Want your
own Fotopage?








 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Jul-2009 00:42 Email | Share | Bookmark
BIHUN SUP UTARA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua

Ini menu aku buat jumaat yg lepas terasa nak makan bihun sup utara yg best sikit(mcm pandai sangat buatnya)selalu gi mkn kat kedai ada aje yg tak kena dgn lidah ni tak sedaplah,sambal rasa pahitlah byk ajinomoto lah mcm2lah(wah..wah ..pandai sangat komplain aku ni).Resipi ni abah yg ajar klu dulu bila aku rasa nak mkn bihun sup atau nasi briani abahlah yg jadi mangsa kena jadi tukang masak tapi satu aje yg aku kurenggg gemar klu abah duk dapur tau tak apa???dapur aku boleh jadi mcm tongkang pecah lantai penuh dgn minyak goreng ayam dlm sinki tak usah ckp penuh sampai keluar jadi utk mengelakkan aku byk buat keje jadi biarlah aku masak sendiri aku cungkil lah resipinya dr abah.(bukan senang nak minta resipi dr abah walaupun aku ni bini dia kedekut ilmu betul abah ni)

Sebenarnya menu bihun sup utara ni memang dah lama aku mewarisinya dr abah sebab dulu aku pun niaga gerai gak.Mula2 aku niaga kat batu 3 jln gombak depan restoran haji tapah utk waktu ptg sampai mlm(sekarang dah berkuburpun tempat tu)lepas tu buka lagi satu tempat kat jln ipoh belakang PWTC inilak aku niaga pagi sampai tgh(kejap aje sebab ada org dengki,ada ke patut aku niaga tepi kaki lima tu dia mintak byr RM500 sbln).Disebabkan buka 2 gerai ni lah aku dpt ilmu ni sebab klu abah takde aku yg kena masak hee..hee..dpt juga.Tapi semua tu dah tamat citer dah,aku pun dah keje opis takde lagi bukak2 gerai ni

Tapi ada lagi bulan puasa tahun lepas kat pasar ramadhan Dungun aku niaga bihun sup ini lagi campur lak dgn moi sup dan sup tulang,tapi disebabkan org kat sana tak biasa mkn bihun yg colour kuning ni jadi bisnes kurengg sikit tapi habislah jugak aku niaga sebulan.Buka gerai ni pun bukan apa abah ni biasa niaga bulan posa klu duk KL dia niaga nasi briani kat jln duta waktu tgh dan ptg jual kat bandar baru sentul tahun ni mungkin tak buat kot sebab kos bahan2 mahalll benor.Panjang pulak citer aku kali ni ya.Ala nanti anak2 aku tahu lah mcm mana susahnya nak cari duit (itupun klu dia org ada baca fp ni)Ok lah kita terus ke sesi masak kuah sup ya mungkin ada kelainan sikit dgn resipi2 yg ada tapi itulah yg aku belajar dr abah.

Quote:

BIHUN SUP UTARA

UTK SUP
Bahan2
Minyak utk tumis(klu guna cara menumis)
rempah tumis seperti bunga lawang,kulit kayu manis,ketumbar,lada hitam,lada putih,bunga pekkat blh lah tengok gambar kat bawah ni

rempah ni blh di mesin atau tumis kasar mcm tu pun boleh (ibu tak mesin campak aje dlm minyak mcm tu)
2 labu bawang besar-mesin
6 ulas bawang putih-mesin
2 inci halia-di titik atau mesin
2 batang serai-di titik
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk)
1 kg daging
1/2 kg tulang(ibu tak jumpa tulang kat chekers jadi tak letak lah biasanya letak baru ada ummph)
1/2 kg perut(jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya(ibu letak dlm 3 liter utk permulaan kemudian tambah lagi sehingga danging empuk)
garam
perasa
ajishio(serbuk lada hitam)

Cara
Jika dibuat cara menumis-panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan rempah sup kacau lagi masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi bekerak kemudian masukkan daging dan perut.Tutp periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sediki.Masak sehingga daging empuk.Biasanya ambil masa lebih kurang 2jam 1/2 sehingga 3 jam baru kuahnya sedap.(disebabkan abah nak sedekahkan pada jiran2 ibu tambah lagi air sebanyak 3 jug nak bagi balance kuah dgn mee hoon,iyalah masak sup ni boleh dikatakan kuat baunya sampai 2 ke 3 buah rumah blh hidu baunya nanti adalah yg menanya jadi kita bagilah rasa sikit sorang)

*ibu masak guna rice cooker aje jadi tak yah nak control api periuk akan terus mereneh sup ni.
ibu suka guna cara menumis sebab baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap tapi klu sesapa nak jaga badan blh buat cara merebus sedap gak.

Jika dibuat cara merebus-masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk(cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan)


1 bungkus mee hoon direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon agak2 ajelah air tu sehingga boleh tenggelam.bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.

Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi tergumpal dan mudah utk di ambil diceraikan bila nak makan.

Bahan2 Tabur atau lauk

daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2(lupa nak cakap masa masak sup tadi daging tak perlu dipotong biarkan besar begitu)

1 peket kecil (harga dlm RM 0.80 aje)lobak hancur atau lobak masin

bawang goreng blh beli yg dah siap atau klu nak sedap goreng sendiri(ibu malasss beli yg dah siap senang ceduk aje)

daun sup dan daun bawang di mayang

sambal.Ini adalah bahan utama juga selain daging klu takde sambal ni tak kick lah.ada sesetengah kedai guna samabl kicap aje jadi rasanya dah lain sikit.ibu suka mkn dgn sambal ni sebab ada rasa manis masam masin cukup.ok ibu ajar sekali mcm mana nak buat sambalnya

Bahan sambal
1 cawan serbuk cili babas
1 sudu bawang putih dan merah mesin(ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
1 cawan air tengok kepekatan juga
100 gm gula melaka @ gula hitam
1 sudu besar asam jawa(dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
minyak utk tumis.

Cara2
panaskan minyak tumis bawang masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit masukkan air asam jawa gula dan kacau hingga sebati jgn ada yg berketul.biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg pelahan.masak sambal ni ambik masa dlm 15 minit aje(sukatan ini agak banyak jadi pandai2 lah ejas sendiri klu nak masak sikit buat peket kecil serbuk cili pun dah cukup)
sambal ni ibu suka juga cicah dgn keropok bila di cairkan sikit dgn cuka sedap oooo.


Ini lak menu2 masa weekend lepas

bila dah dtg ari malas tu ini lah lauk yg selalu jadi pilihan abah kari kambing,ayam goreng dan acar order kedai mamak aje.sup tu balance dr bihun sup utk kembar

Bawah ni lak menu ari ahad lepas konon nak buat briani tapi rempah tak ada so makan aje dgn nasi putih.abah pun dah malas nak gi kedai cari rempah.

udang goreng bertelur


ayam madu-beli rempah yg siap maggie punya sedap gak


Dalca



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net