SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Jun-2009 04:51 Email | Share | Bookmark
PENCARIAN PENYANYI BARU.....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
INILAH XTVT YG BERLANGSUNG KAT KAWASAN RUMAH KU WEEKEND LEPAS TAPI AKU HANYA BOLEH DENGAR DAN TENGOK DARI JAUH AJELAH


Punyalah ramai dtg nak uji bakat tapi entahlah ada yg terpilih ke tidak.

Program kat atas tu memang selalu ada kat sini yg biasa dtg celcom @ TM tapi yg seronoknya budak2lah sebab mcm xtvt utk mereka dan yg paling best lagi gerai tumbuh mcm cendawan(tapi kejap ajelah) mak dgn pak gak yg duk pokai sebab anak2 duk mai tadah tangan aje.




Ibu ajak kembar jln2 dulu pagi nanti duk lama2 kat umah banyak lak ragam.Gi main buai kul 8 pagi ni sebab org tak ramai lagi dan acara belum mula klu dah mula acara ibu kena lari risau bawak kembar kat tempat org ramai nanti hilang lak.Kakak kejap aje main buai nya,kaki gatal nak jln kelain dah tu jatuh habis berdarah mulut.Ibu ajak balik adik lak tak mau dah tu ibu yg penat sebab kena dukung kakak ke hulu ke hilir ikut adik.






adik terus melompat turun dr buai bila abah call ajak gi minum kedai mamak.mcm2 di order adik ribena lah ayam goreng lah




kakak jadi model aje makannya tidak.

Org yg dtg jenguk fp aku ni mesti ckp aku ni dah gile buat swissroll(apa tak nya sampai kan tiap2 minggu ada aje enterprem swiss roll).Kisahnya jiran aku kak teh dia bagi aku tepung kueh(katanya).anak dia kueh tak jadi maka di bagi kat aku supaya dapat menghasilakan kek tapi bila ku balik umah ku tengok "sponge mix".Apa lak aku nak buat dgn sponge mix ni aku bukan tau sangat buat2 kueh span ni.maka duk pikir dan duk tilik(tapi nujum pak belalang tak jumpa tilikkan) 4 hari 4 mlm aku rasa cuba buat swissroll ajelah.banyak rumah yg aku pergi banyak dapur yg kujelajah api tak pulak jumpa resipi swissroll guna sponge mix jadi resipi yg kubuat adalah cuba jaya ajelah.Klu ada kawan2 yg pandai boleh kongsi sikit resipinya.Gambar kat bawah ni siap ambik kat umah kak teh lagi sebab aku takdelah tinggal kat umah kueh ni.
Quote:

SWISSROLL

Bahan-bahan :
250 gm tepung sponge mix
5 biji telur A
60 gm air
80 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanila dan pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan minyak atau mentega cair dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk.Boleh juga digaul dengan tangan.
5. Lapik tray dgn kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15 minit hingga masak.
7.Bila dah sejuk bolehlah dsapu jem atau cream(ibu guna cream cheese aje)




Quote:

PENGAT DURIAN

BAHAN
santan
gula melaka
durian
daun pandan

masukkan kesemua sekali.masak hingga mendidih tapi klu tak mahu durian hancur masukkan durian setelah gula melaka larut.


pulut tak ada roti pun jadilah.sago tu saja gata tangan nak letak.


Kak long saya c&p aje ni malasssss...
Quote:

PUDING ROTI(AGAR)
Bahan
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2) –(Madiha guna yg 20gm brand lain)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu. (6 gelas)
Gula ikut manis (Madiha bubuh 10 sudu besar.. ni terpulang pd anda suka manis lagi boleh tambah)
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa (cap kunci tu pun takper) kerak roti buang (Madiha guna gardenia 8 keping tak buang pun keraknya)
Telur – 1 biji
Esen vanilla (1 penutup)

Cara

1.Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
2.Agar2 rendam dulu, masak sampai hancur dan tapis. Masuk semula dlm periuk.
3.Masukkan gula dan rasakan manisnya ikut lidah.
4.Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
5.Bahagikan 3 warna (hijau, merah, coklat)
6.Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..corakkan mengikut kreativiti anda)
7.Sejukan dahulu kemudian boleh masukkan dlm peti sejuk.
8.Bila dah keras bolehlah dipotong

*Ibu buat setengah adunan aje itupun banyak gak.ikut sukatan atas rasanya kurang manislah tapi bagi yg tak suka manis ok lah


gambar dah potong takdelah sebab baru pagi tadi potong konon nak bawak bekal sekali bekal tertinggal atas peti ais jadi tak sempat nak ambik gambo makanya tengok ajelah corak kat atas tu.











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net