SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 26-Jun-2009 05:26 Email | Share | Bookmark
KEK SPAN PELANGI & CARROT CAKE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BERITA TERGEMPAR

RAJA POP DUNIA MICHELE JAKSON ATAU NAMA ISLAMNYA MIKHAIL TELAH MENINGGAL DUNIA SEMALAM

(sampaikan hari ni aku semcm tak mendengar lagu2 kat malaysia lagi atau terasa mcm stesyen radio tu dah kehabisan stok lagu yg ada hanya lagi MJ aje.siaran mandarin pun sama(opis aku ni pasang siaran mandarin walaupun ku tak pernah paham apa dia cakap)-psst ni kena saman ke klu keluar kenyataan ni)

Quote:

Kek Span Vanila (guna sponge mix)
sumber:chef noraini
Bahan-bahan :
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur A
60 gm air
80 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila(ibu guna blubery paste+dlm air)
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanila dan pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan minyak atau mentega cair dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk.Boleh juga digaul dengan tangan.
5. Griskan tin pembakar 9 inci dan alas dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 50 minit hingga masak.
Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan,strawberi, oren kedalam adunan basic ini.Jangan guna esen vanila. Campurkan perisa pilihan anda dengan air dalam resipi ini


buat 1/2 adunan aje pas tu ikut cara nakar 50min dah tergaring lak.
utk mengelakkan kek turun balik selepas masak terus telangkupkan dan biarkan ianya sejut di dalam acuan setelah sejuk barulah keluarkan dr acuan.(mana ku dapat tips ni ya dah lupa nyanyok betul lah makcik ni)


Quote:

Carrot Cake copy dr BOXHOUSE STUDIO maaf ya tak mintak izin tapi kek ni memang sedap
Sumber : leen omar (Rnet)

Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (preferably bluekey)
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder (tak letak sebab kuat sangat baunya)
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung (ibu guna minyak masak je..)
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang (tak letak no stock)

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar (maklang lebihkan skit gula...)
1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.



kek ni beratnya dalam 1 kg ++ gak lah.ku saje aje nak rasa mcm mana cream cheese tu sebab aku ni bukanlah penggemar cheese cake(mcm lah cheese cake dgn cream cheese tu sama)jadi itu pasal ropanya begitu lagipun aku cuma sapu kat atas aje takut nanti abah byk komplain.yg dlm piring tu nak di bagi kat jiran.tinggal kat umah suku aje
kek carrot ni tak mcm yg buat dulu,ini lagi sedap.Yg dulu punya mcm oily sikit dan manis ini ok lah ikut aku punya tekak tapi abah cakap manis tapiii(byknya tapi) duk angkut gak


Tengok apa dah jadi dgn barbie doll kembar

Ini selepas 24 jam beli(ganas betul itu yg buat ibu malas nak beli)


Ini selepas 2 hari.Tapi pagi tadi waktu aku nak kemaskan beg nampak dah elok balik mcm waktu baru beli.Mungkin org kat nursery dah betulkan.


sedap betul adik makan durian.alkisah abah beli kali ke dua ni sebab waktu aku balik kerja semalam aku pergi lak park kete betul2 depan org jual durian.Adik apa lagi terus jerit"bu yang,' ibu buat bodo aje.lepas tu adik cakap lagi"ibu ajam bu nak ajam,"ibu buat2 tak dengar sebabnya klu ibu beli mcm mana nak bawak durian tu dah lah tajam nanti dia org nak suruh ibu dukung lagi mana nak tunggu lif lagi mana dia sibuk nak gi kedai lagi(tiap2 hari wajib gi kedai dulu sebelum naik ke rumah entah apa yg di belinya).Kali ni durian yg abah beli tak lah semahal itu hari sebab aku dah pesan siap2 klu nak beli yg mahal mcm itu hari tak payah lah.so kali ni duriannya 3 biji RM10 aje tapi ada yg kena return balik(biasalah tak masak)nasiblah beli durian pun kat bawah aje jadi boleh lah nak ulang alik 10 kali pon.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net