SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Jun-2009 07:36 Email | Share | Bookmark
N3 TERTANGGUH

 
 
 
 
 
Ini edisi minggu lepas punya.menu lunch ari sabtu ittew..



Rasanya semua org tau masak lauk kat atas ni tapi disebabkan tujuan asal mewujudkan fp ni adalah utk berkongsi masakkan dan kisah kehidupan makanya aku tulislah juga resipinya.


Quote:

SAYUR LEMAK
utk sekali makan aje ni
Bahan2
5 urat kacang pjg potong dlm 1 1/2inci
sedikit kobis potong kecil
1/2 labu bawang besar belah 3
1 biji cili besar potong pjg buang biji
udang utk maniskan kuah
garam
perasa
1 bungkus kecil santan
1 cawan air

masuk kesemua bahan sekali gus kacau2 sikit jgn sampai santan naik kepala(berketul)bila mendidih tutup api.sedia dihidang.sayur ni sedap makan dgn sambal belacan atau sambal kicap
.

Quote:

IKAN KEMBONG GORENG TAUCHU

Bahan
2 ekor ikan kembong di goreng (garam kunyit)
1 labu bawang besar di belah-belah
4 biji cili hijau di mayang
1 packet tauchu(RM0.80)cap bilal yg lain bagi saya kureng sikit
1/2 inci halia mayang halus
2 ulas bawang putih-mayang halus
minyak utk tumis
sedikit gula
perasa

panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sekejap masukkan bawang besar cili hijau dan tauchu kacau sedikit kemudian masukkan gula dan perasa.goreng sampai keluar minyak kemudian tuang ke atas ikan atau ikan di masukkan kedalam kuali sekejap.sedia di makan klu yg suka pedas boleh tambah cili api
.

Ini aku buat hari sabtu lepas gak.ini kali kedua buat masa buat yg pertama tak berapa nak jadi sebab tak sabar nak bakar so kali ni buat aku tunggu betul2 naik rasanya masa yg diambil utk buat roti ni hampir 3 jam secara biasa bukan mcm madiha buat ya.ini resipi aku copy aje dr madiha.
Quote:

POTATO BREAD

Bahan-bahan Doh
( dpt dlm 12 bun kecil ) saiz mcm K4 jual lah

250 gram tepung roti/tepung high protein
1 sudu bread improver(ibu tambah)
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard
(resepi kastard ni MaDiHa tulis setengah dari resepi asal.. sebabnya ada berlebih banyak sgt.. kalau rasa susah nak buat sikit sangat.. gandakan jelah dua resepi ni.. yg lebih tu boleh buat roti lain lak.. )
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula
*sos kastard kat atas cukup2 utk adunan roti
Cara Menyediakan

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer ) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHa.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda . (MaDiHa dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan


Selamat mencuba



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net