SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Aug-2009 10:30 Email | Share | Bookmark
MUFFIN STRAWBERY & GREEN CARPET CAKE

baru nak masuk oven
dah nak keluar oven letak penuh sangat sampai tertumpah2
 
bekal balik kg ni
baru masak
 
 
 
Salam...

Ini resipi gara2 nak habiskan mana2 stok yg tinggal kat dlm peti sebelum balik kg maka terhasilah 2 resipi kat bawah ni.semuanya aku hantar kat nursery semalam.bolehlah kembar jamu kawan2 dia org kat sana sebelum balik kg.Muffin tu aku ambik resipi dr fp rinnchan cuma tukar filling aje.so layannn.....ops ...muffin buat setengah aduanan aje sebab filling tak banyak mana tinggalnya.ok gak tapi aku buat mcm terkurang isi aje bila masaknya...tak pro lagi lah bab masak ni.ni kira n3 tak berapa nak menjadi bakingnya.resipi mcm biasa c&p dr rinnchan.maaple...

Quote:


BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya. (ibu tukar dengan strawbery filling)

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min
.

Kek ni buat gara2 kembar buka biskut mini munchy tu tapi tak mkn abis.lepas ni nak balik balik kg sape lak nak mkn tapi klu duk rumah pun memang tak mkn jadi ambik insiatif gunakan biskut tu utk buat kek ni.sedap gak tapi mcm tak berapa naik entah apa masalahnya.mungkin guna biskut yg tak betul kot.Resipi asal dr dayang jack myresipi tapi ku copy dr ummizaihadi aje.mintak halal lah....aku buat kek ni pun dah mlm kukus dlm kul 11 mlm sambil2 pack baju dan brg nak wat balik kg.

Quote:

GREEN CARPET CAKE
Bahan-bahan:- ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur A (Ibu letak 6 biji telur saiz kecik)
225 gm mentega
3/4 cawan gula halus
4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
3 sudu besar horlicks (tak letak sebab takde stok kat umah mana ada org minum horlicks)
1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco(guna esen pandan + pewarna hijau)
1/4 cawan susu pekat manis
Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong




Tengoklah kembar ni duk tunggu kek masak kononnya.agaknya balik dr nursery lapar biasanya ibu ada masak tapi kali ni ibu buat kueh lak malas nak masak nasi.masa ni ibu baru aje masukkan muffin tu dlm oven di sebabkan dia mintak nak mkn jadi ibu cakap tunggu kat situ nanti masak ibu bagi.sudahnya kejap aje kakak lari duk baring atas kerusi dah mula nak tido tu,adik mintak susu.
kesian anak ibu lapar nanti sayang ya kita gi mkn kedai mamak.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net