SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Jun-2009 01:37 Email | Share | Bookmark
ORENGE MOIST CAKE

 
 
 
 


Semalam aku duk merayau-rayau lah kat umah ummi zaihadi-home sweet home sekali terjumpa lak resipi ni.Sebelum tu aku dah telek banyak resipi kek tapi resipi ni menjadi pojaan hatiku(dialog sudin) nak buat senang dan bahan pun dah ada cuma kena beli limau aje.balik keje dah memang rutin harian anak aku nak gi kedai dulu jadi aku beli aje oren kat kedai tu sebiji(nak beli byk dah tau limau kat kedai tu masam adik pun tak mau makan).
Jadi balik aje umah sembang jap dgn jiran pok pet pok pet(sempat lagi tu..)siap ada yg mintak resipi lagi.Mulalah masuk dapur nak buat satu adunan mesti tak abis walaupun adunan ni dah memang kecik jadi ku rasa biarlah buat setengah adunan aje.Itu pasal aku punya kek nampak kecik aje.Kek ni memang betul2 moist lah memang sedap cuma mungkin aku dah terlebih letak jus jadi lepas makan ada rasa masam sikit(masa makan tak pulak rasa masamnya)kek ni aku rasa memang sesuai klu letak buttercream sebab moist sesangat walaupun nampak padat.
Masa mula2 masak kek ni memang penuh bekas sekali bila sejuk aku tengok dah mengecut dlm hati dah cuak(mesti bantad ni).Aku cuba lah tekan kat atas mcm lembut aje tak pe nanti kita potong.Bila dah potong dan ngap barulah ku berpuas hati bila kek ini elok dan sedap.


Quote:


ORENGE MOIST CAKE
SUMBER-UMMIZAIHADI – HOME SWEET HOME
Bahan:- (loyang bulat 8 inci)
·1 cawan tepung kek/tepung naik sendiri
·4 biji telor - asingkan kuning dan putih
·1 cawan gula aising
·1 cawan mentega
·1 biji limau sunkist - diparut kulitnya dan diperah jusnya
·1 camca besar ovalette
Cara Membuat:-
1.Dalam mangkuk, putar putih telor sehingga bertanduk (diterbalikkan tak jatuh/soft peak).
2.Dalam mangkuk lain, masukkan putar gula aising dan mentega hingga ringan.
3.Masukkan jus limau dan kulit limau. Pukul sebati.
4.Masukkan ovalette dan putar lagi.
5.Masukkan kuning telor dan tepung berselang seli sambil diputar lagi hingga sebati.
6.Kemudian masukkan putih telor dan pukul dengan kelajuan perlahan.
7.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking paper.
8.Bakar pada suhu 145 C selama 1 jam/hingga nampak kek mula lekang di bahagian tepinya.
9.Bila telah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan 5 minit di dalam oven.
10.Kemudian keluarkan kek dan sejukkan di atas redai



Ceti dah balik india sekarang ustazah lak.Minggu ni adik dah mula balik perangai dulu tiap kali nak keluar umah pakai tudung jadi tudung tu memang kena sentiasa ada kat sofa bagi senang dia guna klu tak satu bilik dia punggah cari tudung.Kakak tak kisah mengikut aje.Gambar tak cantik ni sebab dia org tak mau duk diam.


Sarapan ku pagi ni(tak beragak sikit punya banyak tapi idak lah habis makannya)

Kawan2 cubalah kek kat atas tu sedap sangat


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net