SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Jun-2009 00:31 Email | Share | Bookmark
FINALLY I CAN MAKE "SPONGE CAKE"......

 
 
 
 
 
Mcm biasa pagi2 kemas umah mana yg patut basuh kain(mesin lah).Bila jam dah kul 7.30 pagi…..Bangunnn…bangunnn.. gi skolah…cepat ..dah siang dah …(kakak dgn mata terkedip-kedip tarik selimut tutup muka,bila di tarik selimut tu dahi dah berkerut dah).Kakak memang tak susah sangat nak bangunnya tapi adikkkk…aduss..ni yg lemah sikit ni.Maka dgn pujuk rayu ku pujuk supaya bangun.Bila aku dah keluar bilik dia(adik) cakap “Ibu bocor…”habis katil ..alamak…dia ni org suruh bangun tadi tak mahu.Bila dah bocor baru nak bangun.Lepas semua dah siap biasalah dlm kul 8 gitu kami anak beranak pun berangkat turun(al maklumlah aku ni duduk tingkat 10)dah sampai bawah kakak cakap dia nak “ cik mak bu”(ini pelat kakak dia nak mkn nasi lemak lak pagi ni agaknya lapar kot yelah semalam ibu bagi tido kul 7.30 mlm)jadi ibu belilah buat bekal.abah lak beli kueh utk adik.

Ini le menu buka posa semalam tambahan utk nasi lemak yg beli siap.Tengok tu adik dah tak sabar nak makan
Quote:


SARDIN KICAP

1 tin sardine kecil
1 ulas bawang – pecah /cincang
1 labu bawang –mayang
5 biji cili api – biar sebiji-sebiji
1 senduk kecil kicap manis
½ tin air
minyak utk tumis

Cara2
1.panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar yg di mayang.
3.masukkan sardine,air kicap dan cili api.
4.goreng sampai airnya kering atau kalau nak banyak kuah biar mendidih sekejap aje dah cukup .
5.Sedia utk di hidang dgn nasi panas.



Resipi asalnya begini

VANILLA BLUEBERRY CAKE
Resipi asal sponge cake dari Chef Alex Goh.

Bahan-bahan:
3 biji kuning telur
20gm gula halus

100gm tepung gandum, diayak
50gm mentega cair
1 camca teh esen vanilla

3 biji putih telur
100gm gula halus

Isian Blueberry dan whipping cream utk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul kuning telur bersama gula halus sehingga sebati. Ketepikan.
2. Di dlm bekas yg lain, pukul putih telur hingga kembang dan kental.
Masukkan gula halus. Teruskan memukul sehingga kental dan tidak tumpah
bila mangkuk diterbalikkan..
3. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati.
4. Kaupbalikkan tepung gandum. Lakukan sekadar tepung gandum sebati dengan
adunan. Jangan terlebih pukul.
5. Kaupbalikkan mentega cair dan esen vanilla.
6. Tuang ke dalam acuan yg telah dilapik kertas gris. Bakar selama25min - 30min.
Keluarkan serta-merta setelah siap dibakar dan sejukkan atas redai.
6. Potong kek kepada dua bahagian dan lapiskan dengan isian blueberry & whipping cream.
Hias permukaan kek ikut citarasa.

Tapi ku telah menukarkannya mengikut keadaan sendiri.

Quote:

VANILLA JEM BLUEBERRY & CREAM CAKE

Bahan-bahan:
3 biji kuning telur
1 sudu besar gula halus

½ cawan tepung gandum, diayak
50gm mentega cair(agak2 aje)
1 camca teh esen vanilla

3 biji putih telur
½ cawan gula halus

Jem Blueberry dan cream utk melapis

Cara-cara:
1. Pukul kuning telur bersama gula halus sehingga sebati. Ketepikan.
2. Di dlm bekas yg lain, pukul putih telur hingga kembang dan kental.
Masukkan gula halus. Teruskan memukul sehingga kental dan tidak tumpah
bila mangkuk diterbalikkan..
3. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Gaul sebati.
4. Kaupbalikkan tepung gandum. Lakukan sekadar tepung gandum sebati dengan
adunan. Jangan terlebih pukul.
5. Kaupbalikkan mentega cair dan esen vanilla.
6. Tuang ke dalam acuan yg telah dilapik kertas gris. Bakar selama25min - 30min.
Keluarkan serta-merta setelah siap dibakar dan sejukkan atas redai.
6. Potong kek kepada dua bahagian dan lapiskan dengan jem blueberry & cream.
Setengah ibu letak jem dan setengah lagi ibu letak cream.
Kek ni tak besar ibu gula loyang bulat saiz 20cm aje.


Note.
Tak ada apa2 hiasan pun .Kek ni agak manis sikit jika ikut sukatan gula kat atas jika di makan dgn jem dan cream tapi kalau mkn kosong ok sedap.
Bau nya begitu harum sekali bila dah campur dgn 2 filling ni yum..yum..







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net