SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Jul-2009 01:00 Email | Share | Bookmark
PPR PUDU ULU DI SERANG DENGGI

 
 
 
 
 
 
 
Virus yg menakutkan telah menyerang kawasan perumahan PPR PUDU ULU setakat ini seramai 4 org telah dijangkiti denggi dan yg paling menakutkan salah seorg dr mereka adalah jiran yg duduk di tingkat 9 di bawah rumah ku,rumah ku di tingkat 10(agak terkejut gak sebab aku takde dengar citer pun dr jiran sebelah tup-tup bila kementerian kesihatan buat operasi baru aku tahu).Balik aje kerja hari Isnin aku dah terbaca memo yg di tampal dekat lif supaya menyuruh semua penghuni mengambil ubat jentik2 di taman permainan PPR ni dan mereka akan adakan semburan ubat bagi mencergah nyamuk dr memasuki rumah(entah menjadi ke tidak tapi kita berusaha aje kan)jadi operasi tu di jlnkan pada jam 6 ptg mereka telah meminta semua penghuni membuka pintu supaya ubat dpt di sembur ke dlm rumah jadi dr kul 5.30 ptg tu aku dah dengar bunyi ketukan pintu dan ayat assamualaikum di setiap rumah termasuklah rumah ku.Aku memang tak kisah diaorg nak sembur ubat kat dlm rumah ni cuma mana brg berharga tu ke simpan dululah nanti jgn nak salahkan mereka klu ada apa2 yg hilang.Jadi aku dah ajak kembar keluar rumah tunggu kat tangga mula2 okey aje lepas tu mula nak melalak sebab takut bunyi penyembur tu.

kembar duk menunggu kat luar.elok lak dia 2 beradik duk tepi tangga ni.

abah duk menunggu org dtg sembur dlm rumah sambil2 tu bukalah dulu tv guna handphone(abah belagak ya mentang2 lah hp dia ada tv main tayang2 kat ibu)

Ini baru semburan dr tingkat 6 klu tak silap sebab aku ambik gambar ni dr tingkat 9.

tengoklah mcm org nak beperang aje siap pakai semua topeng.Org ni memang duk menyembur ubat tapi tak nampak sebab ini bukan semburan asap yg biasa kita cuma bau aje tapi tak nampak asap mcm ala2 riset lah.
Bila duk pikir2 aku ni dah tak sihat dah 2 minggu ada kaitan dgn perkara2 ni tapi abah cakap klu kena denggi tak kan sampai lama mcm tu ,iya tak ya juga kan.jadi conclusionnya aku ni mcm kurang antibodylah and mungkin tak cukup vtamin.opismate aku siap suruh aku mkn vtamin C byk2 lagi sebab aku klu dah selesema memang lama sangat sampai berbulan pun ada.

Ok kita tinggal bab denggi tu kita citer bab masak2 lak.Ini menu yg aku masak semalam.Terasa nak mkn chicken chop pulak jadi aku pun tengoklah resipi madiha yg aku rasakan simple dan mudah.Mulanya aku memang nak cari ayam yg ready made tapi rasa malas lak nak gi jusco atau K4 jadi aku beli ayam setengah ekor jadi buatlah dgn tulang ayam sekali takde boneless dah.menu ni rasa memang tak rugi cuba sebabnya kembar suka sangat mkn abah apa lagi memang peberet dia tapi mula2 tengok aku hidangkan chicken chop ni dia ada tanya 'ni main tiru2 ke atau betul2 punya' aku cakaplah yg betul2 walaupun tak confiden maklumlah abah ni suka sangat komplain aku masak.Resepinya mcm biasalah c&p dr madiha aje

Quote:


CHICKEN CHOP (versi NABIA )

Bahan2 ayam yg diperap
4 ketul ayam (bahagian isi yg telah dibuang tulangnya (ada jual di pasaraya)
2 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 s/k lada hitam - tumbuk halus
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap cair
garam sket je
tepung jagong secukupnya (ibu guna tepung beras tepung jagung dah abis stok cukup2 buat sos aje)
minyak utk menggoreng

Cara Membuat
Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
Panaskan minyak yg byk dlm kuali. Ambil isi ayam tadi dan terus celupkan dlm tepung jagung hingga seluruh ayam diselaputi oleh tepung jagung. Masukkan dlm minyak yg panas (deep fry). Goreng hingga garing. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.


Bahan2 Black Pepper Sauce
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 s/b tepung jagung - bancuh dlm 2 cawan air
3 s/b kicap pekat (Ibu letak 1 sudu besar kicap mee langsung sos nya hitam betul)
2 s/b lada hitam - tumbuk halus (Ibu letak 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan 2 sudu besar sos lada hitam)
1 kiub ayam
garam & perasa
minyak utk menumis

Cara2
Tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kicap pekat, lada hitam dan kiub ayam. Biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Rasakan apa2 yg kurang bolehlah ditambah garam/ perasa. Kepekatan kuah bergantung pada anda.. kalau suka pekat.. biarkan hingga kuah menjadi pekat dan bolehlah diangkat.


Bahan2 Untuk Coselow
Kobis - disagat(hiris nipis)
Carrot - disagat -tak letak bukan takde stok tp malassss nak sagat
Mayonese secukupnya
sedikit serbuk kayu manis -tak letak pun
Gula -tak letak gak sebab rasanya dah sesuai dgn citarasa kami sekeluarga

Cara2
Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.


Bahan2 tambahan lain
1 tin baked bean
fun fries - digoreng garing
salad -tak de stok
tomato -tak de stok
timun -takde stok
*byk yg takde stok sebab peti sedang di cuci jadi tak mau byk brg ada buat stok


Gambar chicken chop yg atas tu ibu dgn kembar mkn abah punya ibu buat suku ekor ayam.licin tau sampai terus tak larat nak bangun lepas habis mkn.siap2 mkn terus abah masuk tido takde tengok berita lagi dah katanya penat welding siang tadi jad nak rehat jap tapi aku tengok bukan kejap rehatnya sampai ke pagi terus.Itu baru cubaan pertama membuat chicken chop agaknya klu aku dah pro lagi dasyat ni.wah bangga jap berbunga-bunga rasanya



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net