SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-May-2009 00:29 Email | Share | Bookmark
DONAT YG TELAH LAMA KU IDAMKAN MEMBUATNYA

 
 
ambik kau sebesen beso dapatnya
walaupun dah dibekukan tetap lembut bila digoreng



DONUT GEBU
Bahan A :
1/2 kg tepung
3/4 paket yis Mauripan
1/2 camca teh garam
350ml air masak suam
yis dicampurkan dgn air suam.biarkan sebentar(bagi yis naik berbuih2 sikit)tepung dan garam si satukan.setelah yis naik tuang kedalam tepung dan uli menjadi doh sebentar.(tepung ni agak melekit tapi jgn tambah tepung lain).Rehatkan doh 90 min.tutup dgn plastik

Bahan B :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 camca teh garam
2 sudu besar susu tepung
4 sudu gula castor
1 biji telur
2 sudu shortening (atau majerin)

Cara-cara :
Semua bahan B disatukan menjadi doh.Tumbuk A utk mengeluarkan udara.
Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Jika masih lembik boleh tambahkan sikit tepung.Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
Boleh di tabur dgn gula @ apa2 sahaja mengikut kesesuaian.Sedia di hidang.

Note:sewaktu menggoreng pastikan api tidak terlalu kuat dan sentiasa balik2kan donut supaya masaknya rata.Adunan ini boleh dapat 50 biji donut.


Ini nak tunggu pack aje ni,bagi sejuk dulu panas lagi ni.

Disebabkan donut ni terlalu banyak maka aku pun goreng setengah masak@bagi kuning sikit dan bekukan.Abah habis makan sepiring semalam mcm tak mkn nasi aje ibu tengok tapi bila tanya dah mkn nasinya.Agaknya memang betul donut ni sedap.Aku mkn begitu aje memang sedap(kembang ni puji diri sendiri ni.Cubalah dan anda pasti tidak kecewa dgn kelembutan donut ni...ummph..tak tipu betul-betul lembut mcm Big Apple.


Biarpun dr pada sejuk beku bila di goreng donut ni punya lembut tetap sama mcm baru buat.

gambar meyusul kemudian okey


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net