SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Aug-2009 01:45 Email | Share | Bookmark
SEKALI HARUNG....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
cheese dah larut dgn susu
suhu micro
campurkan sekali dgn meringue
buat kecik jadi 2 bekas
dah mula naik
 
 
 
 
 
 
 
Salam.....

alhamdulillah ari adik dah baik demamnya.semalam kat nursery memang tak bermaya aje ibu tengok.waktu lunch gi jenguk dia jap suap mkn bagi ubat baru balik opis.Kat nusery pun ramai budak yg demam.owner nursery bagi tau kat kawasan tu(kira kawasan rumah aku gak lah)semua sekolah dah tutup kes H1N1 ni dan kemungkinan nursery pun akan di tutup klu ada kes.aku pun risau gak bila dengar mcm tu.

Balik keje aku call abah bagi tau nak ajak gi Hospital.Lepas aje maghrib aku pun keluar lah 3 beranak menuju ke Hospital Ampang,tak pernah lagi menjejakkan kaki kat hospital ni biasanya aku akan ke HUKM tapi dengar cerita mcm bagus so gi lah sana.mula2 nak masuk tu ada kaunter saringan kemudian staff kat situ akan bagi borang utk daftar dan ambik no.masa kat kaunter saringan tu(ini yg aku rasa tak puas hati sikit)

staff Hosp:ada masalah apa?
aku: anak saya demam dan muntah2 dah 2 ari.
staff Hosp:puan,biasanya kes mcm ni kita tak terima tapi disebabkan dah mlm klinik pun byk dah tutup jd kita terima lah tapi waktu menunggu memang lama.
aku:ooo...buat masa skrg tak terima klu demam ke?(aku mcm bodo2 aje bertanya)
staff Hosp:memang kita tak terima,ini buka pun sebab kes H1N1 klu tak memang tak boleh.
aku:ok lah.(aku ambik gak borang daftar)

kebetulan abah sampai lepas park kete.dia tanya mcm mana aku ckplah hosp. tak nak terima kes mcm kita ni.abah pun ckp klu mcm tu kita gi klinik ajelah lagipun adik dah tak demam lagi.Dlm duk berkira2 tu adik pun muntah betul2 kat depan lobi utama tu terus abah cakap ni tak jadi ni kita masuk daftar gak lah.Lepas daftar bagai2 ambik no tunggulah aku.org punyalah ramai tak terkiralah mcm pesta pun ada aku tengok.dlm kul 9 staff kat situ panggilah no aku cek adik jap lepas tu dia cakap adik demam jadi jumpa doc.tunggulah aku .....tapi aku perasan cuma bilik no1 aje yg bergerak bilik laik tak de maksud nya tak de doc lah waktu.Dlm kul 10.30 abah dtg tanya aku nak tunggu lagi ke, kat luar tu dah ada org bergaduh2 sebab lama sangat menunggu dtg kul 7 tapi tak panggil2 lagi.Aku pun dah boring dan penat adik yg demam tadi dah baik dan aktif balik dan mula nak merayau.aku pun tak pikir pjg terus cabut klu tunggu entah kul berapa baru dia panggil.

Balik tu kami singgah klinik makmor.doc nya sape lagi klu bukan Dato Doc Makmor (pengerusi pengguna islam klu tak silap aku)dlm kul 11 baru balik,adik cakap dia lapar tanya nak mkn ke dia ckp tak mau nak balik rumah nak tido.iyalah dah kul berapa biasanya kul 8.30 aku dah bagi tido.Balik rumah abah cakap masak ajelah burger mcm semlm.dahk siap masak adik pun mkn bagi mkn ubat baru tido.semalam dia tak meragam tido sampai pagi ni marahkan ibu bila kejutkan dia bangun tido,dah mula balik perangai lama.

Ok kita tutup cerita sakit2 ni aku nak cite bab masak2 lak dah lama tak masuk bab masak2 ni ada yg rindu tak?mungkin takde kot sebab aku ni bukanlah pandai masak pun.semuanya menu masa kat kg ya,ada lagi rupanya n3 kat kg...he..he..biasalah tak sah klu takde masak2 bila duk kg ni.

Mula2 sampai mlm tu mama dah jamu kami sekeluarga dgn gulai tulang ni sebab seminggu sebelum aku balik tu aku ada cakap nak mkn gulai tulang balik kg ni konon nak belajar buat sekali lah,tapi mama dah masak kan dulu mlm tu so aku jamu ajelah.licin 2 kg mama masak(tapi bukan aku sorang habiskan semua yg ada kat umah tulah)

Quote:

Gulai Tulang

Resipinya lebih kurang mcm ni lah.ni aku c&p dr madiha aje tapi ada edit sikit
Bahan
tulang yg di potong kecil @500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
3 biji ubi kentang (kami tambah)
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan
.


Bubur biji gandum ni kira dessert lepas mkn nasi dgn gulai tulang.


Kayu Khamak sarapan kami pagi sabtu tu.memang kueh g wajib mama buat tiap kali aku balik. Kayu khamak ni lak aku mkn cicah kuah gulai kat atas tu.peh..tak hingat sati ketul satu ketul masuk mulut..

resipinya c&p dr adik ku mariah tu aje ya
Quote:
KAYU KERAMAT

bahan2
500gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

cara2
1.Yis segera dibancur dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda birkabonat dan gaul rata
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)sebelum digoreng


Menu utk lunch kami lak

SAMBAL SOTONG

TUMIS PETOLA ULAR

PERIA BERLADA

Masa duk menyelongkar peti ais umah mama aku terjumpa cream cheese jadi aku wat lah kek ni.dah byk kali wat kek ni memang suka sangat dgn kek ni.cuma tak cantik rupanya entahlah memang tak pandai lah bab guna meringue ni.c&p dr madiha aje
Quote:

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina

Bahan2nya

250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar
130 gm gula castor (MaDiHa kurangkan ke 120 gm)
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar

Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue. Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam


Malam yg ribut sampai tumbang pokok tu aku tengah duk masak capati.papa sibuk mintak mama masakkan mama lak tunggu aku balik masak capati ni.mcm lah aku ni teror benor bab masak2 ni.jadi mlm tu kami mkn capati dgn kari ayam.aku masak capati mama masak kari ayam.

CAPATI

KARI AYAM

Esok nya sarapan aku kena buat sendiri sebab mama dgn papa kena outstation kat Kota Bharu(mama memang tak lepas papa drive sorg2 sebab papa selalu sakit dada itu pasalnya dia ikut jadi klu papa penat mama lak yg drive tapi yg aku tau memang mama yg sentiasa jadi driver papa)
Jadi aku buat sandiwich sardin aje.


Tengahari lak aku masak ini.resipi c&p dr fp hanieliza.maap le tak mintak izin dan saya ni pandai2 lak edit resipinya
Quote:

DAGING BLACKPEPPER

Bahan-bahan
500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis]
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung ] bancuh (ini tak letak sebab nampak dah cukup pekat kuahnya)
1 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ] (tak letak gak sebab tak jumpa dlm peti umah mama)
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci (sama tak jumpa)
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.



SINGGANG IKAN TENGGIRI
bendi tu yg mama tanam tau.lepas ni mama tak yah nak beli2 lagi klu nak mkn bendi

Menu hari last duk kg.

kepah atau kupang????ini mama beli on the way balik dr Kota Bharu bila aku tanya beli kat mana dia cakap gi kelaut jap nak cari ikan tapi jumpa kepah ni.loya buruk gak mama ni.

Quote:

KEPAH BERLADA
2 kg kepah/lala pun boleh
1 labu bawang besar-dimesin
5 ulas bawang putih -dimesin
1/2 cm halia-di mesin
cili api ikut kepedasan masing2-dimesin
minyak utk tumis
3 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato@air asam jawa ambik dr 1 sudu besar asam jawa
sedikit gula
garam rasa dahulu sebelum masukkan garam(ibu tak letak sebab dah masin dgn sos tiram)
2 biji telur
1 sudu kicap

cara2
tumis bahan meisn hingga garing masukkan sos tiram gula kacau rata masukkan kepah gaul rata dan tutup kuali supaya keluar air dr kepah.boleh juga masukkan air jika nak berkuah.kepah akan terbuka mcm dlm gambar tu bila dah masak masukkan kicap gaul rata.rasa dan bolehlah pecahkan telur utk menyalutkan rencah ke kepah jika tak letak telur bawang dan cili tak letak pada kepah.sedia di hidang.



BLUEBERY KEK
ni kes aku jumpa bahan2 utk buat kek ni kat dlm peti ais umah mama.semua nya dah buka guna separuh.aku sure klu aku tak masak mesti ada yg masuk tong sebab dah lama sangat.adik aku punya ceritalah ni beli mcm2 dah tu terbiar aje dlm peti.Kebetulan lak along dok suruh aku buat kueh kek mcm yg aku buat kat umah aku tu(along selalu buka fp aku tu pasal dia tau)along ni kra golongan org istimewa jadi klu tak buat kesian lak kat dia,org mcm ni sensitive sikit nanti dia cakap kita tak prihatin pd dia.Aku bila sekali sekala balik kg kadang2 tak paham gak apa dia cakap sebab gagap dan pelat dia dia tu.mama klu nak bercakap dgn dia cuma gerakkan bibir aje dia akan paham tapi bila kita cakap kuat dia tak dengar sangat.pelik kan tapi itulah anugerah yg dia ada org ckp bersuara dia tak dengar tapi dia blh baca gerak bibir.dulu ada masuk pusat pemulihan org cacat kat cheras bahagian komputer tapi cikgu kat situ ckp dia tak dpt nak bawak jauh sebab tak tau baca so dia merajuk terus balik kg sampai skrg duk aje kat umah.mintak bantuan duit utk org kurang upaya tak pernah dapat pun padahl kawan2 dia yg lain semua dapat,nak kata tak layak dia siap ada kad org kurang upaya entahlah mungkin masalah birokrasi negara kita kot.hai byk lak aku cerita merapu ari ni.

Ini lak permintaan dr ucu duk suruh aku buat cc.aku waktu tu memang dah malas jadi aku cakap dgn dia klu kat rumah acik(adik aku mariah tu lah) ada bahan2 aku masak lah klu tak de tak jadi masak.jadi aku duk selongkar lak dapur rumah mariah dan intai mana resipi yg mudah.maklumlah bila dah malas tu mcm2 alasan lah.jumpa resipi dr mat gebu.sedap kek ni lembut dan gebu.resipi c&p aje soli tak mintak izin...tak letak pun ganache nya mkn mcm tu aje.
Quote:

BAHAN-BAHANNYA
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi



ok klu ada nampak gambar yg tak berkenaan tu abaikan aje sebab aku memang takde edit apa2 gamabr pun just masukkan terus kat fp ni .biasalah klu penyakit M dtg mulalah buat nya tak berapa sempurna 'nak buat sangat' ayat yg mama selalu bagi

esok nak balik kampung lagi tapi duk pikir nak tinggalkan adik kat sana atau nak bawak kakak balik KL.nanti klu bawak balik KL tiba2 nursery kena tutup lak mau aku kena cuti lagi.abah cakap tinggal kat kg dulu bagi reda keadaan penyakit baru ambik.nanti ibu yg sedih sebab takde kawan gaduh kat umah mulalah ibu duk melepak umah jiran yg ada anak.hai fening..fening..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net