SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Jun-2009 01:24 Email | Share | Bookmark
CRANBERIES BISKUT

 
 
 
 
Ini first time aku buat biskut sorang2 setelah bergelar ibu.Wah bertapa lamanya aku dah tak membuat biskut ya.Bukannya apa bagi ku biskut ni agak renyah sikit sebabnya kerja bersambung2 klu kek tu lepas bancuh terus bakar dah habis cerita tunggu masak ajelah.Ini biskut klu dah siap satu buat lagi satu tambah2 aku punya oven pun kecik aje.
Ini resipi aku cilok dr my periuk belanga katanya dia dapat dr yani(agaknya yani myresipi yg pemes tu kot)>sorrylah tuan punya tak mintak izin sebab kita c&p aje.Sebenarnya biskut ni aku dah buat hari selasa dan bakarnya semalam(betul2 peram ni).Bukan apa selepas bancuh biskut ni aku bakar cup cake yg di order oleh kawan abah.Siap bakar kek tu dah jam 12 malam klu aku sambung lagi bakar biskut kul berapa lak nak tidonya jadi kongklusionya aku bakar keesokan malamnya ajelah.



Cranberry Ice-Box Cookies
sum:MY PERIUK BELANGA
ASAL DR YANI
Ingredients:
370gm tepung gandum, diayak dahulu
75gm gula halus
75gm gula perang
2 tbsp susu segar
200mg mentega
1 tsp esen vanila
100gm dried cranberries, cincang kasar

Baking paper.

Cara:
1. Pukul mentega sehingga putih & berkrim.
2. Masukkan pula gula, pukul sehingga gebu.
3. Masukkan pula susu segar dan juga esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan tadi. Gaul dengan kelajuan sederhana. Masukkan Cranberries cincang dan gaul dengan menggunakan sudip kayu satu arah hingga sebati tapi jagan terlalu lama.
5. Ambil 1/2 adunan. Letakkan di atas baking paper. Gulung ketat-ketat buat bentuk selinder yang diameternya lebih kurang 2-3cm. Ulang untuk 1/2 adunan lagi. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih.
6. Panaskan oven pada suhu 180ÂșC.
7. Keluarkan dari peti ais, potong adunan tadi setebal 1cm. Susun diatas dulang pembakar.
8. Bakar selama 15~20 minit atau hingga kuning keemasan.
9. Tunggu cookies benar2 sejuk sebelum simpan didalam botol kedap udara


Ini aje hasil yg kudapat dr satu adunan biskut ni.mcm mana nak dapat banyak klu dah gedabak besonya


Biskut ni memang betul2 sedap sampai aku rasa.....hai perut dah kenyang tapi biskut tu memanggil2 lak.jadi sambil simpan biskut sambil ngap.Aku rasa resepinya boleh di pelbagaikan guna mix fruit ke,kulit limau ke,kismis ke apa2 ke....


Ini order dr kawan abah katanya nak bagi cucu makan itu sebab aku deko mcm budak2 sikit.cucunya pun baru tadika.Jadi lepas aje aku deco semalam abah call suruh dtg umah ambik cup cake tu.Belum pun sampai sejam kawan abah ambik dah tinggal 3 biji tak sempat nak simpan sampai pagi esok.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net