SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Aug-2009 01:22 Email | Share | Bookmark
RAGAM KEMBAR , DONUT MUDAH & PETUA H1N1

 
 
kakak duk kat buai
adik tukang hayun buai
kepala dah bertampal lagi
 
 
intai ikan dlm akuarium kecik
apa kembar ni nak buat kat umah tok cu ni?
byk sangat brg nak kemas ni
ha dah jumpa apa nak buat
tengok anak ikan dlm kolam ni,dik jauh sikit kotor tu
nak gi jln lagi dgn tok cu lak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ini yg first adik lipat
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Selamat masuk keje mana yg keje klu mana yg tak keje tu selamat menjalani keje umah yg tak pernah abis(kadang nak tido mlm pun ada lagi yg duk memanggil mintak buatkan air lah nak mkn lah mcm mama aku kat kg kesian kat mama utk adik2 ku rajin2 kan lah diri klu nak makan ke nak minum ke tak payah nak suruh mama buatkan)

Mula2 nak cite pasal H1N1 ni,benornya aku duk risau gak sekarang sebabnya pd hari aku balik KL dr ambik kembar jumaat lepas(14/ ptg tu jiran(kak ani) aku ada bg tau yg kawasan perumahan aku(PPR Pudu Ulu) ni dah aku kes H1N1.aku mula mcm tak kisah sangat tapi nak gak tau sapa yg kena kot2 aku kenal ke jd aku pun tanyalah kak ani(dulu dia pengasuh kembar jap) jiran yg betul2 duk sebelah umah aku ni.Dia cakap org blok C si %^&&%** tu lah.aku pun jawab OOooo dia tu ke sambil mintak diri nak bersiap(aku bersiap bkn nak kemana pun kak ani dtg ketuk pintu umah aku waktu aku baru selesai mandi jd tentulah aku tak siap lagi sexy..meksi lagi).Kat dlm umah aku dah mula risau apa taknya org yg kak ani ceritakan tu ada berkaitan dgn keluarga aku gak,bknlah sedara ke apa tapi budak yg keje dgn abah adalah org yg duduk satu umah dgn yg kena H1N1 tu.

Bila abah balik aku ceritakanlah pasal apa yg aku dgr jadi abah mcm terkejut gak lepas tu dia cakap patutlah dah tak nampak si anu tu kat opis biro keselamatan rupanya anak dia sakit ya.Lepas tu aku pesanlah dgn abah kena jaga2 walaupun budak keje tak dijangkiti tapi kita tak tau apa kesan nya.Abah cuma cakap selalulah baca ayat kursi sekurang2nya 3x selepas solat utk menghindarkan diri dr segala mala petaka dan penyakit berjangkit jug asebagai pendinding diri jika ada nak buat jahat(ni kira bab bomoh2 lah) ada lagi satu ayat yg abah ajar tapi aku lupa lah nanti nak kena tulis baru blh ingat ni(otak dah karat dah klu bab2 agama saje je bg alasan mcm tu)

Semlm lak abah dah dapat cerita yg sebenarnya(abah ni memang suka bab siasat2 ni mcm tu lah klu dah jadi olissss(pelat kembar)org tak suruh siasat pun dia siasat ibu selalu ckp abah ni busy body sikit) Abah bagi tahu sebenarnya anak si anu tu masuk wad berpunca dr asma (klu tak silap aku budak tu umurnya tak sampai setahun lagi dlm 10 bln mcm tu lah)jadi nak di jadikan kisah masa kat wad tu bed sebelah baby ni ada kes H1N1 jadi bila duk bersebelahan mcm tu secara tidak sengaja baby tu di jangkiti sekali skrg baby tu dah kena kuarantin di dlm box kaca kesian pulak aku dengar mcm tu dah lah mak bapak nya tak punya kerja tetap dah jadi mcm ni kena berkampung lak kat hospital.Biro keselamatan PPR PUdu Ulu adalah buat kutipan derma utk bagi pd keluarga ni tapi taklah byk dapatnya cuma blh lah ringankan sikit beban kerluarga ni.apa yg aku tahu keluarga ni memang agak susah dulu masa nak melahirkan pernah dia mintak tolong carikan baju2 baby yg dah tak nak pakai.aku tak dapat tolong sebab semua baju kembar aku dah hantar kat kg dan ada setengah tu aku dah bagi pada sedara yg ada anak kecik.aku cuma dpt bagi brg2 mcm bedak sabun gitu aje.pjg lebar lah pulak aku bercerita ...

Ok..ok kita balik ke tajuk asal pasal petua utk imune diri(kita cuma berusaha sahaja) smlm aku dpt call dr mama yg mana ada nurse kat Dungun tu bagi tahu minum air kelapa dan sepupu ku pulak syikin anak sujah tu cakap kawannya ada bagi petua kurma di rendam dlm air kelapa utk beberapa jam kemudian minum dan mkn bersama kurma yg direndam tadi.Jadi aku akan cuba bagi pada kembar air kelapa & kurma ni.

Dah tutup cerita H1N1 ni kita cakap pasal kembar yg tunjuk belang sejak dua menjak dah balik umah ni,agaknya nak tunjuk protes ke dekat ibu sebab tinggalkan dia kat kg..layan ajelah nanti bila angin ibu dah naik ibu lak yg protes...
ni baru keluar umah baik2 lagi jln pun pinpin tangan tapi ibu cuma dgr suara kakak aje duk sembang dgn adiknya.adik tak lak ibu dgr dia cakap..entah apa dia bincang tak tau lah..

Nak gi jln umah tok cu ni.ibu suruh posing baju baru yg nenek beli minggu lepas.adik nak jugak pakai scaf ibu tu sampai nak tutup mata dah.



ikut tok cu lak gi jln2 ptg smlm.nak gi sec 14.aunti ikin nak beli laptop lak zaman skrg ni klu belajar takde computer ke laptop ke memang susah.

Gambar2 kat Digital mall sec 14.bagunan ni betul2 duk sebelah bangunan runtuh jaya tu.Ibu ikut ni pun sebab nak carikan brg yg tok ki pesan klu tak memang tak nak masuk mall2 buat masa skrg ni


duk lari sana sini sampai ibu dah tak tau nak kejar yg mana satu.

sampai bersila budak ni.dia ingat ni pantai ke?

diam kejap bila ibu cakap ada gambar momok kat kaunter tu.tu yg duk tilik jap agaknya kembar duk pikir momok ni blh keluar tangkap dia tak(gambar negro dgn cat putih aku tengok pun takut)

pagi ni baru nampak siap sikit klu tak gi sekolah dgn muka tak mandi pakai baju tido(siap ni pun gara2 ibu cakap abah nak mandikan,kembar ni klu cakap abah nak buat laju aje cuma abah yg malas nak layan)

Ini gambar apa lak ida ni(agaknya mcm tu lah org ckp yg tengok fp aku ni) ni takde kena mengena dgn sesapa pun cuma aku nak wat kenangan sebab adik yg lipat ni.tak pernah lagi nampak dia lipat cantik(ni kira cantiklah sebab umur pun baru 2 thn lebih) mcm org beso yg warna biru tu lagi elok dia lipat.Klu kakak yg lipat main gulung2 aje.agaknya takde benda nak main dia ambik tuala mandi dia org yg ibu letak kat sofa tu di lipatnya(nak ambik kain yg bertimbun dlm bilik tu takut kena marah dgn ibu,adik klu dah beso sikit nanti memang ibu suruh adik lipat kain sebab ibu pun memang malas nak lipat kain ni sejak duk ulang alik Dgn - KL ibu tak sempat lagi nak lipat kain)



Macam biasalah tak sah klu takde menu2 mkn ni.ari ni aku masukkan satu aje resipi.mudah dan cepat itu komen yg pertama komen kedua lembut dan sedap.Dohnya blh buat mcm2 nak buat pizza pun blh dan seperti biasa c&p aje he..he..tima kaceh pada yg bagi resipi ni

Quote:


DONUT MUDAH

sumber : HASUE MYRESIPI

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam.
Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.
Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je)
Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..
Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan.
Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
SELAMAT MENCUBA..

*ibu buat setengah adunan aje dapat dlm 12 biji beso
yis tak ikut mcm resipi cuma letak 1 sudu kecik aje itupun cepat gak naiknya


baru siap uli

selepas 10 min,nampak dah mula naik dah lepas ni blhlah di goreng.amat mudah resipi ni dan lagi satu ibu kira ini satu cara yg bagus utk kita pastikan ibu roti tu naik atau tidak sebab kita bancuh dahulu yis tu jadi klu ada yis tak naik maka yis tu dah tak elok dan tak perlu teruskan utk buat kueh.



JANGAN PULAK BORING BILA BACA N3 AKU NI SEBAB AKU MEMANG SUKA BERCERITA KADANG2 MELALUT-LALUT JADINYA.



KERETA DRIFF DI BANDAR DUNGUN...
aku kipnap gambar kat fp mariah ni lepas ni mesti dia bising lagi ni kih..kih..

inilah agaknya kete yg di katakan mariah yg anak yusuf haslan buat shooting pilem ittew.psst..rambut putih kat belakang kete tu papa kita dia pun sibuk sama nak tengok gak.benornya kat sebelah kedai tayar ni kedai papa aku jadi dah org duk buat driff kat sebelah dia pun menyibuk sekalilah

kedai papa tu cuma nampak sikit aje signboardnya nampak glass aje,nape lah adik aku ni tak ambik gambar signboard kedai tu penuh blh lah aku promote sekali.papa ku ni bukak kedai aluminium&glass ni kira sub bisness lah ada lagi.dulu buat perabot tapi bila ada masalah nak dapatkan bahan mentah(kayu) cari alternatif lain lak tu pasal buka kedai ni pulak dan sekarang ada buat kerja besi.Jadi bagi sesapa yg duduk berminat nak menepah brg utk buat pintu tingkap perabot serta gril besi dan stell blh lah dtg kat kedai ni yg terletak di jln batu 48 jln dungun paka(order biasanya ambik utk kawasan trg aje bergantung pd harga sebab semua harga di kira kaki persegi)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net