Want your
own Fotopage?








 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Jul-2009 02:21 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT DAN MUFFIN COKLAT CHIP

 
 
 
boleh jadi hand mixed
letak kat pengyangkut dia pun boleh
sampai 5 speed
lain kali klu nak uli doh boleh guna mixed ni lak
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua
Aku ni tak abis lagi cite bab durian nak wat cam mana dah memang itu tengah glamer.Ini gelagat adik yg sibuk nak beli durian.Ibu ajak naik rumah tak mahu bila nampak abah dia boleh pusing balik ajak abah gi beli durian.Tengoklah tu dia pun sibuk sama nak tengok org belah durian.



Lama sangat tunggu adik dah sabor dia mula jeling yg kat bawah lak.pastu cakap ngan abah nak yg bawah.Mcm lah banyak sangat dia makan.Balik umah bila ibu buka durian tu dia cuma mkn seulas aje,nasib beli sebiji klu tak ibu bertambah kembanglah sebab kena perabih(aku suka benornya kih..kih)


Ini lak sesi menayang mesin baru(dah lama request dgn abah tapi baru dapat).sebelum ni aku pinjam makcik aku punya(sujah)terima kasih ya nanti kita pulangkan balik.Sebenornya aku nak beli yg hand mixer aje(itu klu ibu yg bayar tapi bila abah cakap dia nak belanja apa lagi ) tapi abah cakap dah alang2 nak beli biar cukup semua nanti nak beli lagi(ini kes abah takut ibu minta lagi ke ni?)



Semalam aku sempat tengok kat umah nuanza ada kek ni lagi dia cakap mkn kek ni ketagih jadi aku pun cubalah buat tapi ada adjust sikit.Nuanza kita c&p aje ya resipi ni.Aku biasalah buat setengah adunan aje.sedap dan wangi sebab apa bacalah resipinya he..he..dan kita tukar nama sekali ya

Quote:

resepi kek coklat moist

1 1/2 cawan gula putih/ perang (kite guna gula perang)
2 cawan tepung
1 1/4 cawan minyak jagung/ masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan serbuk koko (Ibu guna dark coklat itu yg buat wangi tu)
1/2 cawan milo
1 cawan susu cair
2-3 sudu susu pekat manis
1 cawan air panas
2 biji telur

cara:

pukul telur + gula hingga sebati
masukkan minyak- gaul lagi
masukkan bahan lain kecuali air panas
gaul sebati baru masukkan air panas
bakar dan hias dgn coklat masak dan koko rice

(kiter guna mixer utk adun semua bahan, so x de la jd ketul2 sgt, tp buka slow je, no 1 je..)

klu perasan topping kat atas tu lain sikit colour dia dr kek(gambar tak berapa clear lah)


Ini lak kes nak abiskan biskut chip more yg anak aku punya.nasib lah beli bungkus kecil klu beso entah bila nak abis.Resipi ni dapat dr dapur Ct tapi ada adjustment sikit sebab dia guna biskut oreo aku lak guna biskut chip more jadi nama pun kena tukar gak lah.

Quote:

Coklat Chip Muffin

Chocolate Chips Oreo Muffin
Resepi dari Noreen
Copy dr dapur CT

Bahan-bahan:
1 biji telur
120 ml susu segar
55 gm mentega - dicairkan
170 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
80 gm gula pasir
70 gm chocolate chips
70 gm oreo cookies - dipatah-patahkan(Ibu tukar chipsmore)

Cara-cara:
1. Susunkan muffin cup cases ke dalam muffin pan. Ketepikan.
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 200C atau 190C (bergantung pada oven masing2).
4. Dengan menggunakan whisker pukulkan telur, susu, gula dan mentega sehingga sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama2 dengan chocolate chips ke dalam adunan, gaulkan sebati.
6. Akhir sekali masukkan oreo cookies dan gaulkan rata.
7. Sudukan adunan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak (CT taburkan sedikit pecahan kecil biskut oreo diatasnya).
8. Keluarkan dari oven dan biarkan sedikit sejuk barulah dihidangkan


Inilah hasil yg Ibu dapat dr adunan kat atas tu
komen utk muffin rasa kurang sikit bagi ibu mungkin klu letak biskut oreo lagi sedap kot



Jom makan nasi lemak paru.Ini sarapan pagi ni bila hujan2 perut lapar lak jadi makan berat sikit(padahal memang selalu hentam nasi lemak)

bekal kueh dah tak menyelerakan tunggang langan jadinya bila letak dlm beg.Pagi ni hujan jadi kembar kena dukung nak lari masuk kete dah tak kisah kueh yg duk dlm beg tu.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net