SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Aug-2009 01:16 Email | Share | Bookmark
LAICI SMOOTIE & NASI KERABU aka NASI ULAM

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua

Terasa malas nak update tapi atas permintaan adik ku si mariah curry tu aku update jugak ler.ini menu yg aku dan mama masak masa kat kg baru ni.

Quote:
Kata-kata hikmah dr seorang prof

HIDUP KITA HARI INI ADALAH UNTUK MENCARI PENCEN AKHIRAT

Prof Dr. Muhaya



Quote:

LAICI SMOOTIE

Bahan
1 tin laici
1 tin susu cair
1 gelas ais ciub

masukan kesemua kedlm blender.blend sehingga laici hancur sedia di minum dan blh di tambah ais lagi jika suka.bagi yg suka manis blh tambahkan sedikit susu pekat sewaktu blend tadi.


Quote:

NASI KERABU aka NASI ULAM

Bahan2
Nasi secukupnya
ulam-ulaman seperti

Daun kunyit

Daun kesum

Daun salom

Pucuk serai kayu
serai
Pucuk kadok
kesemua daun2 dimayang halus2

Sambal kelapa

Bahan2
1 biji kelapa parut
6 ekor ikan sardin/selayang dipanggang@rebus-ambil isi dan dimesin@tumbuk
1 sudu lada hitam-ditumbuk
6 biji bawang merah-mesin
3 ulas bawang putih-mesin
1 inci halia - mesin
garam gula perasa

masukan kesemua bahan kedlm kuali grg sehingga kering dan warna kelapa bertukar kepada sedikit kuning aje jgn sampai coklat nanti rasa hangit.

Gaul kesemua bahan2 diatas mengikut kesukaan masing2 jika ingin lebih ulam atau nasi terpulang.

note:mcm2 jenis daun lagi jika mengikut resipi asal tapi di sebabkan keadaan semasa hanya daun2 di atas sahaja yg mampu di cari.jenis daun2 yg lain nanti ibu masukkan kemudian


Bahan sampingan
Quote:

Tumis Belacan
(nak resipi cari kat sebelah dan ada n3 sebelum ni)


Air Lada
jika nak lebih pedas blh tambah air lada

Bahan2
cili api
sedikit cuka
gula
garam
mcm biasa blend semua bahan


Ikan kering


Telur Masin


Budu


Quote:

Daging Bakar Lada Hitam

Bahan2
1 kg daging tak perlu potong kecil
1 sudu besar italian herb
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
5 ulas bawang putih-belah 2 aje

campurkan kesemua bahan dan perap lebih kurang sejam.kemudian blhlah di bakar bila dah masak hiris nipis2.


Kupang ni aku masak mlm nak balik KL.siang masa masak nasi kerabu tu aku dah nampak adik aku beli kupang 1 beg(1 kg) mulanya dia nak masak tgh, lepas tu bila dah banyak lauk jadi aku masak utk mlm mkn dgn nasi kerabu lagi.1 beg kat sana RM8 tau .mahal betul klu kat KL rasanya tak semahal tu
Quote:

KUPANG BERSAMBAL

1 kg kupang berkulit
1 labu bawang besar - di mesin
2 sudu cili kering @ cili giling
2 ulas bawang putih - di mesin
1 inci halia - di mesin
1 sudu besar gula
garam perasa
2 sudu besar sos tomato
1 sudu sos tiram
minyak utk tumis

panaskan minyak.tumis bahan mesin dan cili hingga garing masukkan gula,garam,sos tomato dan sos tiram biarkan seketika.masukkan kupang yg siap di bersihkan k dlm kuali.gaul rata dan tutup kuali.biarkan kupang terbuka supaya air dr kupang akan keluar.sekali sekala buka tudung kuali dan kacau supaya tidak hangit.masak sehingga semua kupang terbuka dan sambal sedikit kering supaya ia melekat pada kupang.sedia di hidang.


Quote:
Pagi ni aku dah buat video call pada papa nak tengok kembar semalam tak dapat sebab papa takde kat umah.Hp mama tak leh wat video call cuma call biasa aje jadi tak nampak muka itu pasal pagi2 ni aku dah call papa nak tengok muka kembar.semalam adik dah mula meragam duk panggil2 ibu pagi ni kakak lak duk panggil abah ibu.tengah2 cakap putus lak aku pun dah nak masuk keje jadi tak call balik lah.

Dlm 10 min lepas tu adik aku si mariah lak call dia cakap anak aku dah mula meragam duk menangis mencari-cari ibu.agaknya kembar dah mula rasa lama sangat tak nampak muka ibu ni.selalu klu pergi work(itulah alasan yg selalu di beri klu ibu tak de)mlm mesti ada ini tak balik2.

aku pun nak buat keje dah tak senang duk pikir pasal kembar bila nak gi ambik.ikut janji dgn mama dulu nak ambik hari pertama posa tapi klu dah mcm ni lagu mana nak ambik lambat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net