SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 9-Jul-2009 01:38 Email | Share | Bookmark
***FRUIT TARTLET***

 
 
 
rambutan kesukaan adik ni
klu dah tiba malas maggie aje jadi hidangan
 
 
bekal ku ari selasa
 
 
 
 
Salam....

Buat tatapan mata kalian yg datang bertandang umah ku ini.Ini antara menu acu cuba try test(klu ayat org trg lah) dah lama ku duk tilik duk jelajah mana rumah,bagi ku kueh yg kena canai2 ni kureng serasi dgn diri ku sebabnya aku tak pandai nak canai cantik mcm org lain jg bermacam saiz ku buat nak bagi cepat abis satu adunan tart ni.Tapi yg tak tahannya makan lak best,alamak dah lah aku ni jenis malas dan susah bab nak mencanai tart ni lak sedap jadi lain kali klu nak buat kena cari satu masa yg betul2 rajin lah baru dpt buat.Klu kat kg aku main order aje dgn adik aku bab kueh tart ni,dia rajin sikit benda2 yg mentek ni(ayat trg klu sini rumit lah) tapi skrg dia dah ada baby jadi kenalah wat sendiri uhuu..hu..itu pasalnya ku cuba gak buat tartlet ni walaupun aku hanya guna fruit coktail aje.
Resipi ni aku c&p dr kak rinnchan lah cuma ada yg ku ubah mengikut keadaan semasa aku(stok kat rumah)jom layan mata

Quote:


FRUIT TARTLET
Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm.
2. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas
acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya.
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar (ibu tukar 2 sudu besar susu tepung+2 cawan air)
2 biji telur (sebiji aje dah abis stok)
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave


Ibu tak guna microwave tak pandai nak agak jadi guna dapur biasa aje tapi selalu kacau klu tak jadi berketul2.Kastad ni sedap sesangat-sangat sampaikan kembar duk angkut kastad ni aje bukan makan sekali dgn pastri nya.Pastri tu ibarat bekas aje tiap kali abis kastad dia org mintak tambah(nasib mintak tambah klu di buat dia org buang lepas tu ambik lain lagi membazir)


Menu aku 3 beranak ptg @mlm semalam.Tak tau nak masak apa.Idea ni dtg masa aku ambik kembar dr nursery.selalunya dlm kete aku akan tanya ari ni belajar apa,makan apa?itu soalan wajib lah nak bagi duk diam sikit dlm kete jadi kenalah jawab apa aku tanya.Biasanya kakak akan jawab mkn mee tapi semalam dia cakap makan bubur(dah berbulan aku asyik dgr jawapan mee aje hari ni dah lain ini kira ada perkembangan lah ni).Jadi bila balik umah ku terus kepada agenda bubur sup ini.Bubur ni memang kegemaran keluarga aku kat kg(slalunya mama yg masak lah)Jadi klu ada sesapa teringin nak cuba tengok resipi kat bawah ni

Quote:


Bahan2
1 pot kecil beras(dicuci)
3 biji bawang merah-mesin
2 ulas bawang putih-mesin
1/2 inci halia-mesin
1 sudu kecil udang kering@udang geragau
1/2 cawan isi ayam(ibu tak letak takde stok jd ganti dgn sosej ayam)
1 btg carrot sederhana didadu
1 kiub ayam maggie
air secukupnya
minyak utk tumis
boleh tambah sayur-sayuran seperti bunga kobis dan kentang tapi ibu letak cendawan butang aje
sedikit lada hitam-pecah2kan sikit

Cara2
Panaskan minyak tumis bahan mesin masukkan udang kering biar garing sekejap kemudian masukkan isi ayam kacau2 kemudian masukkan beras dan air biar mendidih sebentar kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain masak sampai beras kembang.Jika suka banya kuah tambahkan airnya dan boleh tambah sedikit garam. sedia dihidang dgn kangkung dan bilis goreng



Ini lak kisah terliur tengok kat fp madiha lagi(benornya ari tu aku posa jadi mcm2 dlm kepala ni nak mkn)Aku buat utk sarapan ari selasa lepas.bancuh mlm siap2 goreng pagi esoknya.biasanya aku buat tak pernah ada sukatan main letak aje cuma agak2lah klu nak peram lama letak yis tu sikit aje takut nanti terlajak naik lak.Tak pun bagi naik sekejap tumbuk buang angin pastu masukkan kat peti(bekas bertutup),cara ni lebih selamat bagi org tak biasa(klu nak buat mcm aku) tapi kena keluarkan 15 min awal sebelum nak di goreng bagi hilang sejuk.
Masa buka posa isnin tu aku cuma masak sambal tumis ikan bilis aje makan dgn nasi putih kembar nasi dgn telur goreng dan kicap.Sambal tu dah niat nak mkn dgn kayu khamak ni lah jadi aku bancuh utk sarapan.jom tengok gambar kat bawah ni.

Aku bancuh dlm kul 11 mlm dan goreng dlm kul 6.30 pg.Jadi rupa doh tu memang dah betul2 naik lah.
Buat pun tak banyak ngam2 aje utk aku 4 beranak ni.dlm 1 1/2 cawan tepung aje jadi klu sesapa nak cuba boleh refer resipi kat bawah ni.Aku c&p madiha aje.
Quote:

Bahan2
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)
5. Gorenglah spt dlm gambar tu hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan lebihan kuah gulai semalam


Selamat Menjamu Mata lagik





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net