SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Jun-2009 00:43 Email | Share | Bookmark
SWISS ROLL LAH PULAK...

 
 
 
 
 
Dah lama nak cuba buat tak tak jumpa masa yg sesuai lagi dan semalam dah jumpa masa maka terhasilah swiss roll batik coklat.Ini resipi aku copy dr fp mamasya aje.minta maap lah mama sebab tak mintak izin ya.tapi swiss roll ni memang best dan mudah sesangat nak membuat nya.



SWISS ROLL BATIK COKLAT
Sumber ;Mamafami Fotopages
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

Resipi Butter cream ambil dr chef noraini.

Aising Krim Mentega 2
Bahan-bahan :
250 gm mentega
250 gm krimwell
250 gm susu krimer manis @ sirap gula (glucose syrup)-klu suka manis boleh tambah lagi
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan tinggi hingga gebu dan ringan selama 15 minit.
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu krimer manis atau sirap gula. Masukkan esen vanila.Pukul lagi kelajuan sederhana selama 5 minit hingga gebu dan rata.



Swiss Roll ni sedap tau lagilah bila makan dgn BC.Ibu sukat main pakai sudu2 aje sebab takde penimbang jadi gak.cuma tak cantik lah mcm org lain punya swiss roll.tima kasih lah pada tuan punya resipi ni sebab sudi kongsi resipi.
Swiss Roll ni ibu jadikan breakfast pagi tadi.Swiss roll ni sedang elok dgn kami punya family yg beberapa kerat aje ni.Adik bukan main suka lagi makan swiss roll ni sama laju dgn abah mkn sarapan pagi tadi.Abah siap cakap nanti balik dia nak makan lagi.



Ni dah tergaring jadi tak boleh nak gulung makanya ibu jadikan layer kek ajelah.Sebab pestime buat swiss roll jadi ikut aje arahan sampai 20 min itu jadi mcm tu.Nasib baik ada lagi satu tapi kecik aje so ibu bakar kejap ajelah.nasib jadi tapi ada rekah sikit.

KAWAN2 CUBALAH CONFIRM JADI TAPI KENA GUNA ELEKTRIK MIXED LAH(tima kasih pada sujah sebab bagi pinjam itu mesin)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net