SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Jun-2009 02:30 Email | Share | Bookmark
HUJUNG MINGGU YG MEMBOSANKAN

 
 
 
NASI IMPIT
KUAH KACANG
LUNCH
BUBUR JAGUNG
BUBUR JAGUNG ROTI
AYAM SATAY
SATAY DAGING
 
SAYUR LABU
 
MABLE CHEESE BROWNIES
 
SARAPAN
SAMBAL TELUR
MABLE CHEESE BROWNIES
 
Memang bosan klu hujung minggu tak kemana2 Budak dua org tu tak yah cakap lah memang lagi boring gila.Jadi pagi sabtu tu lepas aje sarapan aku ajaklah gi jln kat Tesco Xtra Cheras.Seronok lah dia org dapat jln tapi ibu dia gak yg pening sebab semua benda dia org nak jadi kenalah pujuk baik2 klu mahu satu Tesco dengar dia org mengamuk.Tak yah cite panjanglah ini nak kabo sarapan kami pagi sabtu tu.



NASI IMPIT DGN KUAH KACANG

Makan tengahari lak aku buat sesi ulangan aje cuma ada tambahan sikit.Abah tak balik mkn jadi aku cuma mkn apa yg ada ajelah.


NASI IMPIT DAN AYAM & DAGING SATAY

Ini lak xtvt yg aku buat kul 4.30 pagi sabtu tu.Mulanya kakak nak susu lepas tu perut lak sakit dah benyak sangat ceritanya mata pun dah hilang ngantuk langsung aku masuk dapur buat kan roti ni sementara nak tunggu pagi(ini kes berjangkit dgn shima kot bangun awal).Roti ni aku berkenan tengok kat Fp Shima lah ni

ROTI MABLE

Minum petang lak aku buatkan bubur jagung yg ms wong bagi itu hari makanlah dgn roti kat atas tu.


BUBUR JAGUNG

Inilak projek yg aku buat semalam lepas solat subuh.niat nak wat mlm sabtu tu tapi mata dah ngantuk jadi lepas kembar tido ibu pun terus sambung ajelah.Dah lama sangat teringin nak buat dan mkn.Mula tengok kat Fp rinnchan pas tu kat Fp Baayah lak klu kat Fp Jasmeen tu tak yah cakaplah memang dah ngemor benor dah. Sedap sesangat aku lak wat sikit(wat 1/3 adunan aje) sekali hadap terus licin,adik siap sapu lagi habuk2 yg dlm piring tu nak makan.Sampai hari ni aku duk ingatkan brownies ni mcm nak kena buat lagi aje...he..hee..

MABLE CHEESE BROWNIES

Idea dah kering utk msk lauk jadi aku buat telur sambal dgn sayur labu dah tentu semua makan.

SAMBAL TELUR


SAYUR LABU AIR

Bahan2
1 biji labu air sederhana besar-buang kulit dan potong kecil2
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah-ditumbuk
1 sudu udang kering/bilis-di tumbuk(ibu tak letak pun)
sedikit lada hitam tumbuk(klu yg suka pedas boleh letak banyak tp ibutak letak sebab kembar sakit mulut)
garam dan perasa
1/2 liter air

Satukan semua sekali dlm periuk dan masak sehingga labu layu.sedia di hidangkan.



NASI IMPIT

Bahan2
3 pot beras-cuci dan tos kan
plastik tahan panas yg sesuai
masukkan beras kedalam plastik agak aje supaya jgn terlalu keras atau terlalu lembik.Ibu dapat 4 ketul saiz 4X6.Didihkan dulu air bila air dah mendidih baru masukkan beras tadi.rebus sehingga masak lebih kurang 2 jam atau lebih.(ibu guna rice cooker aje)tapi klu dah susah sangat beli aje yg dah siap pack.



KUAH KACANG

Bahan2
2 cawan kacang tanah yg telah di goreng tanpa minyak dan di tumbuk
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 sudu besar cili giling(klu suka pedas boleh tambah lagi)
2 liter air.
2 cawan gula pasir/gula merah
2 sudu kecil garam
perasa.

Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali garam dan gula.Didihkan kuah sekejap kemudian bolehlah masukkan gula dan garam.rasa ikut masing2.renehkan kuah sehingga pecah minyak klu pekat sangat boleh tambah lagi airnya.

*Nota:jika nak sedap kuah ni perlu direneh lama.Ibu masak 2 jam.


AYAM SATAY

Bahan2
1 ekor ayam kecil@mana2 bahagian yg disukai-potong kecil
5 ulas bawang putih-blender
5 ulas bawang merah-blender
3 batang serai-blender
1 inci halia-blender
serbuk kunyit
5 sudu gula-boleh tambah klu kurang rasa manisnya
sedikit garam

Satukan semua bahan tadi dan gaulkan dgn ayam.perap selama 2jam.Boleh di bakar atau di goreng.(ibu bakar aje)



SATAY DAGING

Bahan2
300 g daging(yg lembut)
5 ulas bawang putih-blender
5 ulas bawang merah-blender
3 batang serai-blender
1 inci halia-blender
1/2 inci lengkuas
serbuk kunyit
4 sudu gula
sedikit garam

Gaul kesemuanya dan perap 2 jam.boleh dibakar atau di goreng


Ibu tak de acuan loaf jadikan aje bun roti ni.c&p aje ni

ROTI MABLE

ROTI MARBLE
resepi: onigiri@myresepi.com
copy shima27
200 g tepung roti
50 g tepung gandum
1 camca besar mentega
140 - 150 ml susu segar
1 camca teh yis
2 camca besar gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh bread improver
1 camca besar serbuk koko + sedikit air, jadikan pes

CARA:
1. Bancuh yis dengan sedikit susu (anggaran 50 ml), larutkan dan biar sekejap.
2. Satukan tepung roti, tepung gandum, bread improver, garam dan gula, kacau rata.
3. Tuang bancuhan yis dan gaul sambil dituang baki susu segar sedikit demi sedikit, hingga adunan menjadi doh.
4. Tambah mentega dan uli hingga doh menjadi kenyal dan elastik. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, dan tutup dengan cling film. Biar 40 minit, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Bahagi doh kepada 3 bahagian yang sama besar.
5. Satu bahagian digaul bersama pes koko tadi dan uli hingga warna sekata (jika perlu tambah sedikit tepung roti).
6. Canai doh tadi, biar sama saiz dengan 2 bahagian doh tanpa warna. Balutkan doh coklat hingga tidak kelihatan. Canai sedikit dan potong kepada 3 bahagian.
7. Buatkan simpulan tocang pada doh tadi, dan alihkan ke dalam tin berukuran (9 x 4 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak.
8. Biarkan naik 2 x ganda (kurang lebih 1 jam).
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing (if guna fan oven sila kurangkan suhu 20Celcius)
10. Sapukan mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.



BUBUR JAGUNG

Bahan2
1 cawan isi jagung
2 inci gula melaka
1 sudu gula pasir
1 bungkus santan@1/2 biji santan
1 sudu besar sago
secubit garam
1 cawan air

Masak sebentar jagung dgn air masukkan gula melaka,gula santan dan garam.Kacau2 selalu supaya santan tak beku bila agak2 jagung dan masak masukkan sago kacau sedikit dan tutup api.(sago akan kembang bila periuk di tutup)sedia di hidang.


MARBLE CHEESE BROWNIES -copy aje ni dr fp rinnchan maap ya..

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


Kembar dah kepanasan.

Itulah ceritaku pada hujung minggu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net