SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Jun-2009 01:30 Email | Share | Bookmark
BROWNIES KUKUS & SWISSROLL BLUEBERY

 
 
 
 
 
 
 
 
Bekal ku pagi ni
bekal lagi besar sikit
Hajat tergendala sebenarnya swiss roll ni.Mulanya nak buat hari isnin lepas tapi di sebabkan nak mengasah bakar buat kek span(ini kes telur ada 3 biji aje kat umah) jadilah hajat tertangguh,sudahnya kek span masuk bakul sampah sebab bila masak jadi keras mcm batu bepang(mula2 buat lagi kek tu dah problem telur tak mau naik)
Semalam tengok kat umah mamasya ada swiss roll lagi,ini bertambah lagi godaannya.Jadi waktu lunch aku pecut gi carrefour beli telur sepapan(baru puas hati ku selalu telur kena sorok ramai sangat peminat telur).Balik keje sambil suruh kembar mandi aku buatlah swiss roll ni(ingatkan kembar duk dlm bilik air tak kacau rupanya bila dengar mixed terus dia lari keluar nak tengok sambil tangan tu sibuk nak colek2).Bersilat2 ibu bawak lari besen kueh tu last2 bila semua dah masuk dlm tray baru ibu bagi colek yg dlm besen tu kembar cakap sedap(kueh tak masak pun katanya sedap klu dah budak tu semuanya dia nak rasa).
Malamnya pulak lepas kembar tido aku buat lagi satu xperimen iaitu Brownies Kukus.Resipi ni ku jumpa kat Myresipi. Sedap brownies ni mcm lembap2 sikit.Ini resipi pun aku dah modipied skit.
Kueh2 kat bawah ni kujadikan sarapan dan bekal. Swiss roll 1 gulung dah selamat abah bawak bekal(ni mesti dah jadi peberet ni klu tak jgn harap nak bawak bekal).setengah potong dah mkn kat umah setengah lagi ibu bawak bekal.Brownies aje yg tinggal kat umah boleh balik makan petang nanti.


Quote:


SWISS ROLL BLUBERY
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum,
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 sudu kecil bluebery paste
1/2 sudu kecil colour biru
1/2 sudu kecil colour merah
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla,
tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan
kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan
masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan bluebery paste dan warna ke
dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul
selama 1 hingga 2 minit sampai sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup
balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan bleubery tadi ke dalam
loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg
diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi/
tooth pick pun boleh
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan
terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit,
api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven
ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping
kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian
terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu
permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam
peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.


*Ibu buat kecik so dpt 2 swiss roll.


Quote:


BROWNIES KUKUS
sumber myrespi Haiza Hailam
Bahan-bahan ( beberapa orang )
·4 biji telur
·120 grm gula
·170 grm tepung gandum - ayak
·30 grm serbuk koko - ayak
·200 grm mentega
·200 grm dark cooking chocolate
.1/2 sudu kecil baking powder(ibu tambah) - ayak
.1/2 sudu kecil soda bikabonat(ibu tambah) - ayak
Cara-cara
1.Cairkan cokelat masak, ketepikan,
2.Cairkan marjerin, tunggu sehingga suam,
masukkan coklat cair, aduk rata, ketepikan.
3.Campur tepung gandum & serbuk koko,
kemudian ayak.
4.Pukul telur & gula sampai mengembang.
5.Masukkan tepung gandum & serbuk koko
yang telah diayak tadi, aduk sampai rata.
6.Masukkan mentega & coklat masak yang
telah cairkan tadi, aduk rata.
7.Siapkan loyang yang telah disapui mentega,
masukkan adunan ke dalam loyang.
8.Kukus dalam pengukus yang sudah dididihkan
airnya, bungkus pengukus dengan kain, lalu tutup
rapat. Kukus sehingga masak.



*Brownies ni berat dalam 1 kg ++
*Ibu kukus lebih kurang 40 min guna api besar



Ini menu hari isnin hari yg masak kek span tak jadi tu.

MEE GORENG

gambar kat atas tu kecik sebab masalah teknikal masa ambik gambar buat saiz kecik dah tu bila edit kecikkan lagi saiz.biasa ambik gambar guna saiz beso lupa lah pulaknya masa nak edit tu.makcik dah tua ke ??????


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net