SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Jul-2009 03:19 Email | Share | Bookmark
AYAM MASAK SERAI DAN APAM PISANG

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam hari jumaat semua

Ini citer biasa aje takde luar biasa cuma nak buat nota klu nak masak lagi akan dtg lauk ni boleh masuk dlm senarai yg mudah dan senang serta ringkas dan yg sedaplahhhh.....aku masak balik keje semalam sebab dah lapor sangat maklumlah waktu lunch aku tak keluar semalam tak larat nak jalan gi beli nasi so aku mkn aje kueh yg aku bekal tapi bila dah perut tak mau terima kueh nak nasik gak mulalah petang semalam rasa mcm nak kebulur selalu aku ada aje spare kat dlm laci ni roti ke biskut ke tapi semalam dah kehabisan stok(nampak sangat yg aku ni kaki mkn kan)dah tak yah cite pasal semalam lagi kita tengok apa aku masak.Aku teringin nak mkn ayam serai jadi aku masuk dapur madiha jumpa resipi ni,masuk dapur mamasya jumpa resipi masuk dapur chef hanieliza pun jumpa resipi ni gak maka aku ambik keputusan cuba resipi dr maklang ni.memang mabaless.

Quote:


AYAM MASAK SERAI
Sumber:FP maklang Lina

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor (ibu tukar pd asam jawa sebab stok asam gelugor tak de tak perasan lak dah abis)
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

Ibu masak semangkuk aje byk2 sapa nak mkn jadi ibu ikut sukatan setengah aje

Abah mula2 tengok ayam ni dia dah merungut katanya lauk ayam yg paling dia tak suka adalah ayam masak merah.belum rasa lagi dah byk cakap abah ni.tapi dia cakap tak pelah dia makan sikit sebab ada ikan pekasam.aku diam aje.lepas tu habis sepingan dia tambah lagi sepingan siap menambah lagi ayam tu.haa..baru dia tau ini ayam tak sama dgn ayam masak merah aku pun apa lagi kata tak makan tapi menambah gak.dia cakap sedaplak.tu lah lain kali jgn menilai tanpa mengenali makanan tu.



Apam pisang kukus ni aku buat lepas solat maghrib semalam sebab duk pikir pisang dlm peti tu dah bertambah2 lebam dia entah bila nak jadi.Lepas mkn nasi semalam abah dah cakap dgn ibu mlm ni tak payah buat kuehlah lipat kain yg bertimbun tu.Aku cakap nanti ibu lipatlah kain tu.Lepas aje abah cakap aku dah masuk dapur.aku tengok abah gi solat jadi aku keluarkan alatan perang(lagi di pesan jgn buat lagi laju aku mula projek memang kuat dehaka lah aku ni ampun bang)Aku buat kueh ni slow and steadylah sebab tak mau abah bising jadi lepas ayak tepung aku keluar dapur gi jeguk kembar kot2 dia mengacau abah dia solat ,pastu aku lecek pisang sukat bahan2 lain aku keluar lagi tengok apa budak 2 org tu buat.Akhir jadi gak apam pisang aku dan abah pun tak bising apa2 sebab lepas aje apam naik dapur aku terus lipat kain hee..hee..nak bodeklah tu.

Quote:

APAM PISANG KUKUS (Diana)
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh) (opssss.. lupa nak mention.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar... itupun dah ckup manis dah..)
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

buat satu adunan nanti boleh pulangkan mangkuk jiran sebelah ari tu dia ada bagi bihun sup gak(ni gara2 tak puas mkn ke jadi wat sendiri lak tapi dia cakap memang nak buat pun suka ati hati lah apapun)



Tengoklah gelagat adik ni,ibu sibuk nak lipat kain dia sibuk nak menerai baju ibu habis beselerak kain kat lantai tu.kakak tunggu aje adik buka baju tu sebab dia pun nak menerai gak.adusss anak2 ku ni mcm mana ibu nak lipat kain ni itu pasalnya ibu suka lipat kain waktu korang tido aman sikit tak susah nak kemas baju yg bersepah.


Gara2 kebulur semalam pagi aku bawak bekal nasi yg belen semalam klu tak keluar tengahari ni pun aku dah kenyang dgn nasi ni.kueh apam pun bawak gak



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net