SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Aug-2009 02:27 Email | Share | Bookmark
1 JAM AJE WAKTU MASAKNYA?????

 
 
 
 
 
 
 
 
buat lebih brownies ni sebab kembar pun suka
 
 
 






SALAM....

ESOK POSA YEH..ESOK POSA YEH..YEH..itu klu masa kita budak2 tak kira lah nak posa ke nak raya ke semuanya nak bersorak..seronok bukan main lagi.ok balik tajuk atas tu mcm poyo aje nak masuk bertanding ke ape ni.Benornya semlm aku masak betul2 dlm 1 jam.Balik keje aku gi merayau kat wilton jap,pas tu ambik kembar kat nursery dah sampai umah kembar nak gi kedai lak(dah wajib dah tak blh elak) sampai masuk umah tengok jam tepat kul 6 ptg.Tiba2 abah tanya ibu masak apa? aku pun jawab abah,ibu ni baru aje sampai tudung pun tak bukak lagi bukannya ibu duk umah tanya masak apa(ini kira hangg*** ni sikit..cool..cool..dah nak posa ni..)Abah jawab tau lah tapi nak masak apa?abah tak mkn apa lagi hari ni dah pening ni.(alaa..kesian pulak kat laki aku ni napelah tak mkn dulu nasi tadi selalu mcm tu agaknya klu aku sampai umah mlm dia tunggu aku balik masak gak ke?) Aku tanya lagi abah tak mkn nasi tgh hari td ke?(mcm org bodo sikit tanya) tak,takde yg sedap kat kedai tu.Aku ckp masak sup ayam ajelah(dah memang plan nak masak sup aje)

Brg2 semua dah ada dlm peti.so aku pun berperang kat dapur dgn kembar lagi duk sepahkan umah dgn besen dan periuk sampai aku nak masak kena gi kutip dulu periuk tu(periuk umah aku tak byk)kan dah melambatkan keje tu.Abah mana(zzzZZZ....)tengah2 masak aku dgr abah jerit'Ibuuu...ambik budak ni..."Adoi abah ni aku dah lah nak masak ni dia suruh aku ambik budak lak bila nak siap masak.Mulanya aku buat do no aje lepas tu abah jerit lagi dah tu aku kenalah gi jugak ambik budak tu(dah hangging dah ni..tengok umah pun dah mcm tongkang pecah.adoi anak aku ni napelah tak mau duduk diam sangat)aku masuk bilik tanya kembar nak kena rotan dgn ibu ke ? kembar buat bodo aje dia kacau gak abah dia tido.Dah tu aku suruh abah tutup pintu aje biar kembar kat luar.apa lagi mengamuklah budak tu mintak bukakan pintu.aku dah tak kisah dah biar diaorg menangis dulu aku nak siapkan masak ni.


Inilah yg aku sempat masak dlm 1 jam tu.nape ya aku masak 1 jam sebab ni aku kira masakkan yg terpantas masanya.start kul 6 siap dah dekat2 kul 7(abah selalu cakap ibu tak blh buka kedai mkn nanti mau mengamuk cust. tunggu mknan lambat sampai)

Resipi sup ayam dah ada tengok aje sebelah klu rasa nak resipi.Aku masak juga Asparagus daging goreng tengok kat blogresipiku kira mudah jugak sebab brg2 pun dah ada kat umah.Nama asal nya lain tapi aku dah tukar sebab mcm tak kena aje nama tu(memandai aje aku tukar nama)resipi c&p aje dr mak buyung tu rasanya dia pun dah bersalin kot skrg

Quote:


Resipi Asparagus Goreng Bersama Daging

300gm sayur Asparagus
400gm daging dihiris nipis
minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasa- optional (tak letak pun)

Bahan-bahan untuk di Perap:
2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram-tak letak
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam
Didalam mangkuk gaulkan daging bersama-sama bahan perap dan diperap selama satu jam. (ibu perap 40min aje)
Susunkan Asparagus didalam pinggan lalu dikukus selama 5 minit-kite rebus jer sekejap sehingga agak lembut. (ibu rebus gak)
Sementara itu panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging sehingga masak.
Susun Asparagus didalam pinggan dan hiaskan daging dibahagian atas bersama-sama cili, daun ketumbar, bawang dan lobak. Tabur bijan diatas

*sedap memang sedap rasa garing2 daging tu.resipi ni kira byk gak.ibu masak dlm 100 g daging aje


Quote:


TELUR BUNGKUS

Bahan2
2 ulas bwg putih-cincang
1/2 labu bwg besar-dadu
1 kpg daging buger-hancurkan sikit masa masak nanti
1/2 cawan isi ayam-potong kecil
1/2 cawan sayur campur
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
sedikit garam(ibu guna kicap masin aje)
1 sudu kecil tepung jagung + dgn air
1/2 cawan air
minyak utk tumis

tumis bwg putih dan bwg besar masukkan daging dan isi ayam.grg kejap bagi hancur2 sikit.masukkan sayur campur dan sos kacau hingga daging masak.bila semuanya dah masak masukkan air tepung jagung dan kacai hingga rata.ketepikan.

3 biji telur di buat dadar nipis(lenggang kuali) masukkan inti dah tutup kemudian telangkupkan dlm piring.sedia di hidang


blh gak guna resipi dr mamasya ni

Quote:
TELUR BUNGKUS
4 biji telur
1 cwn isi ayam dipotong halus
1 cwn mix vegie
2 ulas bwg putih - ketuk
1/3 labu bwg besar- ptg dadu
4 btg crab stick/sedikit udang
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
boleh campurkan baked bean jika suka
garam,minyak,sedikit air
1.Tumis bwg putih dan bwg besar.masukkan ayam. Biarkan lembut
2.Masukkan sedikit air,sos tomato,cili dan kicap dan mix vegie serta garam.
3.Campurkan sedikit garam dlm telur.goreng telur dadar.Bila masak. Biarkan dlm kuali
4.Letak inti di tengah dan lipat 4.
5.Telangkupkan pinggan atas telur tadi dan balikkan perlahan telur dgn membalikkan kuali


Inilak order dr opismate aku katanya nak mkn2 buka posa dgn anak2 dara 4 org tu nanti(betul ke buat buka posa ni entah2 dah sempat buka posa dah licin)



Mcm biasa kueh bg kat nursery kembar.dah lama gak tak bagi kueh jadi semalam wat lah gak american chocolate cake yg aku tengok kat [url umah mamasya[/url] semejak dia dah panas enjin ni aku rasa nak cuba gak kueh yg dia buat.kek ni sedap dan begitu moist sesangat tp aku mcm terkurang sikit isinya(tepung kurang) tu nampak semcm aje.kita c&p aje tima kaceh pd semua yg sudi kongsi resipi ni



Quote:
American Chocolate Cake

Sumber;Ninie copy dr FP Zahara - tq k.Zara kongsi resepi...

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
Mix all together in a bowl.
and bake for 45 minutes.. suhunya sya guna suhu bakar
cake biasa tu.. 170C sebab masa cousin sya beri
recipe, tk dak tercatat suhu, sya hentam je.

ni yg kita buat;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.


Bawak gi opis kenduri kat opis lak


Ada lagi yg tinggin nak wat.ni haa..apple crumble tart.mulanya nak wat dlm bln posa tapi brg2 semua dah ada nanti ada lak yg rosak klu wat hari tak posa blh bawak gi opis itu pasal aku gagah kan jugak wat tart ni smlm.Dan lama aku print resipi dr madiha tapi ak jadi2 gak lepas tu aku gi umah mektie(apa2 ajelah dari ku) aku tengok dia pun wat tat ni tu yg semangat berkobar2 nak wat tu walaupun dah kira lewat dah,esok nak bangun awal gi keje lagi ni kul berapa lah nak tido ni.

Quote:


APPLE CRUMBLE TART
sumber:chef anuar

Bahan-Bahan
.160gm mentega
. 80gm gula castor
.Sedikit esen vanila
.sedikit garam
.1/2 biji telur (gred B)
.250gm tepung gandum

Cara membuatnya.
1- Pukul mentega bersam gula castor,esen vanila dan garam sampai lembut(pukul sekejap sahaja)
2-Masukkan telur dan kacau rata.
3-Akhir sekali masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.
4-Canai dan tekan doh pada acuan tat,
- Ketepikan dulu.

Bahan inti Kastard
.100gm kastard segera
.200 gm air

caranya:
Campur kastard bersama air dan kacau hingga sebati.

Bahan inti Epal
.2-3 biji epal hijau
.2 camca besar gula perang (kita pakai gula merah je)
.1/2 camca teh serbuk kayu manis
.2 camca besar kismis (kita ada mix fruits je)

Caranya:
1.Kupas epal dan potong dadu kecil-kecil.
2.Gaul epal bersama gula perang,serbuk kayu manis dan kismis.

Bahan Crumble Topping
.100 gm mentega
.200 gm tepung gandum
.100 gm gula kastor
.sedikit garam
.sedikit esen lemon.

Caranya:
1.Cairkan mentega dan masukkan tepung,gula castor,garam dan esen lemon,
2.Gaul dan ramas dngan tangan shingga berketul-ketul.

Penyudahnya:

1. masukkan initi kastard didalam pastri tat
2 bubuhkan initi epal diatasnya
3.Akhir sekali tabur Crumble topping diatasnya.
4.Bakar tat sehingga masak pada suhu 180'c selama 20- 25 minit


*tat ni sedappppp sangat ada rasa masin manis masam dah begitu wangi,sampaikan opismate aku ms wong tu cakap aku masak mcm kueh kat hotel(kembang..kembang.....)ms wong ni memang kira pengkritik kueh mueh masakan aku.bln posa kita cuti sbln ms wong


semalam memang hari membaking sedunia lah sebabnya aku masak sampai 3 jenis kek dgn tart.Aku nak tido smlm tengok jam dah kul 1 pg.pastu tat yg last tu aku cuma kurangkan suhu dan tinggal aje dlm oven biar masak kat situ.itu pasal klu tengok gambar yg tengah mcm tak berapa garing sikit.


t.q..t.q ezza teman dah ambik kad ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net