SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Jul-2009 10:30 Email | Share | Bookmark
RENDANG AYAM DAN TUMIS BELACAN

 
 
 
 
bekal nak balik kg ni
 
 
 
 
 
 
Salam ketua segala hari

Semalam aku dah mcm org gila bayang pun.nape ya.....jeng..jeng...takde apa cuma semalam aku tak dapat buka fp dr pagi aku cuba sampai nak balik keje tak dapat2 nasib lah ari ni boleh buka klu tak kempunan balik kg nanti.

Ari ni kami sekerluarga nak balik kg kat Dungun Terengganu tu,nenek dgn Tok ki dah selalu sangat duk sebut nape kembar tak mahu balik kg.nenek duk merindu tu.tok ki lak samalah cuma tak cakap kot...nenek cakap dah mcm2 pesen baju kembar ada dlm senarai nak beli tapi takut tak muat tu pasal kena balik dulu.alahai nek ibu dah cakap beli aje saiz umu 7 tahun confirm dapat pakai.nak buat baju raya tak ukur lagi ni nek cakap,ibu jawab besarkan beberapa inci dr saiz baju kurung tahun lepas budak bukan suka sangat pakai baju kurung raya nanti panas kesian ibu tengok tapi nak buat syarat sambut raya tu kena wat gak.Jadi balik ni kira2 ada gak lah nak buat persiapan raya.nantilah kita tengok apa citer kat kg nanti....

ok bawah ni lauk pauk yg ku masak ari rabu lepas ingat nak masuk semalam tapi dah fp lak merangam masuk ajelah ari ni.Resipi rendang aku tu tak main suka pun main campak aje tapi klu nak cuba boleh tengok resipi madiha ni yg ada sukatan.kak long kita c&p aje ni malas nak taipnya.

Quote:

RENDANG AYAM
1 ekor ayam sederhana - potong kecil & cuci bersih
15 - 20 btg cili kering ]
15 biji cili padi ]
1 labu bwg besar ]
5 ulas bwg merah ]
3 ulas bwg putih ] dikisar halus
2 inci halia ]
1 inci kunyit hidup ]
1 inci lengkuas ]
4 btg serai ]
2 btg serai - dititik
1 helai daun kunyit - hiris halus (tak bubuh pasal takde stok)
1/2 biji kelapa buat kerisik - tumbuk lumat
1 biji kelapa ambil santan
sedikit asam jawa - ramas dgn sikit air
minyak utk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Cara2 Memasak
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar & serai yg dititik sehingga wangi.
-Masukkan ayam dan kacau rata.
-Masukkan semua bahan2 yg tinggal kecuali daun kunyit & kerisik.
-Biarkan mendidih sambil dikacau supaya tak hangus.
-Bila hampir2 kering.. masukkan kerisik & daun kunyit.
-Biar kering sikit dan rasakan garamnya.. bila dah cukup rasa bolehlah dihidang.


Ini lauk zaman aku jadi student poli dulu.selalu klu balik kamsis ada aje stok lauk yg aku bawak bukan apa kadang2 lauk kat cafe tu dah bosan mknnya.ari2 lauk sama aje so klu balik kg aku akan suruh mama masak lah tumis belacan ni dulu.tumis ni boleh tahan dlm seminggu gak klu kena cara masaknya.jadi blh lah aku mkn bersama nasi panas bila kat asrama nanti tapi klu dah sekali mkn semua duk pakat kumpul bilik aku selagi termuat dalam bilik tu semua masuk, memang tah tahan seminggu lah sekali hadap abis.tengoklah berapa ramai yg dtg berkumpul kat bilik aku ni


Quote:

TUMIS BELACAN

Bahan2
1 biji kelapa ambil santan pekat@ 1 bungkus kecil santan
5 ulas bawang merah-di mesin
3 ulas bawang putih-di mesin
1/2 inci halia- di mesin
1 sudu besar belancan(hancurkan jgn letak terlalu banyak nanti terlebih masin)
sedikit gula
2 keping asam gelugor
2 btg serai di titik
2 sudu besar cili giling
air secukupnya utk melarutkan bahan2(jika menggunakan pati santan)

campurkan kesemua bahan sehingga sebati kedalam satu periuk kemudian buka api dan masak sehingga betul2 pekat sampai pecah minyak.tutup api dan bolehlah dihidangkan jika mahu lagi pedas boleh letak lagi cili potong.

*note:
biasanya tumis belacan ni dimakan bersama dengan nasi kerabu.jika di terengganu ada 2 jenis tumis satu tumis belacan dan satu lagi tumis budu.jika hendak di buat tumis budu hanya tukarkan aje belacan dgn budu cara masak adalah sama



KANGKUNG GORENG

INI LER DINNER KAMI



Ini budak duk tengah tunggu nasi kat kedai mamak,"mana nasik ni tak sampai2 lagik ni" macam mana nak sampai nasiknya dik ibu order mee goreng.semalam aku malas masak sebab ari ni nak balik kg jadi klu masak banyak benda nak kena kemas pagi dan paling tak sukanya bila ada balance lauk nya mana nak simpan klu tak balik kg bleh masuk peti ais aje ini dah nak balik lauk mesti masuk bakul sampah kan ke dah rugi so senang kita mkn kat kedai mamak kat depan umah aje.dah tentu tak susah2 nak kemas.


Ini lak muka org mengantuk.aku paksa kakak bangun dari tidonya.kejamnya ibu ni.....biasanya balik dr nursery dia tak tido dah tapi dah 2 ari berturut2 balik aje dah nak maghrib dia nak tido yg aku lak nak keluar mkn tak kan nak tinggal dia jadi aku paksa lah dia bangun.itu muka org baru lepas melalak lah tu.


kueh nak bawak ke nursery pagi ni



Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali.Kami akan bertolak balik lepas abis keje kul 5 ptg ni.

bye..bye..klu rajin kat kg nanti adalah n3 nya klu tak sempat ,tunggu masuk opis minggu depan ajelah.kat kg klu nak ngadap laptop mulalah kembar pun kata dia nak work abis bila ibu nak updatenya....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net