SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 29-Jul-2009 00:48 Email | Share | Bookmark
KEMBAR DEMAN LAGI.....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam.......

Bila ibu dah baik sakit anak dgn abah lak yang sakit hai...silih berganti sakitnya.Semalam lepas aje lunch aku dpt msg dr owner nursery dia cakap syafika badan panas,bila aku cal balik tak dapat aku dah mula duduk tak senang dah.apa cite dgn anak aku tu.Opis mate aku kata mintak aje cuti halfday sebab anak sakit.Aku pun memang dah tak pikir panjang lagi terus jumpa anak bos cakap nak balik anak sakit.Dia cakap ok lah dan bagi borang cuti.

Sampai aje kat nursery bukan adik aje yg demam kakak pun sama.mulanya aku ingat nak ambil adik aje bawak gi klinik kakak tinggal kat nursery tapi klu dah semua demam angkut terus lah.Aku pun bawak lah gi klinik kesihatan Cheras kat PGRM tu nak cari parking kat luar sampai 2 kali pusing nak letak sebarangan nanti kena clamping lak so aku pun masuklah parking hotel tu.sempitnya aku rasa parking tu setiap floor tak silap aku cuma muat 10 buah kete aje.Aku memang tak suka masuk parking kat dlm bangunan sebabnya aku bukan pandai sangat masuk parking.selalunya nak gi keje abah yg keluarkan kete dulu bila dah siap pusing baru aku ambik alih(apa punya lesen daa..) ni kira terpaksa sebab dah anak sakit.mujurlah sampai tingkat 3 aku jumpa satu parking.siap parking cari lift pun satu hal terpusing2 mana letaknya lift ni.anak mana yg dukung mana yg pengang tangan.aduh ....

Sampai aje tingkat 9 mak datuk punyalah ramai org depan pintu lift aje dah ada saringan utk H1N1.masuk kat dlm ambik no 1292 klu tak silap tapi waktu tu no baru aje 1250 alamak berapa lama nak tunggu kat sini yg tak sakit pun boleh sakit ni.Aku lagi risau bila tengok satu kelompok budak sekolah g semua pakai mask dah tu setiap ruang semua penuh dgn org jadi aku terus pikir buat apa nak menempah penyakit lagi.aku call abah aje ajak dia pergi klinik lain.abah apa lagi berdesuplah baliknya(tapi sempatlah siapkan keje cuma tak sempat mkn tengahari aje kesian abah) .

Aku balik rumah masak ala kadar aje sebab aku rasa kembar ni belum mkn sebabnya masa ambik kat nursery semua tengah tido lagi.itu yg aku masak kelam kabut sikit.kembar aku suruh berendam dalam air tapi bila dah demam tu tak mahu masuk bilik air lak klu tidak sampai sejam tak apa mandinya.cuma adik aje yg tahan sikit sejuk bila dah jirus sikit2 lepas tu aku cakap duduklah dlm besen sambil main air hujan barulah dia nak duduk.Kakaknya terus lari sibuk cari tuala nak selimut.Kakak dah tak mau mkn pujuk aku masukkan aje ubat demam ikut buntut bagi cepat lega panasnya.

Abah balik tanya nak gi terus ke klinik,aku cakap biarlah dulu badan budak ni pun dah ok dah tak panas lagi.abah pun belum mkn lagi.Jadi siap2 mkn abah rehat2 dulu lelapkan mata seminit dua,yg kembar bila dah rasa sedap sikit mulalah xtvt menyepahkan rumah.Malam tu lepas mahgrib aku ajak lah abah gi klinik.inilah rupa org gi klinik

tengoklah adik tu org sibuk duk cari record dia pun sibuk nak tengok mcm 2 kat kaunter tu.disebabkan tak mau duduk diam aku suruh dia baca buku.

entah apa yg dibaca tak tau lah.baju tak mau butang elok2 mcm ala2 gangter sikit tak suka betul pakai baju budak ni klu mlm.

kakak tengok adik baca buku dia pun nak baca buku gak

sementara menunggu nama di panggil

rupa org demam nak gi sekolah pagi ni.ibu dah angkat bawak keluar bilik tapi mata tak mau celik gak.

yang ini lak org demam tak berapa sangat,duk sibuk nak main aje.ibu sibuk nak bersiap pagi tadi dia pun sibuk nak pakai tudung.


ini aje yg sempat di masak semalam.
Quote:

SAYUR LABU AIR
Bahan2
1 biji labu air yg kecil-potong kecil
sedikit lada hitam pecah-pecahkan
garam
perasa
1 mangkuk air
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 labu kecil bawang besar-tumbuk
masukkan kesemua bahan kedalam satu periuk.masak sehingga labu lembut.jika suka blh tambahkan ikan bilis atau udang kering tapi ibu tak letak pun.


P/S doc:jika anak puan ni ada timbul bintik merah terus dtg sini saya bagi surat utk admit hospt.

anak ku ni tiap kali nak sambut puasa mesti dia nak duduk wad ke?tahun lepas pun macam tu lagi seminggu org nak puasa dia kena masuk wad sampai 3 ari 3 mlm jugak ibu tido kat hospital Dungun.punyalah seksa tido atas katil baby yg berpagar tu(cuba anda bayangkan)aku nak bagi saranan sikitlah patutnya pihak hospital ni sediakanlah katil dewasa yg berpagar sebab klu baby yg masuk wad dah tentu ibu ada sekali tak kan nak tido atas kerusi yg mcm kat kedai mkn tu.(ada ke org nak dengar saranan aku tu..hai melalut lah aku ni)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net