SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Jul-2009 00:45 Email | Share | Bookmark
CEK MEK MOLEK,JEMPUT PISANG,PAUN UBI DAN BROWNIES ALMOND

cek mek molek
jemput pisang
paun ubi kayu
 
 
 
boleh buat stok dlm peti nak mkn tinggal goreng aje
 
brownies almond
 
 
 
Salam semua

Ini antara menu yg aku buat 2 ari lepas dan pagi ni dan termasuk semalam.Aku tak mahu cakap byk kepala sakit ni cuma masuk sekali harung aje resipi ni,buat rujukan masa depan.

Sarapan hari Isnin
Quote:

CEK MEK MOLEK
Bahan2
5 biji ubi keledek rebus dan lenyek
2 cawan gandum bergantung kpd ubi
gula pasir-inti

campur gandum ke dalam ubi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.selepas itu buat bulat2 kecil saiz yg di kehendaki kemudian leper kan dan letakkan sedikit gula sebagai inti.tutup doh dan buat bulatan bujur kemudian bolehlah di goreng

*resipi ni semua org tau jadi pandai2 adjusss klu rasa resipi kat atas tu tak sesuai.



Sarapan hari Selasa
Quote:

JEMPUT-JEMPUT PISANG
Bahan2
10 biji pisang emas
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air-jika guna blender atau boleh tukar kpd santan
1/2 sudu kecil baking powder
gandum secukupnya
minyak utk menggoreng

pisang,gula,bp dan air di blender sekali kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau sehingga sesuai utk di goreng.

*tak banyak mana dptnya sepinggan kat atas tu aje.


Ini ari ni punyalah
Quote:


PAUN UBI KAYU
sumber:mama
Bahan2
2 biji ubi kayu-dimesin halus(masuk blender aje)-ubi yg siap dimesin ni perlu ditapis dlm 10 min dan buang air nya.
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu kecil garam


campurkan kesemua bahan di atas.jika ingin paun ini lagi lembut boleh tambahkan lagi kelapanya.buatkan bebola kecil saiz duit 0.20 sen leperkan dan letak inti di tengah kemudian tutup doh dan buat bulat seperti gambar di bawah.



Inti
Bahan2
6 ekor ikan sardin/selayang sederhana kecil direbus@kukus-di tumbuk @mesin
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah-mesin
2 ulas bawang putih-mesin
gula dan garam
campurkan kesemua bahan di dlm kuali dan perasakan garam dan gulanya.masak sampai kering mcm sambal karipap.sejukkan dulu sebelum di gunakan.

*Paun ni boleh di simpan 5 @ 6 ari di dalam peti.boleh buat siap2 bulat atau tak di bulatkan lagipun boleh.ibu selalu buat siap bulat2 letak dlm bekas bertutup dan masuk peti(bukan tempat beku kat bawah aje tau) bila2 nak mkn cuma goreng aje


Quote:
Ari tu, ade gak cube buat paung ubi tu (sbb teliur nengok dlm fp kak madiha), tapi dh penat2 buat (ye la.. dgn inti bagai) bile mkn pahit yg amat la pulak ubi dier.
Adus.... rase nak meletup pun ade. - rizuana


Quote:
utk ana bab ubi terasa pahit ni memang selalu terjadi klu waktu buat kueh ni airnya tak dibuang.Jadi utk mengelakkan ubi ni terasa pahit kita perlu tapis dahulu,(tak perlu perah mcm kelapa cuma tos kan aje)buang kesemua air yg telah ditapis serta kanji yg tehasil dr air tapisan tu pun kita buang barulah ubi ni tak pahit.
ada lagi satu keadaan ubi ni memang jenis yg pahit sebab mungkin ia ditanam berdekatan dgn pokok2 besar yg jenis akarnya pahit jadi rasa pahit akar pokok dah meresap kedalam ubi kayu tersebut.(tapi klu dah beli ubi kat pasar mana kita tau sejarah ubi ini di tanam kan lain lah klu kita tanam sendiri)


Jadi ana janganlah serik nak buat kali ke 2 mana tau jadi pulak kali ni.kawan2 kat opis ni siap tanya lagi jual mcm mana kueh ni.Hai buat lawak betul lak dia org ni org jual kek tak de lah pulak nak jual kueh2 tradisional ni,temam memang tak pandai jual kueh2 mcm ni.

Brownies ni aku buat semalam saje nak cuba mcm simple aje resipinya nak cubalah sedap ke tak tapi oven lak buat hal mcm nak mintak baru aje....
Quote:

sumber:fp jasmeen kak meen kita c&p aje ya.dah ubah penampilan sikit bagi senang nak bagi budak2 mkn letak dlm paper cup kecil.buat setengah adunan dptlah 28 biji kecil tu.

Almond Brownies
Bahan2
1 cwn mentega
1 cwn serbuk koko
4 biji telur
1½ cwn gula
1½ cwn tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
½ cwn badam cincang

Cara2 :-
> Cairkan mentega & masukkan serbuk koko (kacau rata - gunakan whisk)
> Pukul telur & gula hingga hancur (guna whisk saje)
> Masukkan campuran mentega & koko - gaul rata.
> Masukkan esen vanila
> Tambah tepung yg telah diayak dgn baking powder sedikit demi sedikit
> Masukkan badam cincang (boleh juga tambah dgn parutan kulit oren)
> Masukkan kedlm loyang yg telah dialas dgn gris paper (biarkan gris paper terjuntai supaya mudah utk mengeluarkannya)
> Bakar dlm oven selama ½ jam guna api atas bawah.
> Bila sejuk, curahkan dgn chocolate ganache & hias ikut suka..



Bila ibu tak sihat kembar pun mkn fast food aje.ibu ni dah rasa malas benor nak masak bila balik keje tapi kena masak gak sebab sekarang abah dah malas nak makan kat kedai dia cakap kedai masak tak sedap ibu masak lagi sedap(abah ni biar betul klu dulu aku masak mcm dia komen maklumlah dia tukang masak)nak tak nak kenalah masak walaupun lauk sardin aje.

Tengok meriahnya bekal aku ari ni entah habis ke idak ni




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net