandum
2 tsp yis segera
1 tsp gula kastor
3 tbsp air suam

Bahan2 B
200 gm keledek (dikukus) (MaDiHa guna keledek warna purple)
180 gm gula kaster (MaDiHa guna 150 gm)
1 biji telur
150 ml santan pekat

Bahan C (di ayak bersama)
200 gm Tepong gandum
1 tsp D.A.B. Powder (double action baking powder )

Cara2 Membuatnya
1. Campurkan bahan2 A dan kacau sampai sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
2. Campurkan semua bahan2 B dan dikisar halus.
3. Masukkan bahan C ke dalam adunan yang dikisar sedikit demi sedikit dan dikacau rata.
4.Masukkan pula bahan2 A dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
5. Panaskan kukusan dan bolehlah dikukus apam tadi samada dlm loyang besar atau acuan kecil2 sehingga masak. (pastikan sapukan sedikit minyak masak pada dasar loyang atau acuan)


Puding tu aku main bantai aje jgnlah tanya resipi ya.sekadar sejukkan tekak ni aje dgn cuaca yg sememangnya sejuk hari tu sebab hujan lebat kat umah ku.kawasan lain tak tau lah.Hari ni baru panas yg amat ku rasa.


Menu berbuka umah sujah ari ahad lepas.aku pun cuti masak tak buat apa pun(tengoklah aku ni masa cuti tak masak lak masa ari keje duk berkejar nak masak)Paru dgn daging cincang tu beli kat param velodrom kat umah aku.gi beli sebelum gi PJ.lain2 semua sujah masak.aku mkn bubur lambuk campur lobak manis sedappp....letak sambal kicap pedas2 gitu kena lak dgn bilis grg lagi terangkat youuu..



Ni lak lauk sahur hari ketiga kemarin klu ikutkan.Nak buat gulai telur pakai pecahkan dlm periuk sekali jd telur rebus sebabnya telur yg aku beli sepapan(30 biji) tu dgn secara tak sengaja telah masak mcm telur rebus.alkisahnya.masa balik keje posa pertama tu aku singgah beli brg dulu sebelum ambik kembar.Masa balik umah tu aku tak bawak naik tinggal kat dlm kete dulu sebab susah nak bawak dgn hari hujannya mana nak bawak kembar lagi itupun aku mintak abah turun ambik sorang aku sorang hujan2 ni risau takut demam aje kembar tu.Dah pesan dgn abah nanti ambiklah telur(abah kan rajin turun naik lift ni)dia ckp ok tapi lupa gak klu tak silap aku mlm tu dia 3 kali duk ulang alik turun bawah tp lupa jugak ambik.aku tak kisahlah dah tu aku gak ambik bawak balik umah hari ahad tu,nak kata panas tak panas sangat tapi aku tengok telur dah berat semacam aje,tu pasal try masak dulu sekali nak pecah telur dah jadi telur rebus.adoi... mana aku nak hala 30 biji telur ni dah lah bulan posa.last2 hari isnin smlm aku bawak gi nursery mintak dia org masakkan apa2 atau buat lauk utk budak2 kat situ aje.



Quote:
GULAI TELUR

sehiris lengkuas
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
kunyit(ibu guna kunyit serbuk aje)
1 btg serai di ketuk
1 kpg asam letak sekejap aje klu lama masam
1/2 cawn santan pekat
1 sudu besar cili giling
garam
perasa

masukkan semua bahan sekali harung bila dah agak mendidih pecakan telur satu persatu.perasakan sedia di hidang.



itulah saje hidangan kami.hari ni apa lak aku nak masak semlm dah berperang dgn kembar yg duk tabur nasi satu rumah jenuh aku nak sapu atas karpet tu.aku duk masak dia mintak nasi jd bg lauk kicap aje dgn nasi sahur tu. tengok2 penuh sampai ke bilik tido dia tabur nasi.mak datuk mcm mana ni nak tak nak aku kemas dulu dah tak tahan nak pijak dah lah umah tu semua karpet.ari ni apa lak ragam nya.aku dah rasa penat ni dgn badan tak sihat.tiap2 tahun sejak ada kembar mula2 puasa aku mesti tak sihat.Dugaan..dugaan..sabar ajelah





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net