SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Jul-2009 02:53 Email | Share | Bookmark
MEE REBUS & ROTI BLUEBERY

 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum pada pelawat Fp ku ini.

Mcm biasa tak de cite lain melainkan pasal masak2 ajelah.Ini semua menu yg ku masak weekend lepas.Klu bab lauk nasi aku memang selalu masak yg simple2 aje malas nak beriya-iya sangatlah cuma kadang2 tukar angin gak tapi minggu ni kita makan biasa2 aje jadi layan aje lah menu kat bawah ni..

Lauk ni klu kat Trg memang pemes tapi kat KL ni mcm tak berapa sangat lah.biasanya yg ku jumpa hanya masak pindang aje klu KL ni.

Quote:

Ikan Singgang

Bahan2
1 ekor ikan kembong(klu suka mkn ikan dlm kuah blh letak lebih)
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
sehiris lengkuas
2 keping asam keping
beberapa biji lada hitam / cili api
klu suka boleh tambah sedikit ketumbar (tapi ibu tak letak le..)
1 mangkuk air
garam & perasa
boleh juga di campur bendi

masukkan kesemua bahan dlm periuk dan tunggu sampai mendidih dan masak.sedia di hidang


Ini bab sayur memang org lain pun tau masaknya jadi ku tak letaklah resipi senang sangat lah


Taugeh Goreng Tauhu dan Udang

Menu entah berapa kali nak buat tak jadi2 ada aje halangannya tapi sabtu lepas ku paksa juga diri membuatnya.Dah banyak kali ku buat mee rebus ni dah mcm2 resipi ku cuba tapi kali ni ku cuba dr mesra resipi klu tak silap lah jom layan ok gak rasanya lebih kurang aje mcm lain2 resipi.

Quote:

Mee Rebus
Bahan-bahan ( 5 orang kot )
10 Biji Bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
300gm Udang kering - dikisar
3 sudu makan cili boh
3 sudu makan kacang tanah yang disangai dan dikisar halus.
Telur ayam di rebus - potong 2
Mee kuning, taugeh & sayur sawi di celur
Tauhu di goreng dan hiris nipis
Cili merah di potong.
Daun Sup di hiris
300gm Keledek - direbus dan lenyek
5 biji kentang saiz kecil - direbud dan lenyek.
Kulit kayu manis & bunga lawang.
Sedikit garam & gula
Cara-cara
Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang bersama dengan bahan2 yang telah dikisar.
Masukkan cili boh dan kacau hingga sebati.
Masukkan keledek dan kentang yang telah direbus dan di lenyek.
Bila sudah mendidih..tambahkan dgn air.( Ikut suka- kalau nak cair kene letak banyak air kalau tak nak letak air sikit je)
Kemudian masukkan kacang tanah. Dan masukkan gula & garam secukup rasa.
Mee kuning, taugeh, tauhu, sayur sawi, cili merah, daun sup, telur dan bawang goreng di letak dlm mangkuk.
Kemudian kuahkan dengan kuah yang telah siap. kalau suka boleh letak isi ayam goreng yang telah di carik2..

Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering - kisar
1 biji bwg besar - bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam - diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis - kuih ini sepatutnya garing


Ini menu minum petang + pagi (sebab buat dah malam).Resipi ni ku tengok kat mamafami duk berkira2 nak buat mcm mamafami tapi bila dtg malas tu langsung ku campurkan kesemuanya senang cite(nak buat sangat tu ..malas2-itu ayat mak aku yg suatu waktu dulu pernah ku dengar bila buat apa2 tak ikut peraturan).mamafami kita c&p aje ni ya halal ya..he..he..cuma kita ada tambahan sikit le sebab kastad tu memang dah sedia ada dlm peti.

Quote:

Roti Blueberi Kastad

ROTI MARBLE BLUBERI
Diubahsuai dari resepi asal, Roti Marble Coklat Onigiri dari myresipi.com

Bahan-bahan :

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil emulco blueberi
beberapa titik pewarna blueberi

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kecuali emulco dan pewarna Blueberi, uli sampai tak melekat pada jari. Kalau ade BreadMaker tekan On je.
2. Perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan emulco dan pewarna Blueberi. Kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye dan warna sekata untuk doh Blueberi itu.
4. Satukan doh yang baki tadi dan canai memanjang. Letakkan doh blueberi di tengah-tengah.
5. Tutupkan keseluruhan adunan blueberi tadi.
6. Potong tiga bahagian dan anyam bentuk tocang.
7. Letakkan doh yang telah dibentuk ke dalam loyang sandwich.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. Siap dibakar , keluarkan dari tin dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
10. Enak kalau dihidangkan dengan jem

Utk kastad (sumber rinnchan)

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard atau tepung jagung
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave.

*adunan kastad ni byk jadi klu sesapa nak buat utk roti ni kena kurangkan sikit lah

*ibu mkn mcm tu aje dah manis rasanya tapi gambar potong takde lah roti pun dah abisss.
cuma ada satu masalah buat roti ni bila dah masak masa dah terbalikkan tiba2 dia merundung turun apakah puncanya tu???? tapi lembut gak rotinya



Ini Popia sejuk beku yg ku buat dah lama ku buat(masa tu belum ada fp lagi) tapi tak pernah tayang lagi so ini hari ku mahu tayang gak lah.jadi klu sesapa berminat boleh lah hubunggi ku utk tempahan klu nak beli sebungkus pun boleh tapi kena dtg umahlah.sampai kul 2 pg baru siap bungkus ni.

SELAMAT MENJAMU MATA








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net