SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Jun-2009 02:28 Email | Share | Bookmark
EPISOD BALAS DENDAM LAGI KE NI????

 
 
 
 
 
 
KARI AYAM KERING
GULAI LALA
SAMBAL UDANG SOS
SAMBAL UDANG PETAI
SATAY GORENG
SOTONG GORENG KUNYIT
KANGKUNG GORENG
SALAK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuti hari sabtu aku dah plan dah siap2 lepas aje office mate ambik dia punya muffin yg di order terus aku hantar kembar kat nursery sebab ibu nak gi ronda2. Wah ini peluang beso ni. Payah nak dapat selalunya hari sabtu kena kerja.
Lebih kurang kul 8.30 pagi kak Ila datang kat umah ambik muffin.Aku dah siap2 kan barang kembar nanti tak payah 2 kali turun naik lif. Dlm kepala nak gi pasar chow kit tapi sebelum tu aku nak gi kedai Yen kat Chow Kit(rasa takut pun ada gi merayau kawasan tu sorang2 sebab ramai mak nyah). Masuk aje kat dalam kedai bakery tu aku mcm org jakun pun ada sebab mcm2 nak di beli lagilah sekarang kedai ni dah besar 3 buah kedai sekali(dulu pernah datang tapi 1 kedai aje) tapi bila di fikir buat apa nak membazir lain kali boleh datang lagi(klu beranilah sebab masa mula masuk parking dlm hati dah rasa mcm tobat tak nak dtg lagi tempat yg menakutkan tapi bila dah masuk kedai ok lah pulak terus hilang rasa takut tu mungkin dah teruja tengok barang kat dlm kedai).Lepas habis aku menilik barang dan bayar apa yg di ambik terus jln cepat2 masuk kete(ada lagi rasa risau tuu)
Gi lak pasar chow kit,ini pun tempat yg dah lama aku tak datang sejak ada kembar.Lama lah jugak aku merayau kat kedai2 dan gerai2 tapi nasib baik hujan turun klu tak lagi lama aku duk merayau kat sana.Sampai rumah dah kul 11.30 pagi aku pun dah kira2 nak masak dulu baru gi ambik kembar(jadi tak adalah ibu berperang waktu nak masak)
Ini bukan nak balas dendam tapi kesian kat abah selalu aje merungut makan kat kedai tak sedap jadi ibu pun merajinkan diri.Bila dah siap masak baru terasa macam banyak sesangat lauk yg di masak,tak pelah esok repeat aje.Ini lah apa yg ku masak sepanjang cuti hujung minggu.


Ini ibu masak malam jumaat lepas habis bakar muffin ibu try buat yg ini lak
Quote:


KEK MABLE MUDAH
copy dr MYRESIPI
Bahan-bahan ( 4 or mkn )
·1 cawan mentega/margerin
·2 biji telur
·1 cawan gula (agak manis sukatan ni)
·2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)
·pewarna dan perasa ikut suka
Cara-cara
1.putar mentega bersama gula sampai kembang
2.kemudian masukkan telur satu persatu
3.lepas tu bolehlah masukkan tepung
4.bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
5.Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
6.kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm...cucuk kalau x melekat tu masak lerr


Ibu copy aje dr mamasya ni.
Quote:


Egg in Toast (or as some may call Egg in the Basket)
Jumpa resepi ni dlm blog mummy jam dan bakingmum...

Sumber; Fp Mummyjam@ Jama Hameed
2 slices of bread
1 piece of cheese
1 egg
a little knob of butter/margarine-tak letak

Method:
1) Using a knife or scissors, cut a square from 1 slice of bread or use a mould to cut away the bread.
2) Divide the 1 piece of cheese into 4 strips.
3) Place the (uncut) slice of bread on toaster tray. Line the strips of cheese on top the 4 sides of bread. Stack the other slice of bread (the one with the cut-out square) on top. Press the sides a little.
4) Gently, break the egg into the centre cut square. Put a little butter on the yolk.
5) Toast for about 6 minutes, done! Add some white or black pepper if you like.

Sumber ; blog baking mum

1.Cut a slice of cheese into 4 strips. Place one at each side on a piece of bread.
2.Use a pair of scissors to cut a square on another piece of bread and place it to top of the one with cheese. Crack an egg into the hole.
3.Toast it in an oven until bread is brown and egg is semi cooked. For me, I used 180C and bake for about 10 mins (I have changed the timing to just 10 mins because different type of oven/toaster oven the temp is different. Add or minus the timing according to your own oven). You can adjust this to you own liking whether the egg should be more or less cooked. Take it out and sprinkle some black pepper on the egg.
**roti ni bakar 10 min dgn suhu 180"C


Ini sebab dah terliur tengok kat fp madiha jadi ku masak gak
Quote:

KARI KERING AYAM
1 mangkuk sedang ayam ~ dipotong kecik2 (dlm 2 cawan je)
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
2 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan (tak bubuh pun takpe)
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam, gula & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam sekejap hingga separuh masak. Sentiasa kacau2 ayam tu sebab guna minyak sikit je kan..bukan deep fry. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam minyak yg sama tumiskan bahan2 hiris hingga wangi. Masukkan pes rempah yg dicampurkan tadi dan masak hingga keluar minyak. Masukkan daun kari serta sedikit air.
3. Masukkan ayam goreng tadi dan juga garam, perasa & sikit gula. Kacau rata dan masaklah hingga ayam masak & agak kering sedikit.
4. Sesuaikan rasanya & sedia dihidangkan dengan puri, chapati, roti canai or makan dengan nasi pun ok gakk



Ini kembar punya feberet jadi kena masak yg tak pedas punya
Quote:

SAMBAL UDANG SOS
10 ekor udang sedang
2 ulas bawang putih-diblender
2 bijibawang merah-diblender
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
sedikit gula
1 sudu besar kicap
minyak urk tumis
sedikit garam

Panaskan minyak dan tumis bawang biar garing seketika
Masukkan sos dan kicap dan masukan sedikit air supaya tidak hangus
Masukkan udang kacau sikit dan biarkan udang masak
Masukkan garam dan gula.
Masak sehingga air kering jika mahu lebih kuah tak perlu kering.



Quote:


SAMBAL UDANG PETAI
10 / 15 ekor udang sedang
3 papan petai- diambil isinya sahaja
1 labu bawang besar – di mayang bulat
2 ulas bawang putih-diblender
½ biji bawang besar-diblender
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa
sedikit gula
garam
perasa
minyak utk tumis

Panaskan minyak ,tumis bawnag dan cili giling sampai garing.
Masukkan air asam jawa,sos dan petai.
Setelah mendidih masukkan udang goreng sebentar.
Masukkan gula,garam dan perasa mengikut keadaan masing2
Masak sampai keluar minyak atau kering.sedia di hidangkan
.


Quote:


GULAI LALA
½ kg lala
1 cawan santan pekat
1 sudu besar cili giling
2 biji bawang putih - blender
10 biji bawang kecil - blender
1/2 inci halia
1/4 inci lengkuas -blender
1 sudu kecil sebuk kunyit
3 batang serai- di titik
sedikit garam,perasa dan gula

Cara2
Masukkan kesemua bahan2 termasuk lala ke dalam periuk
Kacau2 sedikit jangan sampai mendidih sehingga keluar periuk.
Biarkan seketika kemudian masukkan garam,gula dan perasa
Biarkan sehingga mendidih dan masak.sedia di hidang



Ini saje ibu goreng kepala yg badan simpan buat stok dlm peti.Ini pin feberet kembar

KEPALA SOTONG GORENG KUNYIT

Kepala sotong yg telah di bersihkan dan potong sikit bahagian mata supaya tak meletup2 waktu goring
1 senduk minyal
1 ulas bawang putih –pecahkan sikit
serbuk kunyit
garam dan perasa

panaskan minyak.tumis bawang putih hingga wangi masukkan kepala sotong,kunyit garam dan perasa. Gaul dan goring hingga garing atau kering air sotong. Sedap di makan dgn nasi panas


sayur sebagai sampingan dan bagi kuah sikit utk kembar
Quote:


KANGKUNG GORENG

1 ikat kangkung
2 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu kecil bawang besar – mayang
1 biji cili merah – mayang
garam dan perasa
minyak utk tumis

Panaskan minyak tumis bawang dan cili masukkan kangkung yg telah siap di potong. Masukkan juga garam dan perasa.goring hingga masak.sedia di nikmati
.

Ini balance satay ayam minggu lepas(dah siap beku)



Ibu buatkan lagi kek kukus berinti tapi gula loyang(ini kes dah janji dgn kembar lah ni)tengah duk kukus gas lak habis.Kena guna talian hayat(pakai rice cooker)tapi dah tak cantik ropanya sebab dah melakat kat bawah.



Ibu masak petang semalam ni dah lama nak buat tapi tak jadik2 sebab stok pisang tak ada sekarang bagu jadi.best tapi ibu dah tukar sikit bagi jadi mcm more cake.Ini dah lupa mana dapat resipinya mintak maaflah tapi memang best brownies ni.
Quote:


Brownies Pisang/Banana Brownies

Pisang 4 ulas~ diramas atau dihiris
90 gm serbuk koko
115gm mentega
( Koko dan mentega dicairkan melalui double boil)

Bahan yg digaul:

340gm gula halus
4 butir telur~ gaul rata
115gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder(ibu tambah)
sedikit garam dan sedikit essen vanilla

1 loyang 8x11x3

Cara-caranya

Panaskan ovenke 180 darjah. Gaul dan jadikan satu mentega yg dicair dgn koko.
Kemudian satukan dgn bahan-bahan yg digaul rata sehingga sebati.
Bila sudah sebati masukkan pisang yg dah diramas atau dihiris, gaul sekali lagi.
Adunan yg sudah sebati ini dimasukkan kedalam loyang dan bakar selama ia masak.
Sesudah dikeluarkan dari oven , dgn segera dipotong semasa ia panas.
Bila sudah sejuk barulah di masukkan kedalam botol kuih...




Ole-ole dr keratong.tima kasih kak long sebab bagi buah salak ni.



Sarapan pagi ahad.Resipinya ibu ambik dr plastik tepung atta ni aje.sedap sama mcm kedai mamak punya.


Ibu dah ngantuk petang semalam kembar jumpa bedak dah jadi tepung gomok dah



Dua beradik ni memang pantang jumpa bedak boleh habis satu botol klu di biarkan



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net