SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Aug-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
PENGAT PISANG KELEDEK , TENGGIRI CHEESE FRY & CORN ICE BLENDED

 
 
 
 
 
 
Salam
N3 masa balik kg sehari ambik kembar baru ni.sampai Dungun kul 4.30 pg balik KL lak kul 10 mlm tu gak.adoi..mcm ting tong gak lah 2 mlm berturut-turut tido dlm bas


Quote:

PENGAT PISANG DAN KELEDEK

Bahan2
5 biji pisang awak/kelat siam-potong kecik terus masuk dlm air jika tidak pisang jd hitam
3 biji keledek biru-potong kecik2
3 kerek sederhana nisan/gula melaka secukupnya
1 cawan santan pekat/pati santan
sehelai daun pandan di simpul
air secukupnya mengikut kehendak masing2 jika ingin berkuah byk lebihkan airnya

bersihkan keledek kemudian masukkan kedlm periuk semua bahan sekali harung dan masak sehingga gula melaka/nisan hancur dan kacau-kacau sikit hingga rata jgn selalu kacau takut hancur pisang dgn ubi.rasakan kemanisanya jika dah cukup blhlah tutup api.sedia di hidang.


Mencuba resipi yg baru ni kadang2 best jugak kan.resipi kat bawah ni asalnya guna salmon tapi kat Dungun tu mana lak aku nak cekau ikan salmon so aku mintak lah mama carikan ikan tenggiri.mulanya dah buat waktu tengahari tapi tak cukup jadi kena wat lagi 2nd round utk mlm lak.memang sedap lagilah kena lak mkn dgn sos putih memang mabeless lah.mama siap mintak aku tunjukkan lagi mcm mana nak masak sos putih.resipi ni kita mix&macth lah.resipi kopipes..

Quote:

TENGGIRI CHEESE FRY

Salmon Cheese Fry
Sumber ringgo myresipi
Bahan-bahan ( 4 orang )
2 keping ikan Salmon
4 keping cheese
1/2 biji telur
1/2 cawan bread crumb
3 s/b tepung gandum
garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng

kobis yang dipotong halus memanjang

untuk sos
-----2 s/b tomato ketchup
-----1 s/b sos tiram
-----2 s/b air
-----1 s/b butter

Cara-cara
buang kulit dan bersihkan ikan salmon.
potong dua 1 kepingan ikan menjadikan 4 bahagian semuanya.
keringkan dengan paper towel.
diatas papan pemotong alas dengan cling film.
letak potongan ikan kemudian alas lagi dengan cling flim.
pukul dengan rolling pin sehingga nipis dan berukuran besar sedikit dari kepingan cheese.
buka lapisan cling film atas dan tabur garam dan lada sulah. letak cheese.
lipat salmon menutupi keliling cheese. lipat dua cheese jadi separuh.
salutkan tepung gandum, telur yang dipukul sedikit dan akhir sekali bread crumb.
ulang step 2-5 sampai habis semua ikan.
goreng dengan minyak yang cukup melitupi separuh kepingan ikan+cheese tadi.
bila agak kuning, balikkan. bila dah masak, angkat dan sejat minyak.

untuk sos >>> panaskan butter dlm sos pan. masukkan tomato ketchup, sos tiram dan air. kacau dan tutup api. curah atas ikan dan bolehlah disantap bersama sauted shimeji.

*jika nak tengok lagi terperinci cara-cara pembuatannya boleh klik sini

Bahan-bahan untuk sos putih
2 sudu besar majerin atau mentega - ibu cuma guna 1 sudu shj
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh) ibu guna italian herb
1 cawan susu segar -ibu guna 1/2 cawan susu cair + air mengikut kepekatan
Secubit garam
Secubit lada hitam

Cara-cara
Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan blh guna whisk supaya tak berketul. Matikan api dan diketepikan.

* sos putih ni memang sedap klu kena dia punya herb tu.blh mkn dgn spagetthi sekali


Bahan Tambahan
Spinach Fetuchini yg siap di rebus




CORN ICE BLENDED

jagung manis dlm tin
gula
susu cair
kiub ais
sedikit air

mix all together.guna blender ya.takde sukat2 sebab ni ucu yg buat.n3 kali ni pun khas buat ucu sebab dia beriya benor mintak ibu masukkan gambar ice blended ni.ucu ni blh di katakan hari2 buat ice blended mcm 2 perisa dan rasa dan kadang2 ibu marahkan dia sebab dah selalu sangat minum ais cuma ucu ni klu air yg bukan blended dia minum teh'O aje jimat 2 kan...ok ibu dah byk melalut dah ni.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net