SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Jun-2009 02:42 Email | Share | Bookmark
MENU-MENU WAKTU GATHERING

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam ini sambungan n3 gathering

JOM KITA TENGOK APA RESIPINYA



Quote:

MARBLE CHEESE BROWNIES.

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...

*INI MADIHA YG MASAK


Quote:

KEK COKLAT

Bahan2
2 cawan tepung-ayak
1 sudu kecil bp-ayak
1 sudu kecil sb-ayak
1 cawan serbuk koko-ayak
2 cawan gula halus
gaul kesemua bahan dlm satu bekas hingga sebati,masukkan
1 cawan susu cair
2 biji telur saiz A
1 cawan minyak mazolla
gaul lagi hingga sebati kemudian masukkan
1 cawan air panas + 1 sudu garam
kacau hingga kesemua bahan sebati dan rata kemudian bakar menggunakan suhu 140c dlm masa 2 jam tapi mengikut oven masing2 ibu bakar 1 1/2 jam aje.Jgn lupa panaskan dulu ovennya



Quote:


Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
copy dr fp kakliza

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan kedalam peti sejuk dan biarkan ianya keras sebelum dipotong.

*Ibu buat setengah adunan aje dan guna agar2 cap layang 1/2 bungkus.



Ini resipi betapa susahnya ku dapat entah berapa kali keluar masuk dapur ni.sampai ku cakap nakni bila nak masuk airnya,bila nak masuk blendernya.Dlm aku duk mengendeng resipinya kembar lak meragam.bila dah settle hal kembar aku masuk dapur alih2 tengok dah siap blender cuma tinggal nak hias aje so aku jadilah wartawan kejap.Ini sup punyalah wallah..sedap ooo.kembar menambah2 dini tak payah cakap lagilah dan sup ini lah yg paling laku dan aku rasa memang sapa yg mkn sup ni mesti repeat lagi.memang best giler...
Quote:

MUSHROOM SUP

Bahan2
1 pack cendawan butang putih segar(hrg klu tak silap dlm RM9 atau RM8 gak)-potong 4
1 tin cendawan butang-potong 4 tinggalkan 4 biji utk dicincang
5 ulas bawang putih di cincang
2 labu bawang besar holand(kuning)-dipotong 6
2 sudu mentega utk tumis
2 liter stok ayam @ guna 2 kiub stok ayam maggie
1 senduk tepung gandum utk buat rhu(pemekat kuah)+2 sudu mentega
garam

Cara2
Tumis bawang kemudian masukkan cendawan masak sampai nampak coklat sikit.
Setelah itu masukkan stok ayam masak hingga mendidih kemudian pelahankan api atau tutup dulu api dan blender kesemua bahan yg dlm sup bersama2 dgn sup.Blender kesemuanya dan masukkan kembali ke dalam periuk tadi masak hingga mendidih dan jangan lupa masukkan sekali cendawan cincang.masukkan garam dan rasa.Jika mahu pekat boleh masukkan rhu.setelah mendidih bolehlah masukkan sedikit daun parsley cincang jika suka.

*cara buat rhu
panaskan kuali masukkan mentega bila mentega masukkan tepung masak tepung hingga menjadi sedikit berketul dan bertukar warna kuning.setelah itu masukkan sedikit sup tadi kedalam kuali kacau hingga tepung tidak berketul blh guna whisk.setelah ianya sebati tuangkan rhu tadi kedalam sup.kacau2 sedikit.biarkan mendidih sebentar dan sedia di hidangkan.

*klu nak rasa yg asli jgn tambah rhu rasanya lagi mengancam dan kurang sikit airnya supaya nampak sedikit pekat.

Ini Farhani yg masak(nakni)


Ini resipi copy &paste aje ye tapi kuehnya aku yg buat he..he..(nak bagi tau gak)
Quote:

KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B (MaDiHa guna gred B)
4oz gula castor (MaDiHa kisar gula pasir)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco /serbuk koko

Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling

Loyang yang MaDiHa gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit coklat emulco. Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag. Potong sikit sj hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih (MaDiHa guna kertas minyak) kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Nota mklang : >>very2 usefull tips...
- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll.
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti.
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!
- filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
- pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je... dpt 2 swissroll...loyang tu kan pelbagai guna ~ (MaDiHa guna loyang shortbread 100 petak.. dapat 1 swissroll yang besar & panjang



Quote:

AIR ASAM

cili api
asam jawa
bawang besar
gula
garam
belacan
air masak
campurkan kesemua bahan2 tapi asam jawa tu jadikanlah air asam jawa yg pekat biji nya buanglah.
ini main agak2 aje tengok kepekatan

*Ini sujah yg sediakan
.








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net