Want your
own Fotopage?






 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Aug-2009 02:36 Email | Share | Bookmark
LAUK PAUK YG MUDAH MENJELANG RAMADHAN

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua,

Tinggal beberapa ari lagi kita nak posa kan,aku pun mulalah nak kena kumpul mana2 resepi yg mudah(utk brg yg ada stok kat umah@kedai runcit bwh umah),senang(utk masak),sedap(utk dimkn) dan cepat(utk disiapkan).Bukan apa abah dah reques dia nak ibu yg masak buka posa nanti, tak mau beli2 sebab biasanya klu beli sure tak sedap(katanyalah klu tanya aku sure aku cakap asal blh masuk mulut dan telan kira dah kira ok itu kata org yg kena masak).Nampaknya bulan posa ni aku kenalah balik secepat yg blh klu blh kul 5 tu dah sampai umah(itu klu blhlah tapi nak sampai kul 5 mcm mana klu dah p/c kul 5 ptg mana nak ambik kembar kat nursery lagi mana nak cari brg2(lauk2 basah) nak masak lagi).Jom tengok resipi yg aku duk list dlm 2 minggu ni.

Resipi yg aku ambik dr mak buyung - blog resipi yg duk nun jauh di obese.mcm biasa c&p da ada tokot tambah mintak halal ya.memang sedap dan mudah utk sapa2 yg gigi tak kuat sebab ikan bilis semua dah siap tumbuk.Ibu mkn dgn bubur.mana gambar bubur dah lupa nak snap sebab tak cukup masak sikit aje konon org tak suka sekali dgn2 abah2 pun bantai sekali.

Quote:

Resipi Sambal Ikan Bilis Getuk
sumber: Kak Masz, Kak Nor & Kak Hana ibu copy dr blog resipi mrs faiz

1 gengam ikan bilis
10 biji cili padi ~ belah dua
½ sudu kecil belacan ~ nak sedap bakar dulu
½ sudu kecil gula ~ jika suka
½ labu bawang besar di mayang dan grg sekejap(ibu tambah ni)

Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing. Angkat dan toskan.
Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula. Gaul bersama dgn bawang tadi.
Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.
Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!


Tambahan utk ikan bili getuk cendawan goreng dr blog yg sama gak.aku suka jenguk dapur mak buyung ni sebab resipi dia memang simple.c&p gak ni..
Quote:


Resipi Cendawan Goreng
1 liter cendawan (ibu guna cendawan kering dlm 4 ketul yg besar,rendam atau rebus bg kembang lepas tu hiris pjg2)
2 ulas bawang putih-didadu
2 ulas bawang merah-didadu
3 biji telur
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit serbuk bawang putih-optional
Bersihkan cendawan dan toskan hingga kering
Kacau telur bersama lada sulah, lada hitam, serbuk bawang putih dan garam di dalam mangkuk.
Tumis bawang dengan sedikit minyak hingga layu.
Masukkan cendawan dan goreng hingga airnya kering.
Masukkan pula telur yg dikacau tadi. Goreng hingga masak

Disebabkan sedap dan senang sgt esoknya masak lagi dan lebihkan lagi cendawanya pun licinnnn..kembar suka sesangat katanya nak ayammm(rasa cendawan tu bila di gigit mcm ayam kot)


Cendawan yg kali kedua masak tu pasangan nya sambal sotong kembang lak.ni nak mudah2 aje stok dlm peti(padahal baru gi beli masa balik keje)
Quote:

SAMBAL SOTONG BERGAJUS

Bahan2
1 ekor sotong kembang-di potong kecil2
1 labu bwg besar-di mesin
3 ulas bwg putih- di mesin
2 sudu cili giling(jika suka pedas blh tambah lagi)-jika guna cili kering blh blend sekali dgn bawang
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 sudu besar asam jawa(satukan dgn air)
1 cawan air
garam dan perasa
minyak utk tumis
1/2 cawan gajus-di grg sekejap tak grg pun blh gak

Cara-cara
Panaskan minyak kemudian tumis bahan mesin hingga garing klu nak cepat garing masukkan terus gula.Bila dah garing masukkan sotong yg telah siap di bersihkan dan di tos kan.kacau hingga rata biarkan seketika kemudian masukkan air asam jawa,kicap,garam dan perasa.Rasakan masin manisnya jika tak cukup rasa blh tambah.biarkan air agak kering bila dah kering cuba picitkan sotong sama ada keras atau dah empuk.jika dah lembut blh masukkan gajus masak sehingga kering atau keluar minyak.sedia di hidang.


Ini lak menu bila ya klu tak silap isnin lepas.balik keje abah duk tanya ibu masak tak?alamak abah ni ibu belum pun sempat duduk lagi dah tanya masak ke tak.aku ingat malas nak masak jadi takde lah beli brg apa2 pun kat kedai bawah.Tapi di sebabkan abah dah tanya kenalah masak gak.selongkar peti ais jumpalah lobak putih ni ada lagi setengah.Jadi masak rebus aje.Buat kuah utk kembar.


tak yah resipi lah ibu cuma rebus lobak bersama bawang putih,lada hitam kemudian letak garam sikit.masaklah sampai lobak tu empuk dah siap.

selongkar almari dapur,jumpa lak 1 tin sardin kecik.blh lah ni buat lauk.
Quote:

Bahan2
1 tin sardin kecik
bwg besar dan putih utk tumis
1 sudu kecik cili kering mesin
1 sudu besar kicap
minyak utk tumis
sedikit gula jika suka

tumis bawang dgn cili kejap masukkan sardin bersama sos nya sekali.kacau sikit tapi jgn kuat sanga nanti hancur ikan tu.masukkan kicap.klu rasa nak lebih kuah blh letak air sikit tapi ibu tak letak air bagi kering2 sikit.blh letak gula sikit klu suka.sedia di mkn dgn nasi panas


ada lagi geng sardin ni.sambal ikan bilis.ni semua org tau masak.aku masak mcm sambal nasi lemak lah.ikan bilis kira stok yg wajib ada kat rumah.bukan apa utk time terdesak mcm nilah aku masak ikan bilis aje.

tak yah resipilah.kat sebelah pun dah ada resipinya.

Semalam lak aku masak ayam kong pou ala marlida(nama dah tukau sikit, ni kes tak jumpa mana aku letak resipi yg dah print main masak ingat2 lupa aje ni.klu nak selongkar cari resipi jawabnya tak masak lah).aku masak kira lebih kurang mcm ni gak lah cuma sayur dah tukar cheff liza letak lada bangala aku letak carrot dgn tomato belasah ajelah dah itu aje yg ada nya.resipi c&p mintak halal ye kak liza.skrg dah ada buku dah tak leh c&p lagi dah kena taip sendiri tau...

Quote:

KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam

- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

atau blh lah klik cheff hanieliza


Quote:

TAUHU TERUNG MASAK TAUCHU

Bahan2
2 biji terung panjang yg kecik tu-belah dua dan potong 2 -di goreng sekejap sampai nampak kuning
1/1 keping tauhu-digrg dan potong kecik
1 peket kecik tauchu atau 1 sudu besar tauchu
1 labu bawang besar-di potong baji
2 ulas bawang putih-cincang
3 biji cili hijau-mayang
minyak utk tumis
sedikit gula

tumis bawang sekejap masukkan tauchu kacau sikit masukkan cili hijau,terung tauhu kacau sekejap masukan gula kacau lagi dan blh tutup api.masakan ni tak perlu garam sebab tauchu tu dah masin letak gula bagi kurangkan rasa masin tauchu tu.


Lepas aku tengok fp mamasya semlm aku terus teringat yg kat dlm peti ais aku tu ada lagi petai yg jiran aku bg.Tak sempat nak masak sebab duk ulang alik ke kg jd smlm selamatlah petai ni jadi menu dinner.Kat dlm kuali ada lagi belen sambal bilis yg hari sebelumnya tu(yg kat atas tu ler) jadi aku cuma masukkan aje petai ni dan masak sekejap.habis citer.kan senang


SAMBAL BILIS PETAI

Ada lagi yg aku duk bekenan kat dapur mamasya tu.Tauhu sumbat.ni kira simple lah sangat itu pasal aku wat pagi tadi.(sebenornya aku dah siap grg tahu ni semalam konon nak mkn lepas mkn nasi tapi lepas bagi tido kembar dgn aku sekali tido)

Buat bekal ajelah dah tak sempat nak mkn kat umah.cuma letak taugeh aje dah tak de sayur bagai2 dah lepas tu curah dgn thai sos.habis citer.

Itu ajelah modal citer aku hari ni.dan klu sesapa rasa nak cuba masakkan kat atas tu cubalah memang gerenti sedap punya dan sesap yg nak masak utk buka posa pun blh yg tak punya masa masak yg lama mcm aku ni semua nak xpress aje.

terima kasih pd yg sudi jenguk rumah dapur aku yg entah apa2 ni.bye..bye..esok klu aku rajin kita citer pasal baking lak.ada lagi ni tapi klu masuk semua nanti tak tau nak komen apa lak especialy madiha lah apa nak komen kali ni???

ekh..eh..ada lagi nak tengok tak basikal moto?nak???mai tengok

aku terserempak masa gi beli lunch isnin lepas.mula2 lalu kat sebelah tak perasan lepas tu bila aku duk perati org ni tak kayuh pun basikal ni tapi duk jln gak itu yg aku ambik gambar sambil aku duk jln gak(guna hp).nak tengok clear lagi ni gambar yg aku edit besarkan guna hp aje ni tak tau lah clear ke tak.bagus betul sapa yg cipta basikal ni tak susah2 nak kena byr roadtax mcm kita yg bawak kete ke moto ke.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net