SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Jul-2009 03:48 Email | Share | Bookmark
SPARGETTI SOS CENDAWAN

 
 
Apam kentang yg tak gebu makan jadi lah talam kentang
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam minggu yg baru
Aku malas nak cite byk sebab kepala rasa ting tong lagi ni ala2 pening lalat tengok apa menu kat bawah ni.


Quote:

SPARGETTI SOS CENDAWAN
kak long kita c&p aje ni
Bahan-bahannya
1 bungkus fetuccini (ibu guna spargetti itu aje stok kat dapur yg ada)
1 tin cendawan krim sup (cairkan dengan 1 cawan air)
1 tin susu cair
1 batang lobak merah
brokoli (tak letak.. takde )
bunga kobis
1 pek cendawan tiram- di carik2(ini pun tak letak mcm byk sangat lak cendawannya)
1 tin cendawan butang-potong nipis (ibu potong 4)
3 biji lada benggala [merah, kuning, hijau] (tak letak gak)
daun ketumbar- di mayangkan (tak letak sebab tak suka baunya)
1 biji bawang besar-dadukan
5 biji bawang putih
1 biji lemon ( ambil jus) (tak letak pun)
1 sudu makan oregano (no stok)
2 sudu besar sos tiram
2 kiub ayam (letak 1 aje kurangkan masin)
minyak zaitun
lada hitam, lada sulah (sakit tekak so tak letak lee)
Cara-Caranya:
1. Rebuskan Fetuccini/spargetti hingga kembang dan lembut. Masukkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat. Angkat dan toskan. (MaDiHa bubuh butter jer masa tengah panas2 tuh.. gaulkan )
2. Potong serong karot, potong sayuran lain dan rebus/kukus. (tak rebus/kukus.. tp masukkan terus dlm sos masa masak)
3. Panaskan kuali dengan minyak zaitun (guna myk biasa jer) dan goreng dahulu bawang putih dan bawang besar. Akar ketumbar basuh dengan bersih dan dititik masukkan sekali. (tak masukkan)
4. Masukkan oregano, sos tiram, kiub ayam.
5. Masukkan cendawan butang dan lada bengala.
6. Masukkan sup cendawan yg dah dicairkan dengan air diikuti susu cair .
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan lada hitam.
8. Masukkan fettucini/spargetti dan sayur-sayuran.
9. Sebelum dihidangkan masukkan percikan lemon. (tak letak pun)

komen memang sedap tapi klu letak semua bahan2nya mungkin lagi sedap.kembar makan sampai berulang-ulang.
Ini ibu masak sebab dapat mc petang jumaat tu klu tak tak jadi lagi dan dah tak tau nak masak apa utk kembar mkn ptg tu


Projek Ikan Ketutu
Kawan2 ada pernah dengar atau baca tak pasal ikan ni.katanya harga bukan main mahal lagi kat pasaran luar jadi pakcik ku pun baru nak mula projek.kat bawah ni kira kawasan hartanah ikan ketutu



Paip2 tu ikan ketutu punya banglo atau apartmentlah(dasyat ikan zaman sekarang duduk apartment)



Anak2 ikan tu bukan ikan ketutu tapi itu makanan ikan ketutu tau.kesian anak ikan jadi mangsa ikan ketutu.


Ini ragam anak2 aku hujung minggu lepas.main buai sampai tak mau stop ibu nak balik masak lak.mcm ku pujuk tak mau stop gak.


Sudahnya ibu ajak gi kedai.sampai kedai mcm dia nak tapi ibu letak balik jadi ibu belanja ais krim aje baru boleh balik.Makan ais krim duduk depan umah klu masuk rumah mau satu rumah melekit dgn ais krim



Ini laksa Johor tapi bukan aku yg buat ini menu utk kelas masakan sujah.Aku ni saja aje intai dia punya resipi so lain kali klu aku yg buat aku letak lah resipinya.Sedap gak utk pertama kali aku makan laksa Johor ni sebelum ni tak pernah makan lagi.



Atas permintaan pelawat ku yg bernama ana itu....inilah kupersembahkan
Inilah dia apam kentang aka talam kentang.walaupun nama dan rupa telah berubah rasanya memang sedap betul tak tipu klu tak caya cubalah resipi ni.memang tak menyesal.resipi ni mulanya ku lihat di fp adik ku mariah(masa tu tengok tak teliur tapi bila tengok sepupu ku lak yg enterprem mcm sedap lak sorry lah mariah gambar mu tak menarik perhatian ku he..he..)Ini buat gak sebab tengok madiha punyalah ni.Tapi sungguh menegcewakan bila dia jatuh merundung dung...masa kukus bukan main naik lagi.Tapi abah puji bukan main lagi punya sedap kueh tak jadi ni,dia boleh cakap "ibu sedaplah kueh ni,kueh apa ni abah dah balun 4 ketul".biar betul abah ni baru lepas makan nasi lemak selambak boleh lagi mkn kueh tu(mcm beso sangat kueh tu)tapi memang le sedap.ana ini kita dah letak resipi nanti buat le klu rasa malas nak buat tunggulah kita buat next n3 aje ya yg betul2 jadi.(ku tahu nape tak jadi tu he..he..org derhaka memang selalu tak mau jadi lah)

Quote:


APAM KENTANG aka TALAM KENTANG
Bahan-bahan
200 gm gula pasir (boleh di kurangkan sikit agak manis ni)
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras(ibu guna gandum semua sebab stok tepung beras tak ada)
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum
1 camca teh instant yeast
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 camca teh pandan paste (tak yah banyak nanti terlalu kuat bau nya)
1 sudu teh pewarna hijau (beberapa titik aje)
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa

Bahan-Bahan Tambahan
Kelapa parut putih
Secubit garam


Cara Membuatnya
1. Kentang dipotong kecil dan rebus hingga lembut dan dikisar bersama santan, ketepikan.
2. Satukan gula pasir, air dan daun pandan, masak hingga gula larut dan sukat 300 ml, biar suam.
3. Dalam satu bekas, satukan kentang yg dikisar bersama santan dan semua bahan lain lalu digaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati.
4. Rehatkan adunan 30 - 40 minit.
5. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuangkan adunan apam dan kukus selama 30 minit (jika guna loyang besar). 15 minit (jika guna loyang kecik2 mcm MaDiHa )
6. Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul garam jika suka


Inilah rupanya klu menjadi gebu(mariah aku curik mu punya gambor ya)



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net