SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Jun-2009 04:40 Email | Share | Bookmark
XTVT SEMALAM DAN KEMARIN....

 
 
 
 
 
 
Posa lagi tiba2 teringin lak nak mkn bingka pulut yg sememangnya menjadi kegemaran ku.Dulu masa duk kg aku selalu aje pesan dgn mama mintak belikan kueh ni klu ada orng jual tak kiralah mama nak ke pasar ke, nak beli kueh utk sarapan ke mesti wajib ku pesan(weh..dasyatnya aku ni main arah2 aje).Tapi kat KL ni aku tak jumpa lagi org jualnya(mana nak jumpa pergi pasar malam pun tidak) jadi aku pun tanyalah my sifu(mama) mcm mana nak buat kueh ni.

Quote:

BINGKA PULUT
1 cawan inti kelapa
1 cawan tepung pulut-jgn masukkan semua tengok kepekatannya.
Gaulkan tepung dgn inti sehingga menjadi seperti adunan jemput2.Panaskan oven 200c bersama dgn loyang.Loyang mesti disapukan minyak+telur kuning utk meneglakkkan ia melekat.Bakar lebih kurang 30 min atau sehingga masak.(Ibu buat mcm gini loyang di panaskan dulu atas dapur letak minyak sapu keliling loyang kemudian tuang adunan ratakan masukkan loyang kedalam oven)

Inti kelapa
½ biji kelapa
½ cawan gula pasir
½ cawan air
Masak semuanya menggunakan api kecil sehingga air agak kering.Jgn tunggu kering sangat sebab nanti nak bancuh dgn tepung pulut.


Sepatunya org lain buat mcm gambar kat bawah ni(sorrylah mariah aku copy gambar ni)


Quote:

ROTI JOHN SEMPOI

2 keping roti sandwich
1 senduk inti daging/ayam
1 biji telur
salad
hirisan timun
hirisan kobis
slice cheese
sos cili/tomato
sedikit minyak/majerin

Panaskan kuali masukkan sikit minyak .
Inti daging di campur dgn telur.kacau sedikit bagi rata.tuang keatas kuali ratakan sikit.
Tampalkan roti keatas telur tadi goring sampai telur masak.ulang proses yg sama utk kepingan roti kedua.
Roti yg telah masak tadi susun @ tabur sayur ke atasnya letakkan sos kemudian letakkan cheese letak lagi sayur dan sos.
Last letak kepingan roti yg kedua tadi. Sedia di makan .

Bahan Inti Daging
200 g daging cincang
1 labu bawang besar-di dadu
2 ulas bawang putih –cincang
2 sudu sos lada hitam
garam
minyak utk tumis

panaskan minyak tumis bawang putih hingga wangi,masukkan bawang besar goring sekejap.masukkan daging gaul rata,masukkan sos lada hitam dan garam.goring sampai kering airnya atau masak.


Ini lak semalam punya projek. Ronda-ronda kat umah kawan2 terjumpalah pulah resipi gado-gado.Teringat kat umah kuah kacang masih ada(dah siap beku kat peti tu). Mcm boleh bikin aje ni. Balik kerja singgahlah kedai runcih kat rumah tu. Cari bahan2nya semua kecuali kacang panjang. Kira boleh lah ni. Maka terhasilah Gado-gado.Ini resipi aku copy dr blog rozzan aje penyakit "M" datang.


Quote:
GADO-GADO

Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar)
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata, digaulkan dengan 1/2 cawan air)
70 gm gula melaka
8 sudu makan (bumbung) gula pasir
3½ -4 cawan air
1-2 sudu teh garam (atau secukup rasa)


Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
2 batang serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk, sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukup minyak untuk menumis


Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong (dipotong dadu)
3 biji kentang (direbus & potong dadu)
4 peket tempeh (digoreng & potong kecil-kecil)
4 keping tahu saiz kecil (digoreng & potong ikut suka)
250 gm kacang panjang (dipotong anggaran 1 inci & direbus separuh masak)
250 gm kobis (dihiris halus & dicelur sebentar)
1 biji timun (dihiris)
5-6 biji telur rebus (belah 4)
keropok ikan, udang atau belinjau goreng


Cara Menyediakan Kuah:
1) Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga garing dan wangi.

2) Bila terbit minyak, masukkan kacang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan dikacau rata. Sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimatikan api. Kuah Gado-Gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.


Cara Menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh, tahu, telur dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.



Untuk kembar ku masakkan kueh teow goreng aje. Utk abah ngan ibu kueh teow goring kerang(ada xtra sikit bdk bukan pandai pun makan)



Quote:
KUEH TEOW GORENG KERANG


Bahan2
1 bungkus kueh teow
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 sudu kicap pekat /kicap mee@apa jenis kicap lah
1 sudu sos tomato/cuka
1 sudu sos cili
sedikit gula
garam
perasa
taugeh
daun kucai
udang
kerang
telur
½ cawan air
minyak utk tumis

panaskan minyak tumis bawang yg di blender tadi hingga garing masukkan udang biar udang masak sekejap.masukkan air, bahan sos,kicap,garam,gula,perasa renehkan sebentar kemudian masukkan kerang kacau sikit.kemudian bolehlah di masukan kueh teow bersama dhn taugeh dan daun kucai.gaul rata bila dah agak2 masak pecahkan telur biar sebentar kemudian kacau.tutup api sedia di hindangkan.sedap makan waktu panas2



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net