SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Jul-2009 02:42 Email | Share | Bookmark
MANGO CHEESE CAKE & BROWNIES NOUGET

baru siap bancuh nak masuk oven
 
tak sempat ambik yg belum potong sebab ada org tak sabo nak mkn
carrot buah tangan utk jiran sambil tengok baby baru
muka depan baru masak
tapak brownies ku dah terbalikkan
belum sejuk betul lagi ku dah letak topping
 
 
Salam

Mari makan cheese cake lak.Ini resipi ku intip dr kak rinnchan mula tengok tu dah nampak sedap mcm penuh dgn mango aje jadi ku cubalah buat.Boleh tahan tapi tak rasa sangat lah dia punya mango tu.Aku buat setengah adunan aje biasalah cuma ibu ngan abah aje yg makan itu pun sempat lagi ku bagi kat makcik ku di PJ.


MANGO YOGHURT CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
250gm cream cheese
200ml yogurt berperisa mango
2 tsp jus lemon
3 tbs tepung gandum
2 biji telur
90gm gula castor

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sehingga kembang.
2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan terus putar hingga sebati.
3. Alas loyang 6" dan tuangkan adunan. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 45min.
4. Selepas 30min tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan kek hangus.
5. Biarkan sejuk seketika pada suhu bilik. Sejukkan di dalam petiais untuk beberapa jam.


Ini lak resipi ku skodeng dr sepupu ku madiha itteww lah.Dah lama nak buat sampai resipi aku tak jumpa mana letak dah tapi ialah bila dah nak cansel tetiba lak muncul resipi tu depan mata jadi buatlah gak.Sedap itu aje komen ku.Jadi klu nak tahu mcm mana sedap kenalah buat tapi ku buat tak mcm secantik madiha buat sebabnya ada penyakit 'M'



BROWNIES NOUGAT
Sumber : Za (dari Blog UmmiZaihadi)

Bahan:-
150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-
50 gm butter
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)
- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.

Cara Membuat:-
Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya.

semua resipi ku c&p aje jadi mintak halal ajelah ya klu tak bagi pun dah memang dicopy nak wat cammana lagi. Gambar cheese cake besar tak boleh buka jadi tengok ajelah yg kecik tu


Quote:
sori lmbt jwb komen ida tu..
ni teman bg resepi kek blueberi tu ye..
Buat kek spn dulu..250 gm sponge mix+5 eggs+1 sdb ovalet..pukul high speed sampai pekat..tambah 60 ml air..pukul lg..tambh 60 ml minyak jagung..pukul sekejp..pas tu bakar 40 min.. dlm loyang yg dilapik ketas minyak dan digris..dah masak tu cpt2 terbalikkan atas redai 10 min..pas tu br kuarkan..
bila dah sejuk..belah 3..lapiskan ngan fresh krim dan blueberry filling..
hepi caking... -umieaishah



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net