SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Jun-2009 00:59 Email | Share | Bookmark
KEK KUKUS DAN MUFFIN

 
 
 
 
 
 



Semalam tepat jam 5 ptg aku dah siap punch card dah tak tunggu lagi(biasa pun memang mcm tu he..he..)sebabnya kat luar dah gelap sangat.Aku nak berkejar ambik kembar kat nursery lagi bukanapa takut hujan turun lagi payah nak gerak.Nanti dah sampai nursery kembar bukan terus nak masuk kete ada aje yg nak ditilik dan di soal sebelum masuk kete,ini kadang2 buat aku geram ni.
Balik aje rumah aku terus masuk dapur keluarkan alatan perang(bukan parang bukan senapang) kat opis dah berkira nak buat kek kukus yg kak rinn buat tu mcm mudah aje.Lagipun Inti daging dah siap ada dlm peti ais cuma buat bancuhan tepung aje.Tak sampai 1/2 jam kueh dah siap dah.Senang klu semua dah separuh siap. Kek ini ada iras2 mcm bahulu berlauk klu kat Trg tapi bahulu di bakar dan inti di letakkan kat atas.
Lepas tu sebelah malam nya aku buatkan muffin coklat. Boleh buat sarapan pagi ni.Plan awal kek tu nak di jadikan sarapan tapi di sebabkan tak cukup maka kenalah buat muffin lak.

Quote:

CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
[30 biji muffin]

Bahan A
1 cawan butter [cairkan] (ibu guna minyak masak aje coz dah malas nak cairkan butter tu)
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya
kertas muffin
Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan


Ibu buat setengah adunan kat atas dapat 15 biji muffin.

Quote:

KEK KUKUS BERINTI DAGING
(Nama asal : Kek Kukus Lapis Daging)
Sumber : Chef Zubaidah Chepa
Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
50gm gula castor ( ...mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake.. )
Secubit garam
100gm tepung superfine
1/4 tsp baking powder

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan-bahan untuk inti daging :
250gm daging kisar (Boleh diganti dengan ayam)
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 tsp lada putih
2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
Secubit garam
1 tbsp tepung gandum
* Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
* Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
2. Sementara itu panaskan pengukus.
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.
*Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa
.

Ini versi Ibu buat
Quote:


KEK KUKUS BERINTI DAGING
Bahan-bahan utk kek:
3 biji telur gred B
1 sudu kecil gula castor
1/2 sudu kecil garam
secubit cream of tartar
1/2 cawan tepung naik sendiri( SRF )

Hiasan
daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan
slice cheese setiap keping potong 4

Inti Daging

Cara-cara:
1. Pukul telur, gula,cream of tartar dan garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 min.
2. Kaup balikkan tepung ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar
3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit majerin klu tak sapu pun ok gak.
4.Taburkan hirisan daun bawang dan cili merah.
5.Bubuh inti daging kemudian letak slice cheese dan tutup dengan adunan kek.
6.Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang


Untuk adunan kat atas ibu dapat 6 biji.Sedap ooo tapi bergantung bagaimana intinya dibuat,ibu guna inti daging yg lebih daripada buat roti john itu hari aje.


Adik sedap sesangat makan kek sampai mcm tu sekali ropanya.kakak tak mau diam dah tak de lah gambarnya.Sebenarnya ibu dah janji dgn kembar ini hari nak buatkan lagi kek ni sebab semalam dia orang tak cukup.Abah makan 2 ketul,Ibu makan seketul campur dgn kek yg dah kena mkn oleh kemabar(kakak makan tang daging aje)


SELAMAT MENCUBA KAWAN2


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net