SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 23-Jun-2009 05:03 Email | Share | Bookmark
BARBIE DOLL KEMBAR

 
 
 
 
 
 
agaknya pakai baju baru sebab tu lena betul
 
 
Alkisahnya semalam balik rumah abah bagi tau nak gi beli baju kembar(maklumlah kembar dah makin kembang dan makin tinggi)seronoklah dia org boleh gi jalan2 lagi.Lepas tu aku pun request gak nak baju tapi biasalah tak de saiz so melopong aje lah.



Yg barbie doll tu pulak abah punya janji dgn kembar.Kembar bila tiap kali tengok iklan kat tv mintak belikan jadi ibu cakap bila abah ada duit baru kita beli,kembar anggukkan aje(biarpun ibu takde niat nak membelinya membazir lak rasanya)semalam abah belikan jugak barbie ni tapi yg murah aje(tau ajelah kembar klu dah main bukan boleh cantik2)semalam ibu cakap barbie ni tak boleh keluar kotak sebab kita tengok aje bukan nak buat main.tahanlah sampai pagi ni nak hantar nursery tadi dia buka semua kotak lepas tu adik yg kongker dua2 barbie.aduh pening ibu.


Betapa nyenyaknya adik tido.Ibu kejutkan pun tak mahu bangun.


kakak control ayu pakai baju baru,ibu tak sempat cuci lagi ni.


Balik dr Tesco aku mintak abah belikan durian.Aku dah cakap beli sebiji aje jgn banyak(nak bagi lepas kempunan).Aku cakap mcm tu sebab abah tak suka makan durian mcm ni klu nak bagi dia makan makanya kena tunggu kat pokok durian lah.Abah makan durian yg baru gugur klu lama dia cakap rasa mcm tempoyak.Durian kat atas tu rega dia RM8 sebiji tau mahalnya.Kat dalam tu klu tak silap aku ada 3@4 ulas aje cukup2 aku dgn kembar aje(pandai betul abah pilih )

Quote:


JEMPUT JAGUNG

Bahan2
isi jagung
tepung gandum
ikan bili mesin kasar
bawang besar
garam
air
minyak utk menggoreng

campurkan kesemuanya sekali.setelah sebati bolehlah di goreng.sedap di makan begitu atau cicah dgn sos.
*maaflah takde sukatan ibu pun main campak2 aje ni.

Jemput jagung tu buat minggu lepas utk buat sarapan(jagung yg opismate bagi itu hari betapa lamanya aku simpan jagung ni sampai dah nak kering)







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net