SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Jul-2009 02:02 Email | Share | Bookmark
RUMAH KU DIKUJUNGGI TETAMU

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
inilah keratan rentas kek ni
 
 
view dekat sikit.aku suka tengok warnanya
kakak dah mula nak ikat rambut lak
 
habis abah kena bedakkan oleh kembar
kek span baru masak
keluar aje dr oven terus telangkupkan begini selama 10 min
dah keluar dr tin suam2 lagi ni
baru siap letak fresh cream masuk peti dulu
 
Salam semua kawan2 dan tetamu fp ku yg tak seberapa ni.

Rasanya hari ni mungkin ada kawan2 yg bercuti lagi sebab hari ni israk mikraj tapiiii aku kejelah(biasalah klu dah tokey chinese dah tu memang otak bisnes aje maka kuranglah cuti ni sebab duk ingat wang wang RM RM ...)Okey kita berbalik pasal tajuk kat atas tu.semalam rumah ku di kujunggi tetamu jauh(tak jauh mana Terengganu aje)sebenarnya aku dah lama tak jumpa kawan ku ni paling last jumpa masa tu dia tengah peknen anak sulung sekarang anak dia dah dua org yg sulung dah umur 4 tahun(lama betul aku tak jumpa ni).

Maziah ni kira best friend masa aku belajar dulu,dr sem 1 tahun 1998 aku kenal dia ,waktu tu setiap drp kami punya gelaran masing2 semasa di kamsis(gelaran ni hanya blh digunakan di kamsis aje klu kat kampus gelaran ni diharamkan,dasyatnya)bukan gelaran apa2 pun cuma panggilan biasa dlm keluarga.Dulu maziah ni kami panggil dia 'ayah @ ayoh' sebab dlm group kami ni dia paling brutal dan pakaian dia memang mcm lelaki disebabkan kos yg di ambil iaitu jentera awam klu buka almari dia cuma jumpa jeans dan t-shirt aje baju kurung jgn diharap lagipun dia ni pemecah tradisi utk kos tu sebab blh di kira wanita pertama yg mengambil kos jentera bagi politeknik sebelum ni kos ni hanya di buka utk lelaki sahaja dan yg bestnya hanya dia seorg sahaja wanita dlm class nya itu klu tak silap aku seramai 60 org,bayangkanlah bagaimana dia mengharunggi nya setiap hari kena kutuk dgn geng2 lelaki ni setiap hari ada aje yg nak buli dia tapi ada gak yg backup dia.Dan dia akhir nya berjaya menamatkan kursus tersebut walaupun ada gak sangkut tapi dia tetap berjaya.
Lepas habis belajar dia kerja kat kilang apa entah kat shah alam tup..tup tahun lepas dia call aku nak tanya resipi bihun sup(resipinya ada di n3 lepas)aku pun bagilah mana yg boleh terkejut gak aku bila dia cakap dah berhenti keje dan buka kedai tudung di Kuala Berang dan sekarang baru buka restoran elok lak restoran dan kedai tudungnya duk bersebelahan dah rezeki dia kan.Semalam dia dtg KL pun sebab nak cari stok tudung utk kedai dia.Baguslah baru buka bisnes setahun dah blh buka restoran lak jd tak sia2 dia korbankan kerjayanya itu.

Ini aje gambar yg sempat aku ambik lagipun segan dgn ejan(maziah punya hubby)walaupun aku memang dah kenal semenjak dia org bercinta lagi dan kiranya aku ni gaklah tempat dia org mengadu masalah percintaan mereka dulu.

Anak aku lak mcm dah biasa lak dgn maziah ni langsung tak takut cuma mau duk diam sikit lah.Biasanya klu ada tamu dtg umah aku mulalah dia duk melalak.Maknanya anak aku ni dah beso ni.

Mcm biasalah n3 aku ni tak sah klu tak bab masak2 bab makan.Jadi sempena kedatangan kawan ku itu jadi ku masaklah nasi briani udang dan buatlah sikit kueh yg boleh kawan ku bawak balik nanti.


ini gambar sebelum kedatangan kawan ku lagi jadi eloklah rupanya sikit lagipun waktu ni kembar tido.

jom layan resipi nasi briani udang yg ku intai dr blog CT Delima ni.

Quote:


Nasi Beriani Udang
Resepi dari Mat Gebu

Bahan-bahan:
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan *(Ibu letak lebih habiskan semua stok udang dlm peti)
1/2 camca teh serbuk kunyit *
Sedikit garam*
3 tangkai daun ketumbar(lupa nak beli jadi tak letak lah)
750 ml air
250 ml susu cair
1/2 cawan lobak merah - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
1 camca besar minyak masak
3 camca besar minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul(ini pun takde gak )
Garam secukup rasa dan secubit gula

Bahan tumis:
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihirs
2 cm halia - dititik
1 kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 camca besar rempah beriani(mengikut chef yg duk umah ni dia cakap lain kali kena kurangkan rempah ni sebab tak padan dgn nasi jd ibu sarankan supaya letak 1/2 sudu besar sahaja sebab abah cakap 1 kotak kecik rempah briani cap GEMINI sukatan berasnya 10 kg jadi kawan2 pandai2 lah agak ya klu nak ikut resipi ni,lagi satu klu guna rempah GEMINI jgn letak kunyit lagi sebab kat dlm rempah ni dah ada kunyit)
(bahan bertanda* - digaul rata)

Bahan lain:
1/3 cawan kismis - goreng sedikit(tak letak stok yg beli utk buat nasi dah kena belasah dek kembar)
Hirisan daun sup/daun bawang Bawang goreng


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan.

2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata.

3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok....


Nasi briani tu aku mkn lah dgn lauk Ayam MAdu resipinya dr shima nun jauh disana


AYAM MADU

resipi kemudian


Quote:

DALCA

Bahan2
1 sudu kecil rempah kari babas
3 urat kacang pjg potong pendek
1 biji kentang potong kecik
sedikit isi ayam
2 biji bawang merah-mesin
1 ulas bawang putih-mesin
1 cm halia-mesin
2 sudu kacang dal-rembus kejap tak rebus pun tak pe
daun kari
air secukupnya
minyak utk tumis
garam dan perasa

Panaskan kuali masukkan minyak tumis bahan mesin bersama rempah kari kemudian masukkan isi ayam dan sayur.masukkan air dan kacang dal masak sehingga kacang dal lembut masukkan garam dan perasa sedia di hidang.



ACAR MENTAH

Sebagai dessert lepas mkn aku sediakan kek dan tart


Quote:

STRAWBERRY CAKE
Buat kek spn dulu..
250 gm sponge mix+
5 eggs+
1 sdb ovalet..
pukul high speed sampai pekat..
tambah 60 ml air..pukul lg..tambh
60 ml minyak jagung..pukul sekejp..pas tu
bakar 40 min.. dlm loyang yg dilapik ketas minyak dan digris..dah masak tu cpt2 terbalikkan atas redai 10 min..pas tu br kuarkan..
bila dah sejuk..belah 3..lapiskan ngan fresh krim dan blueberry filling..
Ibu belah 2 aje tak berani nak belah 3 takut patah lak kek tu terus tak jadi kang

resipi ni aku mintak dr cikgu umieaishah
terima kasih kak umieaishah sedap sangat kek ni walaupun dah tukar kepada strawbery nak wat bluebery stok takde tu yg tukar ke strawberry tu.
First time mkn kek guna fresh cream ni dulu klu beli kek kat kedai takde lah fresh cream ni mungkin cerewet sikit kot nak guna fresh cream ni.lepas aku rasa fresh cream ni terus jatuh cintaaa sebab sedap sangat rasanya tapi kena duk tempat sejuk klu tak nampak mcm melt aje atau aku ni memang tak pandai agaknya yelah first time lah katakan.Klu ada kawan2 punya petua mcm mana nak handle fresh cream ni citerlah sikit kat kita ni.




FRUIT TARTLET
copy rinnchan.fotopages

Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.


KEK COKLAT sebab aku tahu kawan aku ni gemar mkn kek coklat

Tapi aku terkilan sikit sebab kawan ku ni tak sempat mkn kat umah aku sebab dtg pun dah lewat.Mulanya dia cakap dtg mkn tengah hari jadi aku masaklah awal2 tunggu punya tunggu dia sampai kul 6.30 ptg jadi sekejap aje duduknya.Bila bunyi azan mahgrib dia cakap dah nak balik jadi nasi dan kueh tu aku bungkuskan aje.Lagipun dia tak bawak anak2 so aku bagi lebih sikit utk kek tu.


KEK COKLAT DGN FRESH CREAM


FRUIT TART

Strawbery Cake tu ku bagi suku tinggal byk2 kat umah sape nak mkn.itu pu aku dah bagi suku kat jiran.balance tu bawak gi opis lah apa lagi dak.
Nasi pun aku bungkus.

P/S:Maziah lain kali mu mai sini mesti makan kat umah aku klu dok aku pun tak boh gi lagi kedai mu(wah..mcm ugutan ni)itu pun klu lah dia baca.

Kawan2 tenet mana resipi yg belum ada tu aku masuk kemudian ya.

Oh ya...mungkin ada org nak tau apa gelaran aku kat kamsis dulu,aku dipanggil 'mak @mok' sebab aku suka membebel klu dia org tido siang sebab aku tak suka tido siang,aku suka bawak mcm 2 bila setiap kali balik kg,aku suka beli stok2 mknan dan mana2 yg kelaparan selalu dtg bilik aku,aku suka bercakap mcm peti record sebab apa aje cerita yg aku dengar aku akan cerita balik sebijik sejibik takde tokoh tambah.dan yg lagi satu ni aku kongfius sikit dia org cakap aku ni penyabar betul ke ha..???? tapi aku ni tak sesabar mama aku .Bagi ku mama ku lah org yg paling penyabar dlm dunia ni sebab....rahsia..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net